Izy masih terbaring dikatil hospital. Hatinya tak tenteram. Anaknya masih dihospital. Diletakkan didalam inkubator kerana lahir tidak cukup bulan. Myra pula sudah pulang. Tetapi dia, tetap dihospital.
Setelah kejadian tersebut, dia dan Myra dikejarkan ke hospital. Myra ke bilik bersalin dan dia dibilik pembedahan. Keduanya terpaksa dibedah. Myra untuk mengeluarkan bayi manakala Izy untuk keluarkan peluru.
Akibat dari itu, dia disahkan lumpuh separuh badan. Tetapi, bukan kekal. Cuma sementara. Dia perlu menjalani rawatan fisioterapi untuk kembali pulih. Oleh itu, dia dipindahkan dari hospital kerajaan ke hospital swasta. Atas permintaan keluarga Izy sendiri.
Mujur dia layak untuk menerima perlindungan insuran yang disediakan oleh syarikatnya kerana dia pekerja tetap. Dan Alhamdulillah, ada Amsyah yang menguruskan dia dan Myra.
Amsyah yang bertungkus lumus menguruskan dia dan Myra sementara menunggu Aidid dan Rafa tiba. Tapi, Aidid tidak boleh lama kerana kerjanya. Lagipun, Wati sendiri masih belum pulih. Dia hanya boleh mengambil cuti beberapa hari saja. Ditambah lagi, batasan merentas negeri membuatkan dia makin susah untuk pulang menguruskan segalanya.
Keluarganya juga punya urusan yang tak membolehkan mereka sentiasa menemaninya. Dengan keadaan covid. Mereka hanya dibenarkan datang melawat seketika saja.
"Assalammualaikum."
Amsyah masuk ke dalam bilik Izy. Dia meletakkan bekalan makanan diatas meja dihadapan Izy.
"Waalaikummussalam. Ibu masak apa?" Tanya Izy.
"Singgang." Jawab Amsyah.
"Myra makan ni?' Tanya Izy.
Amsyah angguk.
"Zayn dan Myra susahkan along ke?" Tanya Izy.
"Hari-hari kau tanya soalan yang sama. Tak. Tak de siapa-siapa pun yang susahkan aku. Korang keluarga aku. Myra tu, adik kandung aku. Kau tu suami dia. Zayn tu anak buah aku. Darah daging aku." Jawab Amsyah.
"Terima kasih, along." Ucap Izy.
"Dahlah. Janji kau sihat. Sudah. Kau fisio macam mana?" Tanya Amsyah.
"Alhamdulillah. Dah boleh nak berdiri. Cuma, tak kuat lagi." Jawab Izy.
"Tak pe lah. Baru berapa hari." Balas Amsyah.
Izy angguk.
Amsyah hanya berdiri memandang Izy. Satu senyuman diberikan. Ikhlas dari hatinya.
"Along marah saya lagi?" Tanya Izy.
"Aku marah sebab kau buat adik aku macam tu. Kau tak ambil dia sebagai yang sah. Kau berzina dengan dia. Padahal, aku jaga adik aku elok-elok. Untuk diserahkan kepada suami dia dalam keadaan yang baik. Tapi, kau cemarkan dia. Tak salah kalau aku marahkan kau. Sebab kau dah rosakkan adik aku. Tapi, bila kau jaga adik aku elok-elok. Dia bahagia. Tak ada apa yang aku nak marahkan dah. Asalkan adik aku happy. Aku happy." Balas Amsyah.
"Saya minta maaf. Masa tu, saya masih trauma. Tapi biasalah. Kita lelaki. Tengok perempuan, mesti nak itu. Myra pula masa kenal, dia kata, dia nak tengok saja batang lelaki. Nak rasa pegang. Tapi, bila dia dah pegang, saya yang tak tahan. I exploit her curiosity. Sampai dia benarkan saya buat apa je kat dia kecuali fuck her. I mean a real fuck. Sumpah! Tak pernah masuk pun batang saya kat dalam lubang dia masa tu. Tapi, Allah nak tunjukkan kekuasaannya. Myra mengandung. Sumpah, along. Kalau saya tahu Myra mengandung, saya ambil dia jadi isteri." Cerita Izy. Bersungguh cuba menyakinkan Amsyah.
Amsyah diam. Apa pun ceritanya, Izy tetap seorang lelaki yang sudah merosakkan impian adiknya. Myra impikan percintaan selepas nikah. Dia impikan malam pertama berlangsung dirumah mereka sendiri. Myra mahu seorang suami yang sayang dan cintakannya tanpa dikuasai oleh nafau.
"Sudahlah. Kisah lama. Yang penting, sekarang. Jaga adik aku. Jaga anak-anak buah aku. Bahagiakan dorang." Putus Amsyah.
Apa pun, benda dah terjadi. Apa yang penting adalah masa depan. Melihat cara Izy menjaga dan menyayangi Myra, dia rasa Izy lebih hebat darinya. Sebagai suami dan bapa, dia cemburukan Izy. Izy pandai dalam menunjukkan kasih sayangnya. Dia pandai mendidik anak dan isterinya.
"Insya Allah, long. Kalau ada saya buat salah, tegur-tegurlah. Kadang, tak perasan." Kata Izy.
Amsyah angguk.
Tiada apa yang dia mahukan. Hanyalah melihat adik-adiknya gembira dan bahagia. Dia tak risaukan Aidid. Aidid lelaki dan dia pandai bawa dirinya. Kini, dia juga tak perlu risaukan Myra. Dia tahu, Myra berada dibawah kasih sayang seorang suami yang bertanggungjawab. Yang mampu melindunginya.
YOU ARE READING
Setiaku Korbankan.
RandomHanya engkau yang bertakhta dihati. Namun, bukan aku dihatimu. Aku pergi. Demi berbaki maruah. Untuk aku terus hidup. Bukan dipijak tidak berhati.