SK 29

940 56 3
                                    

Myra cuba memejamkan matanya. Tapi, dia langsung tak berjaya. Hakikatnya, dia mengantuk. Keletihan. Sedih. Tapi, matanya tak mahu pejam.

"Ibu tak boleh tidur?" Tanya Zayn yang tidur disebelahnya.

Myra angguk.

"Zayn pun." Kata Zayn.

"Mungkin ibu tak selesa Zayn tidur sebelah ibu kot. Biar Zayn tidur bawah." Kata Zaym dan terus mengambil bantal dan selimut. Dia baring dibawah.

Myra hanya biarkan.

Sejak umur Zayn 2 tahun, Zayn tidak lagi tidur dengannya. Zayn tidur dibiliknya sendiri. Sesekali, dia akan datang ke bilik Myra. Tapi, Myra suruh tidur dibawah. Makin Zayn besar, makin dia tidak lagi mahu tidur dengan Myra.

"Ibu dah boleh tidur?" Tanya Zayn setelah lebih 30minit dia pindah ke bawah.

"Tak." Jawab Myra.

Zayn diam.

Dia sendiri pun tak boleh tidur. Ini bukan rumahnya. Dia tak pernah tidur tempat lain selain rumahnya. Ini, pertama kali dia tidur dirumah lain. Berkongsi bilik dengan ibunya. Rasa kekok. Rasa tak selesa.

"This used to be my room. Inilah tempat ibu tidur, buat kerja, belajar, melepak. Semua kat sini dalam bilik ni. Katil ni. But now, it feel strange. Like, this is not my room anymore. Rasa menumpang." Kata Myra.

"Sebab tu, ibu tak leh tidur?" Tanya Zayn.

"Ermm..." Jawab Myra.

"Samalah." Balas Zayn.

"Tapi, kita kena biasakan diri dengan bilik ni. Bilik ni akan jadi tempat kita. Rumah ni akan jadi rumah kita." Kata Myra.

"Ibu, tak boleh ke kita duduk saja rumah kita? Walaupun rumah kita kecil dari rumah ni. Bilik kita tak ada bilik air kat dalam bilik macam bilik ni. Tak ramai orang macam dekat sini. Tapi, rumah kita lagi selesa." Pinta Zayn.

Myra angguk. Dia terpaksa setuju dengan apa yang Zayn kata.

"Maafkan ibu Zayn. Kita kena korbankan keselesaan kita demi ibu. Untuk ibu tebus balik dosa ibu dengan atok." Balas Myra.

Dia tak mampu nak menolak permintaan ibunya yang minta dia kembali ke rumah ini. Walaupun hatinya mahu kembali, tapi, dia tak mahu hingga tinggal serumah. Dia tak rasa selesa.

Tapi, apakan dayanya? Dia tak mampu untuk kata tak dengan permintaan ibunya.

"Ibu, bolehkan kita datang macam selalu. Bezanya, kali ni kita masuk dalam rumah. Jumpa atok, paklong. Ibu, bolehlah ibu. Kita duduk rumah kita." Pujuk Zayn lagi.

"Ibu tak tau macam mana nak kata tak kat atok. Ibu dah banyak lukakan hati atok. Dah banyak yang ibu buat yang susahkan hati atok. Maafkan ibu, Zayyan. Zayn banyak kena lalui susah sebab dosa ibu. Zayn kena ejek. Zayn tak boleh tadika sebab ibu tak mampu nak hantar Zayn pergi tadika. Banyak benda yang kawan Zayn ada, Zayn tak boleh dapat. Sekarang ni, jadi macam ni pula." Kata Myra.

"Zayn tak pergi tadika, tapi, Zayn dah boleh membaca dan menulis dari umur Zayn 5 tahun. Kawan-kawan Zayn, umur dah 7 tahun pun, ada yang tak pandai tulis nama sendiri. Zayn baru 6 tahun, dah belajar English. Dah boleh baca English. Dah boleh tulis jawi. Dah hafal juz 30. Semua sebab ibu ajar Zayn." Balas Zayn.

"Sebab Zayn suka belajar." Balas Myra.

"Sebab ibu tegas. Ibu selalu tanya. Nak belajar ke nak main. Ibu kata, kalau nak main. Main. Nanti nak belajar, belajar. Tak boleh main. Kena jaga adab dengan ilmu." Kata Zayn.

Myra senyum.

"Pandai pujuk ibu, ya? Siapa ajar ni?" Tanya Myra. Sengaja mahu mengusik Zayn.

"Mestilah dari ayah." Jawab Zayn.

"Ye ke? Selalu ayah panggil Zayn suruh pujuk ibu." Balas Myra.

"Bukan ayah Hadi. Ayah Izy." Zayn membetulkan tanggapan Myra itu.

"Bila pula panggil ayah?" Tanya Myra. Berkerut juga dahinya.

"Sejak Zayn tahu Zayn anak ayah la." Jawab Zayn.

"Ayah suruh?"

"Tak. Zayn yang nak."

Myra angguk.

"Zayn, ibu tau Zayn suka pakcik jadi ayah Zayn. Tapi, Zayn kena ingat, jangan minta apa-apa dengan pakcik. Walaupun Zayn lahir dari benih dia. Tapi, dia bukan ayah Zayn. Zayn sendiri dah bacakan hukum hakam agama. Kalaupun ibu kahwin dengan ayah, dia hanya boleh jadi ayah tiri Zayn. Bukan ayah kandung. Ingat pesan ibu. Jangan meminta. Apa yang ayah bagi, terima saja. Tapi, jangan meminta." Pesan Myra.

"Baik, ibu."

Sampai ke subuh, mereka dua beranak bersembang. Dari satu perkara ke perkara yang lain. Dari Zayn dibawah, naik semula ke atas. Bila Myra menunjukkan tentang sesuatu. Saling berbicara tentang ilmu.

Setiaku Korbankan.Where stories live. Discover now