Lagu Dayang Nurfaizah diulang dan ulang lagi. Lagu Dikirim jangan dipesan pun jangan itu, seperti kena dengan keadaanya ketika itu.
Sejak kita berpisah
Hatiku sedih bertambah pilu.
Terkenang masa dahulu.
Bila kau disampingku.
Mengikat janji berpadu.Myra senyum. Sinis.
"Padu betul perjanjian kita. No string attached. Just to have fun. Lepas tu, kau jatuh hati kat dia. Padan muka." Myra mentertawakan dirinya.
Kini tinggal kenangan
Serangkai cinta denganmu.Myra angguk. Setuju.
Kisahnya dan Izy hanyalah kisah lama. Dah tak ada lagi. Ianya hanyalah lipatan sejarah dalam hidupnya yang menjadikan dia hari ini. Menjadikan dia seorang ibu. Yang bersendirian membesarkan anaknya. Yang nenukar seorang extrovert kepada introvert.
Dia yang suka diberikan perhatian, menjadi seorang yang berharap, tiada lagi perhatian diberikan kepadanya. Dia yang dulu lantang bersuara. Mempertahankan haknya, kini hanya diam membisu bila dibuli dan dihina oleh masyarakat keliling.
Namun, dia tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya, dia ada Zayn. Anak yang dia didik untuk menjadi tabah. Dia didik Zayn dengan membetulkan kesalahan didikan ibu bapanya.
Apakah kesalahanku.
Dulu pernah ku merayu.
Namun dikau membisu.Myra senyum sinis.
"Sorry. Aku tak pernah merayu. Aku mengusik je." Kata Myra.
Teringat saat dia menyakat Izy. Mengajak Izy melakukan medical check up untuk bakal pengantin. Tujuannya hanya mahu menyakat kerana Izy kata, dia takut nak langgan pelacur atau berzina dengan perempuan yang selalu bertukar pasangan seks.
Usikan Myra itu hanya mengundang tangisan bila Izy kata,
"Awak ni, desperate nak nikah ni. Saya tak nak. Saya nak enjoy je."
Sedangkan niatnya hanya mahu mengusik. Tapi, andaikata Izy setuju, ianya hanya bonus supaya kerja zina mereka boleh menjadi halal. Maka, dia akan kurang rasa bersalah. Kurang rasa berdosa. Tentunya, bebas untuk bersama Izy.
Janganku kau hampiri.
Hatiku bukan untukmu lagi.
Mohon maafku padamu.
Dikirim jangan dipesan pun jangan.Usah dikau harapkan
Kataku takkan berubah ganti.
Usahlah dikenang selalu
Jangan pula kau merayu.
Aku tetap tak kembali.Myra menarik nafas dalam dan dilepaskannya kasar.
Itu yang mahu dikatakan kepada Rafa. Jangan pernah memberi semangat kepada Izy untuk merayunya. Dia tak mungkin mahukan Izy kembali. Cukup dengan segala air mata yang dihadiahkan Izy.
Betul. Hubungan terlarang yang berlangsung antaranya dan Izy hanyalah sekadar itu. Tapi, Myra pernah jujur menyatakan kepada Izy. Dia sudah jatuh cinta. Izy terima. Tapi, Izy juga menyatakan. Dia melakukan ini kerana nafsu semata-mata. Tiada perasaan.
Dan sejak itu, Izy makin jarang menghubungi Myra. Hanya akan menghubunginya bila dia mahu melepaskan air yang sudah bertakung. Tindakan Izy itu, buat Myra rasa dirinya makin murah.
Myra mengelap air matanya.
"Kenapa tiba-tiba awak cakap nak nikah dengan saya? Untuk apa lagi? Saya murah. Carilah perempuan yang mahal dimata awak." Kata Myra sendirian.
Dia beralih ke katilnya. Laptop yang memasang lagu Dayang itu, dia biarkan terbuka. Menyorokkan wajahnya ke bantal. Dia menangis sepuas-puasnya.
Relaku membawa diri.
Jauh ke alam yang sepi.
Merana setiap hari.Ya. Itu yang dirasai Myra.
Dia lebih selesa hidupnya hanya ada Zayn. Dia tak perlukan lelaki lain dalam hidupnya. Cukup keluarganya dan Zayn.
Biarlah dia terus membawa title perempuan murah. Perempuan sundal. Dan apa saja yang mahu orang katakan. Biar dia tanggung sendiri. Dia tak perlukan sesiapa untuk mengelap air matanya.
YOU ARE READING
Setiaku Korbankan.
RandomHanya engkau yang bertakhta dihati. Namun, bukan aku dihatimu. Aku pergi. Demi berbaki maruah. Untuk aku terus hidup. Bukan dipijak tidak berhati.