SK 54

1K 65 10
                                    

"Myra?"

"Abang Long."

Myra masuk ke dalam rumah abang iparnya tanpa dijemput. Dia terus juga duduk diruang tamu rumah Mad seperti kebiasaannya.

"Izy mana?" Tanya Mad. Pelik bila Myra datang sendiri.

"Abang Long, kenal Rosma?" Tanya Myra.

Lama Mad memikir. Cuba mengingati nama itu. Hinggalah nama itu muncul dalam ingatannya.

"Bekaa tunang Izy. Kenapa?" Tanya Mad pula.

"Abang long tau hubungan dorang macam mana dulu?" Tanya Myra tanpa menjawab soalan Myra.

"Tak berapa tahu. Izy bukan jenis bercerita sangat personal life dia. Dia kalau bawa Rosma datang pun bila ada kenduri je." Jawab Mad.

"Bila Rosma datang, macam mana jenis orangnya?" Tanya Myra lagi.

"Tak tau nak cakap. Dia melekat je dengan Izy. Mungkin tak biasa dengan kami." Jawab Mad.

Myra angguk. Kemudian, dia bangun dan minta diri.

"Myra. Kenapa ni?" Tanya Mad.

"Tak ada apa. Bersedia je lah nak terima adik ipar baru." Kata Myra dan terus berlalu.

Berkerut dahi Mad. Tak faham apa yang sedang berlaku. Mahu ditanya, Myra sudah keluar dari rumah. Dan sudah berlalu.

"Kenapa tu?" Tanya isteri Mad, Aisah.

"Entah. Dia tanya pasal Rosma." Jawab Mad.

"Tunang Izy tu?" Tanya Aisah.

Mad angguk.

"Kenapa?" Tanya Aisah lagi

"Entah. Katanya, bersedia terima adik ipar baru. Lepas tu, dia terus keluar." Jawab Mad. Masih dengan muka blur nya.

"Adik ipar mana pula lagi? Adik-adik awak, semua dah kahwin. Siapa pula?" Tanya Aisah.

Mad angkat bahu.

"Izy buat hal ke? Izy nak kahwin lain?" Serkap jarang Aisah.

"Eh awak ni. Ingat Izy tu kaya ke? Mampu ke nak kahwin lain." Marah Mad.

"Mana la tau. Dia kan main saham. Saya tengok kat TV orang main saham ni, kaya. Tengok Izy pun, sebulan sampai 2-3 kali pergi bercuti." Kata Aisah.

Setiap minggu Izy akan datang ke rumah mereka bersama isteri dan anaknya. Kalau dia datang bersama mak mertuanya, pasti kerana baru balik dari bercuti.

"Bukan pergi bercuti. Setakat duduk dekat dalam hotel saja. Izy kata, saja nak bagi Myra refresh. Sebab Myra kerja menulis. Kena sentiasa guna otak." Kata Mad.

"Saya cakap je. Awak nak tau, call la Izy." Kata Aisah dan terus masuk ke dalam bilik mereka semula.

Lama Mad berfikir kewajarannya. Dia tak mahu dikatakan masuk campur urusan peribadi adik-adiknya. Tapi, perasaannya rasa tak sedap.

"Assalammualaikum, Abang Long." Kata Izy sebaik talian bersambung.

"Waalaikummussalam. Ni aku nak tanya ni. Kau nak kahwin lain ke?" Tanya Mad.

"Eh. Tak adalah. Myra seorang pun tak terlayan. Nak tambah seorang lagi pula." Bidas Izy.

"Aku tanya je. Kalau tak, okey lah. Aku tengok bini kau pun muka tak macam selalu. Tu yang aku risau. Dia siap suruh aku get ready terima adik ipar baru." Cerita Mad.

"Myra datang? Kenapa?" Tanya Izy. Pelik.

Pelik kerana Myra tak pernah pergi ke rumah sesiapa pun tanpa kehadiran Izy kecuali rumah Puan Salma. Dia kenal Myra. Perasaan malunya tebal. Segannya tinggi.

"Iya. Baru ni ha balik. Dia tanya pasal Rosma." Jawab Mad.

"Pulak dah. Tak pe lah abang long. Nanti saya cakap dengan Myra." Kata Izy.

"Ye lah. Uruskan rumahtangga kau elok-elok. Jangan pula apa-apa jadi. Kami suka Myra tu. Paling bagus antara semua yang kau bawa balik." Pesan Mad.

"Tapi, kau yang nak hidup dengan dia. Kalau rasa nak lepaskan, jangan sampai bergaduh. Lepaskan cara elok. Jangan jadi macam dulu." Pesan Mad lagi bila dirasakan seperti dia meletakkan tekanan kepada Izy.

"Tak lah. Saya sayang Myra." Kata Izy.

"Aku pesan je. Kau lebih tau. Apa yang jadi. Apa yang kau perlu buat. Kalau kau nak share pape dengan aku. Aku ada ni." Balas Mad.

"Ye la." Kata Izy. Dia meminta diri dan mematikan talian.

Myra. Apa awak nak buat ni?

Setiaku Korbankan.Where stories live. Discover now