PROLOG

12.1K 349 63
                                    

Meskipun air mata ini
Seringkali jatuh membasahi pipi
Aku tetap harus bangkit mendepani hari
Betapa kerdilnya diri ini
Sehingga tiada daya untuk melawan
Segala suratan

Aku mengharapkan bahagia
Namun derita yang menjelma

- KAU HIDUPKANLAH RASA INI -

HUJAN yang turun mencurah curah sejak tadi masih belum berhenti. Hujan rintik rintik yang menimpa bumbung rumah bagaikan sebuah irama yang begitu mendamaikan. Fatimah masih setia berdiri di berandar sambil merenung titik titik hujan yang turun. Sesekali angin yang bertiup kencang menyerang tubuhnya membuatkan dia berasa dingin. Dia memeluk tubuhnya dengan erat untuk cuba melawan kedinginan itu.

"Bosannya.." Fatimah mengeluh kecil. Keluhan yang hanya didengari oleh dirinya sendiri kerana hanya dia yang berada di banglo besar itu. Walaupun berkali kali Fatimah mengeluh, keadaan pasti akan tetap sama. Kebosanannya tetap juga mencengkam jiwa.

Tiba tiba saja hatinya terasa pedih. Rasa macam nak menangis. Tapi air matanya seakan akan sudah kering. Ya Allah, kenapa kisah hidupku begini? Tidakkah aku untuk menggapai bahagia? Sepertimana insan lain? Setitis air mata jatuh juga akhirnya. Sebak.. pilu, semuanya datang bertamu di dalam kalbu.

Perlahan tangannya menarik daun jendela lalu dirapatkan. Kakinya sudah naik kebas kerana berdiri terlalu lama disitu. Dengan lemah longlai, dia melangkah ke sofa empuk di ruang tamu. Matanya melirik sejenak pada jam dinding yang tergantung kemas. Jam menunjukkan tepat pada pukul 12 tengah malam. Nampaknya malam ini juga Haykarl tidak akan menunjukkan mukanya di banglo itu. Benci sangatkah dia kepada aku?

Televisyen dipasang. Fatimah berbaring diatas sofa. Matanya terarah tepat pada kaca televisyen. Tetapi fikirannya jauh melayang teringatkan kampung halaman. Ya Allah rindu! Apa khabar agaknya Mak Yek? Masih ingatkah dia dengan Fatimah? Tak semena mena air mata yang tadinya seakan akan kering, jatuh lagi membasahi pipi. Bayang wanita usia lingkungan 50-an itu terus menari di ruang mata.

Meskipun hidup bersama dengan Mak Yek banyak derita daripada bahagianya, dia tetap sayangkan wanita itu. Sejak arwah ibu dan ayahnya meninggal dunia, Mak Yek lah yang menjaganya. Biarpun dia terpaksa bekerja untuk sesuap nasi, dia tetap bersyukur. Sekurang kurangnya, dia masih lagi ada tempat untuk berteduh.

Dia juga terpaksa membanting tulang untuk mencari duit bagi menampung yuran persekolahannya. Sejak kecil lagi dia memang sudah bekerja di sawah padi. Dia mengambil upah menyulam padi dan bermacam jenis kerja lagi yang pernah dia buat untuk mendapatkan duit kerana Mak Yek bukanlah seorang yang berduit.

Hidup mereka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Suami Mak Yek pula malas bekerja. Kaki judi dan arak saja. Kadangkala Fatimah kesiankan Makciknya, Mak Yek. Hanya Mak Yek sorang yang bekerja untuk menyara mereka sekeluarga. Kerana itulah dia tidak pernah salahkan Makciknya andai kata wanita itu kadangkala menjadi terlalu bengis. Dia faham apa yang sedang dilalui oleh Makciknya itu.

Sekarang, semuanya bagaikan angan angan yang ditinggalkan. Bolehkah dia kembali menyambung pelajarannya setelah berkurung lama di dalam sangkar emas milik Haykarl ini? Walaupun mulut lelaki itu mengatakan tidak pernah kisah dengan dirinya, tetapi dia tetap juga berasa ragu. Memang Fatimah berharap sangat dapat menjejakkan kaki ke menara gading. Itulah impiannya selama ini.

Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]Where stories live. Discover now