Izy memandang dari jauh Myra dan Zayn membeli belah. Dia tak berani mahu mendekati mereka kerana Amsyah dan Puan Salma turut ada bersama. Tak ketinggalan Bakhtiar.
Izy mengeluh.
Teringat dahulu, Myra selalu berangan mahu 'grocery date' dengannya. Tapi, dia selalu mengelak bila Myra pergi membeli-belah. Dia lebih suka mencari pokemon dari mengikut Myra. Andai dia ikut pun, dia akan memandang skrin telefon dari menolong Myra.
Kini, dia hanya mampu memandang. Dari jauh. Myra yang sedang membeli belah dengan keluarga dan tunangnya. Rasa menyesal kerana tak pernah mahu memanfaatkan peluang yang ada dulu.
"Ayah."
Sebut Zayn saat dia terpandang Izy yang sedang termenung di satu sudut. Tapi, cepat saja dia memandang ke arah Bakhtiar yang kebetulan berada selari dengan Izy.
"Ya, Zayn." Balas Bakhtiar. Dia senyum. Gembira bila Zayn memanggilnya ayah.
Zayn geleng.
Dia kembali kepada ibunya disebelah. Merapatkan tubuhnya ke tubuh ibunya. Mengalihkan tumpuan kepada ibunya. Dia tak boleh mengikut kata hatinya. Andai dia tersalah langkah, pasti ayahnya akan dihina seperti selalu.
Myra juga melakukan hal yang sama. Saat Zayn menyebut 'ayah', dia mahu memandang tetapi dia menahan dirinya. Tak mahu Amsyah mengesan keberadaan Izy. Dan dia tak mahu 'drama' berlaku disitu.
"Kenapa Zayn? Nak pergi toilet ke?" Tanya Myra. Dia memandang Zayn dengan pandangan yang hanya Zayn faham ketika itu.
"Ya, ibu. Boleh ke?" Tanya Zayn.
"Pergi je lah. Bukan budak kecil lagi." Kata Amsyah.
"Nak ayah teman?" Bakhtiar menawar diri.
"Tak pe. Zayn dah besar." Tolak Zayn.
"Tak apalah. Ayah temankan." Balas Bakhtiar.
"Jangan manjakan budak tu. Nanti dia naik lemak. Mengada. Biar je dia pergi sendiri." Kata Amsyah.
"Dia baru 6 tahun. Budak lagi. Bahaya." Kata Bakhtiar. Tak setuju dengan cara Amsyah.
"Kalau dari kecil dah dimanjakan. Dah besar, apa pun tak reti." Balas Amsyah.
"Tak pe. Zayn pergi seorang." Kata Zayn dan terus berlalu.
"Pergi ikut Zayn tu, adik." Arah Puan Salma.
Myra hanya angguk. Dia mengikut langkah Zayn dari belakang. Dia lihat Zayn menaip sesuatu ditelefon bimbitnya sebaik dia jauh dari keluarga. Memang dia pesan kepada Zayn untuk tidak menunjukkan kepada sesiapa pun, yang dia sudah pandai membaca dan mengeja. Dia tak tahu kenapa. Tapi, itu yang hatinya mahu pesan kepada Zayn.
Sampai saja kawasan tandas, Izy sedang menunggu mereka. Zayn berlari mendapatkan Izy. Myra memandang ke belakang. Memeriksa keadaan sebelum dia turut mendekati Izy.
Dia hanya senyum kepada Izy walaupun mulutnya ditutup dengan penutup muka. Dia juga ingin memeluk Izy seperti Zayn. Namun, dia sedar batasan mereka.
"Awak." Tegur Izy. Masih memeluk Zayn. Melepaskan rindunya kepada anak itu.
Myra angguk. Berbalas pandang dengan Izy. Bercerita tentang isi hatinya melalui pandangan itu. Dan mulalah air matanya bergenang.
"Saya rindu awak." Kata Izy.
"Ayah rindu Zayn." Kata Izy lagi dan mencium pipi Zayn.
"Kami tak boleh lama. Takut along cari." Kata Myra.
Izy angguk. Dia menurunkan Zayn kebawah. Mendekati Myra. Menyerahkan Zayn kepada Myra.
"Awak kuat." Kata Izy.
Myra angguk.
"Awak kena kuat walaupun awak rasa lemah. Jangan mengalah dengan ujian ni. Allah uji sebab Allah sayang." Kata Izy.
Myra angguk.
"Saya sayang awak." Kata Izy lagi.
Mengalir air mata Myra.
Izy geleng.
"Menangis bila awak dengan Allah. Jangan risau apa-apa. Serahkan semua kepada Allah. Allah Maha Perancang. Segala rancangannya adalah yang terbaik. Redha dan terus hidup dengan gembira." Kata Izy.
Tak tahu apa lagi yang mahu dikatakan. Sesungguhnya dia sudah terlewat. 7 tahun lepas, dia yang melepaskan peluang itu. 7 bulan lepas, dia lambat untuk sedar perasaan sebenarnya. Dan dia lambat untuk menyakinkan Myra tentang perasaannya. Dan kini, ada 7 hari lagi untuk Myra menjadi milik orang lain.
Dia?
Masih tak tahu apa yang mahu dilakukan. Sedangkan Aidid dan Rafa buntu. Mereka tak boleh nak buat apa pun bila Myra memilih untuk mengikut rancangan Amsyah demi ibunya. Dia sendiri tak mampu nak pujuk. Kerana seandainya dia ditempat Myra, dia juga akan membuat keputusan yang sama.
Entah kenapa dia begitu pasti, seandainya dia meminta Myra mengikutnya, pasti Myra akan turuti. Tapi, dia tak kejam. Dia tak mahu memisahkan kasih sayang seorang ibu dan anak. Dia telah mengakibatkan Myra hilang kasih sayang itu selama 7 tahun. Tak mungkin dia akan minta Myra untuk korbankan kasihnya kepada ibunya.
"Saya redha andai jodoh kita tiada." Kata Izy.
"Terima kasih, awak." Balas Myra.
Dia amat perlukan kata-kata itu. Sekaligus meringankan sikit bebanan dihatinya. Kerelaan Izy untuk melepaskannya amat melegakan. Bukan kerana ada janji antara mereka. Tapi kerana hati mereka sudah lama terikat. Kerelaan Izy bermakna membuka ikatan itu.
Setiaku korbankan.
YOU ARE READING
Setiaku Korbankan.
RandomHanya engkau yang bertakhta dihati. Namun, bukan aku dihatimu. Aku pergi. Demi berbaki maruah. Untuk aku terus hidup. Bukan dipijak tidak berhati.