"Kau datang sini lagi buat apa? Pergi balik. Jangan nak rosakkan adik aku lagi." Amsyah menghalau Izy yang datang ke rumah mereka.
"Saya nak jumpa Zayn sekejap. Rindu sangat kat anak saya tu." Balas Izy.
"Anak apa? Tu bukan anak kau. Hukum dah kata, Zayn bukan anak kau. Tak faham ke apa? Kau tak belajar ke? Ha?" Balas Amsyah pula.
"Saya tahu. Tapi, biological. Saya bapa dia. Tolonglah. Sekejap je pun tak apa. Dari jauh pun tak apa." Rayu Izy.
"Dah. Pergi balik. Jangan harap aku nak bagi kau jumpa adik aku. Anak buah aku. Kau dah rosakkan dia. Kau buat dia jauh dari kami. Kau dah malukan kami. Sekarang ni. Nak rindu lah apa lah. Pergi balik." Halau Amsyah. Kuat suaranya diakhir ayatnya.
"Zayn!!! Myra!!!" Teriak Izy. Memanggil dua insan yang dirinduinya itu.
"Baliklah." Amsyah membuka pagar dan mula mahu menolak Izy.
Hatinya tak berkenan dengan Izy sejak pertama kali diperkenalkan. Bila dia ditakdirkn duduk disebelah Izy sewaktu selesai mengebumikan jenazah abahnya, sewaktu talkin dibaca, dia makin syak sesuatu. Bau badan Izy seperti pernah dibau sewaktu masa dulu. Dan bila diberitahu siapa Izy, makin membuat rasa benci itu. Dia ingat bau itu. Bau Myra bila balik dari mana-mana.
"Kau balik. Balik!" Halau Amsyah. Menolak tubuh Izy.
"Astagfirullahalazim." Aidid yang melihat Izy sedang dihalau oleh Amsyah, segera keluar kereta dan terus menuju ke arah mereka.
"Kau kenapa, long? Ha?" Marah Aidid. Dia berdiri diantara Amsyah dan Izy.
"Kenapa apa? Budak ni ha. Tak habis-habis nak kacau adik. Dulu, kita tak tau. Sekarang, aku takkan benarkan benda sama berlaku. Jangan sesekali kau berani dekat dengan Myra. Zayn pun." Kata Amsyah.
"Istighfar long. Istighfar. Ini bukan caranya. Astagfirullahalazim. Kau kenapa, long? Sampai bila nak kurung adik? Kau nak pisahkan anak dengan bapa? Ha?" Balas Aidid.
Dia makin faham kenapa arwah abahnya tak bagi Myra pulang ke rumah. Malahan, arwah abah siap berpesan agar tidak membenarkan Myra datang menjengahnya andai dia meninggal. Mungkin inilah yang arwah abahnya risaukan. Seandainya Myra dikurung sekali lagi.
"Aku takkan benarkan adik dekat dengan dia. Dasar jantan. Mulut manis. Janji macam-macam. Dah dapat. Kau tinggalkan. Kau biar adik aku hidup merempat. Nasib baik adik aku selamat. Kalau jadi apa-apa kat adik aku, aku tetak kau." Kata Amsyah dan kembali mahu menyerang Izy.
"Kau tak tahu kisah dorang. Kau jangan nak bising, long. Malu kat orang. Dalam orang tak tahu, boleh jadi tahu." Kata Aidid.
"Izy, pergi balik dulu. Adik! Zayn! Keluar kejap." Panggil Aidid kepada Myra dan Zayn.
Myra dan Zayn yang sememangnya sedang berdiri dibalik pintu, segera membuka pintu dan keluar. Dari tadi mereka mahu keluar, tapi ditahan oleh Puan Salma. Bila Aidid panggil, segera mereka keluar.
"Kau jangan nak keluar, dik. Masuk. Jangan sampai aku tetak budak ni." Ugut Amsyah.
"Astagfirullahalazim. Long! Kau dah kenapa? Kau dah hilang akal ke? Mana waras kau? Mana iman kau? Kau letak kat mana perikemanusiaan kau?" Marah Aidid.
Izy tak menghiraukan ugutan Amsyah itu. Dia hanya melihat Myra dan Zayn. Mereka berdiri dipintu rumah setelah takut dengan ugutan Amsyah tadi.
"Saya balik dulu." Kata Izy.
Dia berpuas hati. Walaupun tidak dapat untuk memeluk dan mencium Zayn, dia tetap berpuas hati. Tak sama berjumpa berdepan dengan didalam telefon. Kerana itu, dia tak pernah berputus asa untuk datang ke sini walaupun dia tahu, dia pasti akan dihalau.
Dia redha dan terima. Andai dia mati dalam perjalanan pulang, dia tetap bahagia. Dapat melihat dua wajah kesayangannya itu.
YOU ARE READING
Setiaku Korbankan.
RandomHanya engkau yang bertakhta dihati. Namun, bukan aku dihatimu. Aku pergi. Demi berbaki maruah. Untuk aku terus hidup. Bukan dipijak tidak berhati.