Epilog

2.7K 83 26
                                    

Sampai bila nak bergelumang dengan maksiat? Satu hari, pasti Allah akan bukakan hati dan jalan untuk kita bertaubat.

Alhamdulillah, Allah pilih aku.

Bukan saja Allah bukakan hatiku. Allah lorongkan aku ke jalannya. Ya. Ambil masa yang sangat lama.

Allah temukan aku dengan seorang perempuan yang terpelihara. Hatinya hanya untuk aku. Tubuhnya juga. Aku hilang diriku saat dia pergi meninggalkan aku. Saat itu juga, aku berhenti mencari perempuan untuk aku melempiaskan nafsuku. Namun, masih lagi onani.

Allah kata, tetap sabar dan mengerjakan solat. Ketiadaannya buat aku sedar, Allah tempat aku bergantung. Jadi, aku mula solat. Walaupun tak sempurna. Tidak juga menjaga waktunya. Ada lopong sana sini. Aku tetap juga ingat ayat itu. Sabar dan tetap solat.

Saat aku hampir pulih dari ketagihan onani, sekali lagi Allah pertemukan aku dengannya. Aku cuba untuk menghapuskan bayangannya. Aku gagal. Ajak dia kahwin, dia tolak. Tetap aku pujuk, tetap juga dia tolak.

Saat aku hampir berjaya menerima hakikat, dia bukan untuk aku. Sekali lagi, Allah berikan dia kepadaku. Yang menghidupkan semula nadiku yang sudah lama mati dek kerana dikecewakan cinta. Hati yang tidak percaya kepada cinta, kembali subur dan mekar mewangi.

Alhamdulillah. Kerana dia juga, usahanya. Aku rapat dengan anak sulung dan anak keduaku. Mereka mula mencariku. Tanpa perlu aku merayu bertemu dengan mereka.

Aku juga sudah baik dengan bekas isteriku. Tiada lagi dendam dan marah. Dia mengajar aku erti sabar dan memaafkan. Dia ajar aku untuk terima takdir dengan berbaik sangka kepada Sang Pencipta.

Aku bersyukur dipertemukan dengannya.

Anom Umairah. Tetaplah menjadi isteriku. Sesungguhnya, dia menjadi asbab Allah memanggilku kembali sujud kepadanya. Meninggalkan dunia maksiat. Dan melorongkan aku ke jalan yang penuh keberkatan. Insya Allah.

Aku bahagia. Walau ujian datang melanda, dia tetap sabar dan kuat disisi aku. Menerima segala kekuranganku. Sepertimana aku menerima segalanya tentang dia. Alhamdulillah.

Zayyan Irfan bin Anom Umairah. Kau anakku yang teristimewa. Kehadiran kau adalah asbab kepada taubat ayah dan ibu. Kerana kau juga, kami bersatu. Menyulam cinta dikurniakan Yang Satu.

Walau kau hanya dikira sebagai anak tiri ayah, tetapi kau tercipta dari benih ayah. Ayah tak nafikan, ayah sayangkan Zayn melebihi dari anak-anak ayah yang lain.

Anak-anak ayah yang lain, jangan pernah cemburu. Kerana Zayn adalah asbab untuk kita semua bersatu.

Allah, dihari bahagia ini, aku mohon ya Allah. Kekalkan rasa bahagia dalam hati kami. Kekalkan rasa sayang dan saling menghormati antara kami.

Zahirah pun sudah aku nikahkan. Sebaik saja dia kata dia jatuh cinta kepada lelaki itu, aku terus minta menantuku, Hafriz datang meminang. Jangan tangguh. Jangan nanti. Aku tak mahu kisah lama berulang kembali.

Satu-satunya anak perempuan ku. Aku gagal memelihara kesucian ibumu. Maka, aku perlu menjaga kesucianmu.

Benar kata arwah abah. Menjaga anak perempuan tak mudah. Terlalu menggongkong, dia akan memberontak. Terlalu bebas, liar pula jadinya.

Patutlah, Islam menyuruh melayan anak perempuan umpama puteri. Agar dia manja dengan kita. Agar dia bercerita dengan kita. Supaya kita tahu, bagaimana mahu mendidiknya.

"Saya sayang awak." Bisik isteriku.

"Saya cintakan awak." Balasku pula.

Aku senyum.

Lafaz itu tak pernah bosan untuk aku luahkan. Walaupun sudah bercucu. Dia tetap manja denganku. Masih suka dipeluk. Masih tegar memujuk.

"Terima kasih awak." Ucapku.

"Terima kasih, awak." Balasnya.

Satu kucupan diberikannya kepadaku.

"Ayah! Ibu! Jomlah ambil gambar." Panggil Fahrin.

"Kejap. Ayah ni. Nak romantik-romantik. Habis make up ibu." Rungut Myra.

Aku pandangnya dengan dahi berkerut.

Dia ketawa. Sekali lagi dia mencium pipiku. Sekali lagi, dia mengucup bibirku. Pantas.

"Rindu sangat kat awak." Katanya.

Aku senyum.

Kami berjalan beriringan menuju ke pelamin. Bergambar.

Setiaku Korbankan.Where stories live. Discover now