"Berapa lama lagi kita nak tangguh?"
Aidid menung. Ayat itu sering mengganggu fikirnannya. Siang dan malam. Buat dia hilang focus untuk buat kerja lain. Hingga membawa dia ke sini. Dataran pahlawan. Duduk didepan restoran McDonald.
Aidid mengeluh. Entah macam mana dia boleh ada disini. Siap membeli makanan lagi. Sedangkan, makanan fast food ini adalah makanan yang dielakkan selama ini
Ini semua kerana pertanyaan itu. Pertanyaan yang datang bersama soalan dasar. Yang paling utama.
"Bersediakah aku memikul tugas dan tanggungjawab sebagai suami?"
Bukan hal mudah menjadi seorang suami. Dan bukan mudah juga mahu membimbing seorang isteri. Anak lagi.
"Padan muka aku. Gatal sangat." Kata Aidid.
Dia rasa, dia tak sepatutnya memulakan apa-apa langkah ke arah perkahwinan sedangkan dia sendiri tahu, dia lebih selesa hidup sendirian. Bujang. Tiada komitmen. Hidupnya hanya sekitar kehidupannya. Keluarganya.
'Tu. Ada keluarga. Bukanlah kau hidup tak ada keluarga. Cuma perlu tambah seorang lagi ahli keluarga.' Kata hati kecil Aidid.
"Nak tambah seorang ni lah yang paling payah. Nampak je macam tambah. Tapi sebenarnya, macam-macam equation yang ada. Serabut!" Kata Aidid.
"Buat macam adiklah. Biar ibu decide." Putus Aidid.
Dia mengambil telefon dan mendail. Menunggu panggilan bersambung.
"Tolong abang, ibu." Kata Aidid sebaik talian bersambung.
"Oi bang. Kau ngigau ke? Minta tolong ibu call aku?" Tanya Izy.
Aidid memandang skrin telefon bimbitnya. Ternyata benar. Ianya tertera nama Izy.
"Kau nak minta tolong apa?" Tanya Izy.
Aidid mengeluh.
"Awek aku dah tanya. Bila lagi? Ingat nak minta tolong ibu decide. Entah macam mana aku tekan nombor kau." Jawab Aidid.
"Percepatkanlah. Lagi cepat, lagi baik." Balas Izy.
Aidid mengeluh.
"Aku suka hidup aku sekarang. Aku tak payah fikir apa-apa. Kerja aku. Enjoy hidup aku. Kalau kahwin nanti, tak tau dia macam mana. Sekarang, nampak macam okey. Dah kahwin. Takut lain yang jadi." Luah Aidid.
"Kau nak dengar pendapat aku?" Tanya Izy.
"Yup."
"When the time arrive, kau sendiri yang akan ajak dia kahwin. The right time will come to the right person at the right way. Kalau kau rasa belum bersedia, that's mean, belum masanya lagi. Kalau kau tak nak dia tertunggu kau, bagitahu dia keadaan kau." Kata Izy.
"Kau buat yang sama dengan Myra dulu?" Tanya Aidid.
"Emmm." Balas Izy mengiyakan.
Aidid diam.
Dia tak tahu, sama ada dia mahu mengikut nasihat Izy atau tak. Dia tak nak Rosma menjadi seperti Myra. Dia juga tak nak jadi seperti Izy. Bila Myra pergi, barulah dia tercari-cari.
Tapi, dia tak pernah sentuh Rosma. Pegang tangan pun tak pernah. Tidak juga mencuba menjadi lelaki yang romantis. Memuji mahupun berjanji setia.
"Aku pernah bagitahu dia masa kami baru kenal. Aku tak janji apa-apa. Nak cuba. Tapi, aku dah bawa dia jumpa family aku semua. Family aku terima dia. Cuma aku." Cerita Aidid.
"Kau sendiri yang tak nak. Orang cakap, you'll never know until you try. Tapi, pada aku. Kahwin ni, kalau kau belum bersedia, baiklah jangan mencuba. Boleh nak cuba kalau bersedia untuk menanggung akibatnya. Aku tanya kau. Kau sedia?" Tanya Izy.
Aidid geleng. Seolah-olah Izy ada didepannya dan dapat melihat tingkahnya.
"Umur aku bukan muda lagi. Aku dah 43. Kalau aku tunggu. Bila lagi? Ada lagi ke perempuan yang nak aku?" Kata Aidid.
"Bro. Kalau jodoh kau dah sampai. Umur kau 60 tahun pun, akan ada yang nak. It's all about meeting the right person at the right time at the right place." Balas Izy.
Aidid menghadam kata-kata Izy itu. Cuba memikirkan rasionalisasi akan tindakan yang perlu dia ambil.
"Allah!"
"Aduh!"
"Kenapa, bang?" Tanya Izy. Risau bila tiba-tiba Aidid mengaduh setelah lama diam.
"Nanti aku call kau balik. Ada orang terjatuh ni." Kata Aidid dan terus meletakkan telefonnya diatas meja.
Dia membantu perempuan yang terjatuh tadi. Perempuan yang sempat memaut lengannya tetapi tetap juga terhantuk kepalanya dilutut Aidid. Buatkan perempuan itu melutut disebelah Aidid.
"Ok ke?" Tanya Aidid.
Dia membantu perempuan itu duduk dikerusinya. Dia mengimbas keadaan perempuan itu. Sekiranya ada darah dimana-mana.
"Ok. Minta maaf. Awak ok ke? Sakit tak?" Tanya perempuan itu.
"Saya ok. Jangan risau. Awak betul-betul ok ke ni? Teruk awak jatuh ni." Tanya Aidid. Mahukan kepastian.
"Ok. No worries." Jawab perempuan itu.
Perempuan itu melihat makanannya yang sudah terabur dilantai. Dia cuba bangun untuk mengemas makanannya itu.
"Adoi." Dia duduk kembali kerana kakinya sakit.
Aidid terus saja mencangkung bila perempuan itu dilihat cuba mencapai pergelangan kakinya.
"May I?" Aidid meminta keizinan perempuan itu untuk dia memeriksa keadaan kaki.
"Eh. Tak apa. No need. Tapi, you ada kain tak? Papan or what so ever yang boleh tampung kaki I. And, maybe I need ambulance." Kata perempuan itu.
Aidid geleng dan terus saja dia mengambil kaki perempuan itu dan diletakkan diatas pehanya. Dia memeriksa kaki perempuan itu sebelum tangannya lincah membetulkan struktur tulang kaki perempuan itu. Mengikut apa yang dia belajar sewaktu mengambil lesen untuk rawatan kiropraktik.
"Adoi!!!! Awak buat apa ni!!!" Jerit perempuan itu kesakitan.
"Dah. Boleh cuba bangun. Tengok. Boleh jalan ke tak." Kata Aidid.
Dia menurunkan kaki perempuan itu dengan perlahan. Kemudian bangun dan mencari pekerja McDonald untuk mengemas makanan yang bertaburan dilantai.
Perempuan itu perlahan bangun dan memijak kakinya yang sakit tadi.
"Eh. Dah tak sakit sangat." Kata perempuan itu. Dia ketawa riang kerana kakinya kembali normal. Cuma, ada sedikit rasa sakit.
"By the way. Nama I Wati." Wati menghulur tangan kepada Aidid.
"Aidid." Balas Aidid memandang ke tempat lain. Seolah-olah tidak lihat huluran tangan itu.
"Sombong." Komen Wati.
Tangannya mengambil telefon bimbit Aidid yang berada diatas meja. Dia cuba membuka. Tak boleh. Dia tarik tangan Aidid dan meletakkan jari telunjuk Aidid di pengimbas.
"Sorry, my dear. I tak pakai jari ni." Kata Aidid dan terus mengambil telefon bimbitnya dari tangan perempuan itu.
"I nak bagi nombor I." Kata Wati.
"I'm not interested." Balas Aidid.
"Tapi I dah terjatuh cinta kat you." Kata Wati.
Terlongo Aidid. Seorang perempuan yang tak dikenalinya mengaku mencintainya.
YOU ARE READING
Setiaku Korbankan.
RandomHanya engkau yang bertakhta dihati. Namun, bukan aku dihatimu. Aku pergi. Demi berbaki maruah. Untuk aku terus hidup. Bukan dipijak tidak berhati.