Tok! Tok!
Pintu rumah Myra diketuk. Zayn segera membuka pintu selepas mendapat kebenaran dari Myra yang turut sama keluar dari biliknya.
"Pakcik!!! Masuk lah." Pelawa Zayn. Dia menyalami tangan Izy dan menciumnya.
"Ibu ada ke?" Tanya Izy.
Dia memeluk kepala Zayn. Melepaskan rasa rindu. Entah kenapa dia merindui kanak-kanak itu. Mungkin kerana selalu setiap masa bersama Zayn sewaktu Myra didalam wad. Berbanding dengan anak-anak saudaranya. Yang hanya berjumpa untuk beberapa jam.
"Ibu ada." Jawab Zayn. Terus saja dia melaung memanggil ibunya.
"Tak payahlah. Pakcik datang nak hantar ni. Kan Zayn kata teringin nak makan kepak ayam madu." Kata Izy sambil menyerahkan bungkusan ditangannya.
"Masuklah pakcik. Boleh kita makan sama-sama." Kata Zayn.
"Tak elok. Ibu ada. Nanti apa orang cakap." Kata Izy.
"Pakcik balik dulu. Nanti pakcik datang jumpa Zayn lagi. Ya?" Kata Izy menghulurkan tangannya kepada Zayn.
"Terima kasih Pakcik." Kata Zayn dan terus memeluk Izy.
Izy berlalu. Menuju ke arah lif.
"Pakcik ni bapa Zayn ke?" Tanya seorang budak lelaki yang ada didalam lif sewaktu dia masuk.
Izy senyum dan geleng.
"Kan aku dah cakap dekat kau. Dia menipu. Mak aku cakap. Anak haram mana ada bapa. Sebab mak dia pun, tak tau siapa bapa dia. Mak aku kata, mak dia tu menjalang." Kata budak itu kepada rakannya disebelah.
"Menjalang tu apa?" Tanya kawannya yang nampak lebih muda darinya.
"Ada lelaki bela dia. Macam pelacur."
Izy memandang ke arah budak berdua itu. Rasa marah pun ada. Tapi, lebih pada rasa ingin tahu.
"Mak dia kan tak kerja. Tapi, ada je duit. Mana dapat duit tu? Mestilah ada orang bagi. Kan? Mak aku siap pesan. Jangan terima makanan ke duit ke dari dorang. Nanti jadi darah daging dari hasil yang haram. Nanti, aku jadi jahat macam dorang." Kata budak lelaki yang dalam lingkungan usia 10 tahun.
Budak lelaki yang seusia Zayn hanya angguk tanda faham.
"Dik. Pesan kat mak kau. Tanya dan selidik dulu hal sebenar. Tak baik menuduh. Fitnah. Pesan kat mak kau. Kalau tak nak stop, belajar makan daging mentah dari sekarang. Tak adalah nanti susah bila kat neraka." Kata Izy.
Bukan dia mahu membela Myra tapi dia nampak sendiri bagaimana keadaan bilik Myra. Sebahagian dari bilik itu dijadikan pejabat. Dia nampak bilik Myra yang berselerakan dengan pelbagai dokumen. Menunjukkan Myra sebenarnya bekerja. Cuma kerjanya bukan macam orang lain.
Kerjanya tak ada tempat kerja. Tak ada rakan sekerja. Tak ada juga majikan.
Dan dia juga ada bertanya tentang freelancer kepada kenalan-kenalannya. Mereka ada bercerita tentang kerja-kerja ini. Bergantung kepada bidang masing-masing.
Dari cerita Zayn, Myra menulis dan juga melakukan kerja-kerja admin. Jadi, keadaan bilik Myra menjadi bukti. Dia bekerja. Satu pekerjaan yang halal dan zaman kini. Satu kaedah kerja untuk mengurangkan kos pekerja.
Padanya, Myra bijak. Mencari kerja begitu. Tidak penat dan tidak perlu pening kepala dengan kerenah rakan sekerja.
YOU ARE READING
Setiaku Korbankan.
RandomHanya engkau yang bertakhta dihati. Namun, bukan aku dihatimu. Aku pergi. Demi berbaki maruah. Untuk aku terus hidup. Bukan dipijak tidak berhati.