FATIMAH termenung panjang di balkoni biliknya. Selesai makan malam sebentar tadi, dia terus menyepikan diri di dalam bilik. Perasaannya tiba tiba saja rasa terganggu. Fatimah benci dengan perasaan itu. Kenapa sejak akhir akhir ini perasaannya sentiasa diasak curiga? Sesak rasa nafasnya. Sudah dua hari Datin Mahani pulang ke Kuala Lumpur. Setelah melihat keadaan kesihatan anak tunggalnya itu semakin baik, Datin Mahani mengambil keputusan untuk kembali ke rumahnya semula. Kini cuma tinggal Fatimah dengan Haykarl saja di rumah besar itu.
Angin malam bertiup sepoi sepoi bahasa menyapa mesra wajah Fatimah. Dia masih terus merenung ke dada langit yang terang disimbahi dengan cahaya bulan. Perasaannya tidak sudah sudah disapa resah. Perbualan antara Datin Mahani dan Haykarl tempoh hari datang menari nari. Membangkitkan rasa sakit di dalam jiwa. Mengapa dadanya terasa sesak setiap kali perkara itu bermain dalam ingatannya?
Haykarl masih belum dapat lupakan Nurul Huda? Aku cemburu ke? Tak sudah sudah hatinya menduga.
Angin makin kuat berhembus. Fatimah berpeluk tubuh. Cuba melawan rasa dingin yang dibawa oleh angin. Tiba tiba saja langit yang cerah tadi kelihatan kelam sedikit demi sedikit. Bulan yang terang sebentar tadi juga sudah mula dilitupi awan gelap. Mungkin hari nak hujan. Alangkah seronoknya jika berada di kampung. Tentu malamnya diserikan dengan suara cengkerik dan merpati. Sungguh mendamaikan hati. Nafas dihela lagi.
Fatimah, kenapa dengan kau ni? Kenapa nak cemburu dengan orang yang dah tak ada?! Bentak hatinya sendiri. Wajahnya diraup lagi. Perasaan curiga sedaya upaya cuba diusir pergi.
"Kenapa ni?" Suara Haykarl sudah menampar lembut di gegendang telinganya. Fatimah segera menoleh. Terus matanya tertancap pada Haykarl yang sudah berdiri tegap di sisinya. Entah sejak bila Haykarl berdiri disitu, dia pun tidak pasti.
"Bila abang masuk? Kenapa tak ketuk pintu dulu?" Fatimah berasa kurang senang. Matanya dihalakan semula ke hadapan. Merenung malam yang semakin kelam.
"Abang mintak maaf" Pinta Haykarl lembut. Rasa bersalah pula masuk ke bilik Fatimah tanpa kebenaran.
Fatimah terbungkam. Tidak tahu mahu menjawab apa. Entah mengapa semenjak dia terdengar perbualan antara Haykarl dan ibu mentuanya tempoh hari, hatinya terasa tawar. Baru saja hatinya terpujuk untuk memaafkan Haykarl, tiba tiba jadi macamni pulak. Hati yang mana yang tak sakit?
"Sayang marahkan abang ke?" Tanya Haykarl lagi sebaik saja melihat Fatimah hanya membatukan diri dari tadi. Bukannya dia tak perasan dengan sikap Fatimah sehari dua ni. Dingin saja. Puas Haykarl fikir dimana silapnya. Tapi sampai ke sudah dia gagal untuk mengesan silapnya pada kali ini.
Fatimah diam lagi. Hanya jarinya saja yang ligat memintal antara satu sama lain.
"Hmm, kalau abang ada buat salah, abang mintak maaf. Okaylah, abang taknak ganggu Fatimah" Haykarl sudah memusingkan tubuhnya. Ingin berlalu pergi dari situ.
"Abang.." Panggil Fatimah perlahan. Tangan Haykarl dicapai laju. Menahan Haykarl daripada berlalu pergi.
Langkah Haykarl terus mati. Wajah Fatimah dipandang dalam dalam. Sungguh, dia buntu dengan sikap Fatimah.
"Saya mintak maaf! Saya tak marahkan abang. Tapi.. saya cemburu!" Luah Fatimah. Jujur. Wajahnya ditundukkan merenung lantai. Malu apabila terpaksa meluahkan isi hati sendiri.
"Cemburu?" Haykarl bingung. Keningnya sudah bertaut. Matanya laju saja mencari sepasang mata milik Fatimah. Dia mahukan penjelasan daripada Fatimah. Fatimah cemburu? Cemburukan apa?
"Saya mintak maaf. Haritu secara tak sengaja saya terdengar perbualan antara abang dengan mama. Sumpah! Saya bukan nak intai abang. Saya cuma tak sengaja terdengar" Terang Fatimah bersungguh sungguh. Bimbang kalau kalau Haykarl salah faham.
YOU ARE READING
Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]
Romance[COMPLETED] Nur Fatimah Maisarah. Pertemuan yang tak terduga dengan Haykarl Ashraff telahpun menjerat dirinya dengan lelaki itu. Disebabkan satu kejadian, dia dipaksa berkahwin dengan lelaki itu biarpun di hati tiada nilai cinta. Hidup bersama denga...