"Abah you dah datang pun, apa lagi yang buat you rasa you belum sedia nak balik rumah you?" Tanya Rafa.
Aidid ada menghubungi. Bertanya tentang hal ini. Dia sendiri tak faham. Kenapa Myra masih tidak mahu pulang ke pangkuan keluarganya.
"You nak tunggu sampai your mom datang ke?" Tanya Rafa.
Myra geleng. Kepalanya tunduk memandang lantai. Dikuisnya batu-batuan kecil yang ada diluar pintu rumahnya. Berkira-kira jawapan yang tepat untuk diberikan kepada Rafa. Semua jawapan yang ada didalam fikirannya, dirasakan hanyalah alasan.
"Anom."
"Em."
"I'm talking to you."
"I know."
"Then? Answer me."
"You rasa, kenapa I keluar dari rumah?"
"Nak sembunyikan kandungan you."
Myra angguk.
"So?"
"Semua orang akan fikir sebab tu. Tapi, dorang lupa the most important part. I tak nak susahkan parents I. Kena menghadap persoalan. Siapa bapa Zayn. Then, they need to take care of me. And my child. Dah lah I conteng arang ke muka dorang. And now? I nak balik? Expected what? People won't ask? Mana Zayn datang? Dengan I yang tak bekerja ni. You rasa, tak ke menyusahkan dorang? Nak jaga I. Zayn. I tak nak susahkan dorang. I tak nak jadi bebanan untuk dorang. 6-7 tahun ni. Hidup dorang dah cukup aman tanpa I. Takkan I nak rosakkan semuanya?" Jawab Myra.
"So?"
"Tak ada so. It is how it is."
"Bukan sebab nanti you kena kurung lagi?"
"That's could be one of the reason.".
"Anom. Listen. Tak ada susahkan dalam keluarga. You jaga Zayn. You rasa susah tak? I mean, did you feel Zayn bebanan untuk you?" Tanya Rafa.
"Kadang. Rasa gak. But, he is my son. My everything."
"Means benda yang sama parents you rasa. Family you rasa. Because they care about you. They love you. Macam you dengan Izy. You love him. Even you tak nak. You nak bertaubat. You still care about him. Dia buat apa pun, you tetap risaukan dia. That's how you always fail untuk bertaubat. Sebab you nak jaga hati dan perasaan dia. You tak nak lukakan hati dia macam ex dia buat. Remember that?" Tanya Rafa.
Air mata Myra mengalir.
Air matanya amat senang mengair bila kisahnya dan Izy diperkatakan. Mahupun dia mengingati kisah itu. Dia tak tahu kenapa.
Mungkin kerana dosa yang mereka lakukan. Tapi, dia tak rasa bersalah tentang perkara itu. Pelik tapi benar. Ada masa dan ketika, dia tak rasa langsung berdosa. Dia sendiri hairan. Namun, itulah yang dia rasakan.
Menyesal? Entah. Untuk apa disesali? Perkara sudah pun terjadi. Suka atau tidak. Perkara ini yang mematangkannya. Menjadikan dia seorang ibu yang cuba mendidik anaknya mengikut acuannya. Perkara ini juga menjadi titik permulaan hidupnya yang baru. Kembali menghadap ilahi. Moga kali ini, akan kekal sehingga mati.
"You actually rindukan dia. Kan?" Kata Rafa.
Myra geleng.
"Sejak bila you tahu apa yang you rasa?" Usik Rafa.
Myra ketawa halus dengan tangisan yang masih bersisa. Dia mengelap air matanya. Cuba untuk menghentikan air mata yang tak mahu berhenti.
Rafa mendekati Myra dan memeluk Myra. Menepuk belakang Myra. Memujuk Myra yang susah untuk menahan sedih dihatinya.
YOU ARE READING
Setiaku Korbankan.
RandomHanya engkau yang bertakhta dihati. Namun, bukan aku dihatimu. Aku pergi. Demi berbaki maruah. Untuk aku terus hidup. Bukan dipijak tidak berhati.