Myra melihat lelaki berkumis nipis dihadapannya. Lelaki bertinggian anggaran 165cm dengan bentuk badan biasa rakyat Malaysia. Tetapi, sedikit boroi. Buat dia nampak seksi dimata Myra.
Selera manusia berbeza-beza.
"Zayn ada?" Tanya Izy.
"Aik? Bukan semalam baru datang ke?" Tanya Myra kembali.
Izy hanya senyum.
"Pakcik!"
Tegur Zayn. Dia bersalaman dan mencium tangan Izy.
"Tak cakap pun dengan ibu, awak nak keluar." Kata Myra apabila melihat Zayn sudah bersiap dengan pakaian yang kemas.
"Daddy bagi."
"Yang jaga awak. Siapa?"
"Ibu."
"Jadi?"
Zayn senyum.
"Dah ada daddy, lupa ibu ke?"
"Sorry, ibu." Pinta Zayn sambil memeluk Myra.
"Don't do this again. Ibu is your top priority. Sampai Zayn mati pun. Ibu tetap yang pertama Zayn kena hormat." Kata Myra.
Zayn angguk.
"Kali ini, ibu maafkan. Next time. Maybe no more." Sambung Myra.
"Terima kasih, ibu."
"Sama-sama."
"Ibu. Boleh Zayn nak keluar dengan pakcik?" Tanya Zayn. Meminta izin Myra.
"Pergilah." Balas Myra.
Izy hanya memandang cara Myra mendidik Zayn. Dia puji ketegasan Myra. Namun, ada juga terdetik dihatinya.
'Zayn terlalu kecil untuk faham semua itu.'
Tapi, dia faham. Meluntur buluh, biarlah dari rebungnya. Lebih mudah untuk dibentuk.
Myra hanya menghantar Zayn dan Izy dengan pandangan matanya. Sebaik saja mereka hilang dipintu lif, Myra menutup pintu rumahnya. Dia kunci.
Sedang dia ralit melakukan kerjanya. Pintu rumahnya diketuk. Dia malas mahu buka. Tetapi, bila kali ketiga pintu rumahnya diketuk, dan dia mendengar suara yang memberi salam, terus saja dia keluar dari biliknya.
"Abang!"
Panggil Myra kepada lelaki yang sudah berjalan meninggalkan ruang rumahnya.
Myra terus berlari mendapatkan lelaki tersebut. Dia memeluk lelaki itu. Air matanya mengalir tanpa dapat ditahannya.
Lelaki itu membalas pelukan Myra. Ubun Myra diciumnya. Belakang Myra diusapnya. Sesekali dia menepuk belakang Myra.
"Jom, abang. Masuk." Jemput Myra.
Beberapa mata sedang menyaksikan adegan peluk memeluk Myra dengan lelaki tersebut. Antara mereka, termasuklah Rafa, Izy dan Zayn yang baru keluar dari pintu lif.
"Siapa tu, Zayn?" Tanya Izy.
Zayn angkat bahu. Dia sendiri tak tahu. Dia juga pelik melihat kelakuan ibunya. Tak pernah dia lihat ibunya menjemput sesiapa masuk ke dalam rumah. Apatah lagi memeluk seseorang.
"Abang dia." Jawab Rafa.
Dua mata memandang Rafa.
"Daddy!" Zayn memeluk Rafa.
"Tak perasan la tu. Daddy berdiri dalam lif tadi. Kan?" Usik Rafa.
Zayn senyum. Menyembunyikan kelhilafannya. Lagipun, mereka sampai, lif sudah terbuka. Dan lif juga hampir penuh.
YOU ARE READING
Setiaku Korbankan.
RandomHanya engkau yang bertakhta dihati. Namun, bukan aku dihatimu. Aku pergi. Demi berbaki maruah. Untuk aku terus hidup. Bukan dipijak tidak berhati.