"Baby."
"Em."
"Kenapa awak terima saya?"
"Sebab awak jodoh saya."
"Dulu. Masa mula-mula kita kenal. Awak kata, ramai lelaki yang ajak awak dating. Tapi, awak tolak. Tapi kenapa awak terima saya?" Tanya Izy.
"Sebab itu jalan Allah pilih untuk saya kenal awak. Untuk saya belajar hidup berdikari. Akhirnya, jumpa awak semula dan bahagia dengan awak sekarang." Jawab Myra.
"Awak..." Izy membuat muka benggang.
Myra senyum. Dia campakkan dirinya ke atas katil hotel yang empuk.
"Allah haiiii... Awak nilah. Tak sakit ke badan buat macam tu? Fly gitu?" Kata Izy melihat telatah Myra.
"Tilam ni empuk gila. Katil pun bawah kayu. Kukuh. Syoklah fly. Kalo katil rumah kita, risau gak. Kalo patah, nak kena beli baru. Menangis!" Balas Myra.
Izy geleng.
"Ye lah." Balas Izy tak berminat nak tau tentang itu.
"Kenapa saya awak?" Soalan Izy yang masih belum berjawab.
"Saya pernah cakap dengan awak dulu. Saya tak tahu. Kalau ikutkan, awak bukan taste saya. Duda pula tu. Bekas orang. Dah dipakai ramai perempuan. Lagilah saya tak nak. Tapi... Saya tak tau. Kenapa awak juga yang saya pilih. Dahlah nak ajak jumpa untuk romen. Orang lain, ajak jumpa. Nak kenal-kenal. Makan-makan. Kalau get along baru nak ajak main." Kata Myra.
"Bila saya setuju nak jumpa dengan awak, semua orang yang saya chat, saya tanya. Saya minta pendapat mereka. Semua kata, saya cari penyakit kalau jumpa awak. Saya pun setuju. Bila kita dah jumpa, saya minta pendapat dorang, macam mana nak elak untuk pertemuan seterusnya. Apa yang boleh buat awak turn off. Saya buat semua cadangan dorang. Tapi awak tetap terima saya seadanya. Kenapa?" Sambung Myra bersama soalan yang dia juga mahu tahu.
"Pertama kali saya jumpa awak, awak ingat saya pernah cakap. Tubuh awak milik saya seorang? Saya suruh awak jaga milik saya ni?" Tanya Izy. Sambil menepuk bahu Myra yang sudah pun berbaring berbantalkan pehanya.
Myra angguk.
"Awak jaga milik saya ni." Kata Izy. Sekali lagi dia menepuk bahu Myra. Tangan Myra dicapai dan dicium.
"Cuma, yang buat saya jauh hati bila awak masih lagi sexting, phonesex and video sex dengan lelaki lain. Jujur pula tu bila tanya. Tipulah sikit. Jaga hati saya." Sambung Izy.
Myra ketawa.
"Buat apa nak tipu? Dah buat. Mengaku je lah. Tapi, dorang semua tak pernah tengok pun muka saya. Badan saya. Saya simpan untuk awak seorang. Khas untuk awak. My first love. Insya Allah, the last one too." Kata Myra.
Dia mencium perut Izy. Kemudian, cuba menarik leher Izy agar tunduk ke bawah. Namun, Izy lebih cekap membaca tingkah Myra. Dikeraskan tubuhnya.
"Alaaaa...."
Izy ketawa mendengar Myra merungut.
"Mai sini bangun." Izy menepuk punggung Myra.
"Tak nak." Balas Myra dengan muncung dibulatkan. Dia ambil tangan Izy dan disulam dengan jejarinya. Digentel-gentel tangan Izy yang suci dari bulu.
Izy geleng sambil ketawa.
"Macam manalah dia boleh suggest saya curang dengan awak. Awak ni isteri saya. Bantal peluk saya. Selalu buat saya ketawa. Selalu juga buat saya pening kepala." Kata Izy lebih kepada dirinya.
Myra berkerut dahinya. Cuba menghadam kata-kata Izy itu. Setelah seketika, dia bangun menghadap Izy. Tetapi, jejari Izy masih bersulam dengan jejarinya.
YOU ARE READING
Setiaku Korbankan.
RandomHanya engkau yang bertakhta dihati. Namun, bukan aku dihatimu. Aku pergi. Demi berbaki maruah. Untuk aku terus hidup. Bukan dipijak tidak berhati.