SK 41

1K 64 7
                                    

"Ayah, ibu. Boleh Zayn tidur dengan ayah dengan ibu?" Tanya Zayn yang menjengah masuk perlahan dipintu bilik Myra dan Izy.

Dia memandang ke arah Izy yang berada dikatil dan Myra yang berada dialmari pakaian. Dengan senyuman dan muka comel, dia mengharapkan jawapan positive dari keduanya.

"Meh."

"No"

Izy dan Myra memberikan jawapan yang berbeza.

"Biarlah. Dia budak lagi." Pujuk Izy.

"Masuk bilil Zayn. Sekarang!" Tegas Myra.

"Awak..."

Myra memandang Izy tajam. Kemudian, pandangan yang sama diberikan kepada Zayn.

Zayn tunduk. Berundur dan menutup kembali pintu bilil ibu dan ayahnya. Dia masuk ke dalam biliknya kembali.

Izy geleng. Dia bangun dan turut berjalan ke bilik Zayn. Mengetuk pintu bilik Zayn. Dan menunggu Zayn membuka pintu.

"Marah dekat ibu?" Tanya Izy setelah masuk mengikut Zayn ke katilnya.

Zayn geleng.

"Marah ayah?" Tanya Izy lagi.

Zayn geleng juga.

"Kenapa tak senyum ni?" Tanya Izy.

Serta merta Zayn menangis.

Izy senyum dan memeluk kepala Zayn. Dia mengusap kepala dan belakang anaknya itu. Memujuk Zayn yang sedang bersedih.

"Zayn takut. Zayn tak biasa dengan rumah ni." Kata Zayn dalam esak tangisnya.

Myra yang berdiri disebalik dinding bilik Zayn turut sama mengalirkan air mata. Dia sememangnya tak mampu melihat air mata anaknya itu. Tapi, dia selalu berlagak kuat dan tegas. Hakikatnya, dia selalu menangis bila Zayn menangis.

Dia masuk semula ke dalam bilik bila dia dengar Izy bangun dari katil. Cepat juga air mata dikeringkan dan dia segera baring diatas katil. Memejamkan matanya.

Izy melihat Myra yang sudah baring, menutup lampu dan pintu bilik mereka. Dikunci.

Izy baring disebelah Myra. Menarik Myra yang sedang membelakangkannya ke dalam pelukannya. Menyelesakan dirinya.

"Dah. Jangan menangis." Kata Izy.

Terus saja Myra membalikkan tubuhnya menghadap Izy dan menangis didada suaminya itu.

"Saya tahu dia tak biasa dengan rumah ni lagi. Mula-mula pindah rumah ibu dulu, kami berdua tak boleh tidur. Seminggu lebih macam tu. Take time nak biasakan diri. Saya tak nak kalau kita benarkan tidur dengan kita, dia akan terus jadikan ia alasan untuk terus tidur dengan kita." Teramg Myra.

"Bukan sebab nanti awak tak boleh peluk saya ke?" Usik Izy.

Dia ketawa halus bila Myra menyepak kakinya.

"Ye la. Takkan nak peluk awak depan Zayn. Kang kita ingat dia dah tidur, rupanya dia nampak kita buat kerja." Balas Myra.

"Kita buat apa? Spooning and cuddle je pun. Awak tak nak bekerjasama dengan saya." Balas Izy pula.

"Maaf."

"Tak apa."

"Saya minta maaf, awak. Saya tak boleh nak paksa. Kita dah cuba. Tapi, mood tu tak datang." Kata Myra penuh rasa bersalah.

"Tak apa, awak. Jangan fikirkan. Saya dapat peluk awak macam ni pun, tak apa." Balas Izy.

"Tapi, saya rasa bersalah sangat dengan awak. Dah lebih 2 minggu kita nikah. Tapi, saya tak mampu layan awak lagi." Kata Myra.

Izy diam. Tak tahu apa yang mahu dibalas. Bukan dia tak paksa, tapi, Myra hanya kaku.  Tidak bernafsu. Bukan sekadar dimulut, tapi, badannya juga tidak menunjukkan sebarang reaksi apabila disentuh.

"Kita pergi klinik, ya? Kita check." Pujuk Izy.

"Tak nak." Tolak Myra.

Izy mengawal dirinya dari mengeluh. Dia tak mahu Myra berkecil hati atau rasa bersalah. Dia tak mahu Myra terus menyalahkan dirinya. Tapi dia risau.

Dia ada melakukan pembacaan. Keadaan Myra ini sama ada hiposeksual atau aseksual. Sekiranya Myra mengalami hiposeksual, tak mengapa. Tapi sekiranya aseksual, dia sangat risau.

Walaupun hiposeksual lebih membimbangkan kerana ia berkait rapat dengan gangguan bipolar, tapi sekurang-kurangnya, ianya berlaku ketika episod mania. Bukan cara hidup. Bila saja episod manianya hilang, Myra akan kembali seperti biasa. Dan ianya mampu diubati. Iaitu dengan mengubati bipolar.

Kerana itu, dia mengajak Myra untuk ke klinik agar dapat dirujuk kepada pakar. Keengganan Myra tidak mungkin membolehkan dia diubati sekiranya dia benar-benar disahkan bipolar. Pada Izy, bila melibatkan masalah mental, untuk mengubatinya perlu dengan kerelaan Myra sendiri.

"Tak nak awak." Kata Myra sekali lagi bila Izy hanya mendiamkan diri.

"Ye lah. Dah. Jom tidur." Balas Izy.

"Awak marah saya?" Tanya Myra. Mendongak memandang Izy.

"Jangan fikir apa-apa. Tidur je." Balas Izy dan mencium dahi Myra.

Setiaku Korbankan.Where stories live. Discover now