"Tapi, pelik. Zayn kata, Hadi tu ayah dia. Bambam aku tu, selalu pujuk Hadi balik. Tapi, Hadi tak nak. Tapi dari kata Bambam, Zayn anak aku. Tapi, aku tak pernah pun jolok dia sampai pecah dara. Kepala pun tak masuk. Takkan boleh mengandung. Dia pun badan besar macam tu. Susah nak mengandung." Kata Izy.
Kimi memandang Izy yang sedang baring diatas katil. Dahinya berkerut. Masih cuba untuk memahami situasi yang diceritakan Izy.
"Hari tu kan kita dah buat research, memang ada certain cases yang perempuan boleh mengandung walaupun dia masih dara. Kan? Itu yang bambam kau cakap. Kan?" Tanya Kimi.
Izy angguk.
"Atau bambam kau tu two timer. Dengan kau dan dengan orang lain." Tuduh Kimi.
"Takkan. Bambam tu lain. Dia bukan macam perempuan lain yang aku kenal." Bela Izy sambil menggelengkan kepalanya.
Walaupun Myra pernah cerita tentang lelaki yang selalu bermesej lucah dengannya, tapi, Myra hanya melayan kerana kesian. Tapi sekadar melayan begitu. Langsung tak mahu berjumpa atau teringin untuk melakukan seks dengan lelaki itu.
Lagikan dengannya, Myra tak pernah menghantar gambar tubuhnya apabila diminta. Apatah lagi dengan lelaki lain yang langsung tak pernah dia jumpa.
Tak mungkin.
"Dah tu? Kau yakin Zayn anak kau?" Tanya Kimi.
Izy diam.
Dia tak yakin tapi dia harap Zayn adalah anaknya. Walaupun dari segi hukum, Zayn bukan anaknya tapi dia tetap mahu Zayn sebagai anaknya. Dia mahu Zayn lahir dari hasil benihnya. Kerana dia sudah jatuh sayang kepada Zayn.
"So, siapa sebenarnya bapa Zayn?" Tanya Izy.
"Bambam kau je tau." Jawab Kimi.
Izy bangun.
"Ke mana?" Tanya Kimi bila melihat Izy sudah menukar pakaiannya.
"Pergi jumpa bambam aku lah." Jawab Izy.
"Dah malam dah ni." Balas Kimi.
Izy tak menghiraukan. Persoalan ini boleh buat dia tak boleh tidur malam ni. Dia mahukan jawapan yang jelas. Sekarang ini juga. Tak boleh tangguh walaupun untuk sesaat.
Sampai saja dirumah Myra, dia mengetuk pintu rumah itu. Seorang lelaki tua membuka pintu rumah itu. Dia tak tahu siapa.
Izy kebelakang. Dia melihat kembali rumah tersebut. Dia yakin, itu rumah Myra. Tapi, siapa lelaki itu?
"Tuan rumah ada, pakcik?" Tanya Izy.
"Oh. Myra. Jap." Jawab lelaki tersebut. Dia melaung memanggil nama Myra.
Izy kerut dahi. Myra? Tapi, dia pernah dengar Rafa panggil Bambam dengan nama Anom.
"Adoi. Apalah aku ni." Kata Izy sendirian bila dia teringat nama yang disebut Hadi sewaktu sedang bergaduh dengan Myra.
"Awak! Kenapa?" Tanya Myra bila saja muncul didepan pintu rumahnya.
"Siapa pakcik tu? Bapa awak ke?" Tanya Izy.
"Bukan. Bapa angkat Hadi. Mereka tumpang tidur sini malam ni. Awak datang nak tanya pasal pakcik tu ke?" Tanya Myra pula.
Izy geleng.
Myra angkat kening.
"Siapa bapa Zayn?" Tanya Izy terus kepada niat asal dia datang ke sini malam-malam begini.
Myra menjengah ke dalam sebentar. Melihat jam yang tergantung dikepalanya. 9.10pm.
"Soalan boleh buat awak tak tidur ke?" Tanya Myra.
Izy angguk.
"Okey. Kenapa yang awak curious sangat?" Tanya Myra.
"Kalau Zayn anak saya, saya kenalah bertanggungjawab." Jawab Izy.
"Bertanggungjawab macam mana?"
"Kahwin awak lah."
"Untuk?"
"Jaga Zayn. Bagi dia family yang lengkap. Tutup aib awak."
Myra angguk. Dia mengangkat keningnya.
"Saya tak nak kahwin dengan awak." Putus Myra setelah dia diam seketika.
"Kenapa?"
"Tak ada sebab pun. Zayn dah biasa hidup dengan saya seorang. Ada abang Hadi sebagai ayah dia. Sekarang, dia ada Rafa, daddy dia. Dia dah cukup kasih sayang seorang bapa kalaupun awak tak ada." Balas Myra.
"Jadi, Zayn bukan anak saya?" Tanya Izy.
"Zayn berbinkan saya. Sebab dia anak tak sah taraf. Dia tak ada bapa. Walau dari benih siapa pun dia, dia tetap hanya anak saya seorang." Tegas Myra.
"Awak. Cuba jangan main tarik tali macam ni. Saya ni dah tua tau. Tak ada masa nak bergurau. Nak bersoal jawab macam ni. Bagitahu hal sebenar. Senang. Kan? Ini, awak kona sana. Kona sini. Pening tau tak?" Marah Izy.
Myra terus menutup pintu. Dia masuk ke dalam biliknya. Langsung tak dihiraukan sesiapa. Dia tutup pintu biliknya dan dikunci.
Air matanya mengalir.
Terkenang saat dia dan Izy dulu. Saat dia sedang cuba untuk kembali ke pangkal jalan. Tak mahu lagi berzina. Tapi, masih mahu bergaul mesra dengan Izy.
Saat dia mahu, Izy punya bahasa cinta yang sama dengannya. Saat dimana, dia sedang cuba mengajak Izy bercinta dengannya. Bukan hanya hubungan berlandaskan nafsu semata.
Segalanya kembali terlayar diingatannya.
"Selfie jom, wak." Ajak Myra.
"Ish. Tak biasalah. Saya tak suka benda-benda macam ni. Tak selesa." Tolak Izy.
"Alaaa... Please. Kita tak ada pun gambar berdua. Jomlah. Awak." Pujuk Myra.
"Jom pergi hotel. Kita selfie bogel." Cadang Izy.
"Tak nak."
"Kalau tak, tak payah."
"Alaa... Nak lah."
"Bagi dara awak."
"Tak payah."
"Okey."
"Ye ke okey?"
"Tak nak bagi. Dahlah. Tak payah nak ejek."
"Bila pula saya ejek awak?"
"Ye ke. Ye ke. Ejek lah tu."
"Saya saja nak menyakat."
"Saya tak suka."
"Okey. Sorry. Next time tak buat lagi."
Terus mood yang ceria tadi, jadi sunyi dan sayu. Tanpa sedar, Myra mengalirkan air matanya. Mujur, keadaan disitu gelap. Maka, Izy tak nampak air matanya yang mengalir.
"Saya ni dah tua. Saya tak suka benda budak-budak macam ni. Kalau betul tak suka. Bagitahu. Kita tak payah dah jumpa. Tak payah dah romen. Tak payah nak ejek saya." Kata Izy.
Dia menyarung baju dan terus meninggalkan Myra sendirian.
Myra menenangkan dirinya. Menahan dirinya dari terus menangis. Tapi, dia tak mampu. Dan saat itu, telefon bimbit Myra berbunyi.
"Kenapa ni, babe?" Tanya Rafa bila saja mendengar suara Myra yang sedang menangis.
"Tak ada apa."
"You kat mana? I datang sekarang."
"You ingat, you dekat ke dengan I?"
"Nak seribu daya. Tak nak seribu dalih."
Dan Myra terus mematikan talian. Hatinya makin parah bila memikirkan Izy. Langsung tak berusaha untuk mengambil hatinya. Langsung tak Menghormatinya.
"Saya tahu awak. Saya cuma perempuan murah dimata awak. Hanya untuk melepaskan nafsu awak. Kalau dulu awak tak kisah pun tentang saya. Kenapa sekarang? Sebab Zayn? Kenapa tak pernah sebab saya? Tak layak langsung ke saya untuk menetap dihati awak?"
Air mata Myra terus mengalir. Laju.
YOU ARE READING
Setiaku Korbankan.
RandomHanya engkau yang bertakhta dihati. Namun, bukan aku dihatimu. Aku pergi. Demi berbaki maruah. Untuk aku terus hidup. Bukan dipijak tidak berhati.