Bab 17

3.1K 195 29
                                    

KERETA Mini Cooper milik Haykarl meluncur laju di atas jalan raya. Dia sudah tidak sabar lagi untuk berjumpa dengan Nurul Huda. Sampai ke saat ini dia masih belum dapat menghubungi Nurul Huda.

Rumah banglo tiga tingkat itu kelihatan sunyi sepi saja saat Haykarl memarkir kereta di laman rumah. Tidak ada sebiji pun kereta yang terparkir di garaj di hadapan rumah. Kereta Nurul Huda juga tidak kelihatan di mana mana. Langkah laju diayun menuju ke muka pintu. Tak sampai dua saat, loceng rumah ditekan.

Tiga minit berlalu namun pintu rumah masih lagi belum terbuka. Sekali lagi Haykarl menekan loceng. Kali ini bertalu talu dia tekan.

"Maaf, Tuan Haykarl. Lambat bukakan pintunya.." sapa Bibik sebaik saja dia muncul di muka pintu. Tangan pembantu rumah Indonesia itu penuh dengan buih sabun. Mungkin tengah basuh baju atau basuh pinggan mangkuk.

Haykarl mengukirkan senyuman sesaat. "Tak mengapa bibik. Cik Huda ada?"

"Waduh, Tuan. Cik Huda belum pulang. Dari malam tadi lagi perginya" Wajah Bibik kelihatan berkerut.

"Dari malam tadi? Tan Sri Hakimi dengan Puan Sri Haida mana?" Tanya Haykarl lagi.

"Puan Sri Haida dengan Tan Sri Hakimi katanya keluar dari kota. Tuan Zharif juga sudah keluar dari pagi lagi"

Haykarl diam lagi. Nurul Huda tak balik dari malam tadi? Mana dia pergi? Haykarl mula rasa tak sedap hati. Takkan bermalam di rumah kawan kot? Haykarl tahu Nurul Huda ramai kawan. Kadang kadang mereka suka menghabiskan masa di kelab malam sampai ke pagi. Sudah berbuih mulut Haykarl menasihati Nurul Huda. Tapi jawapannya tetap sama. Wanita itu mahu hiburkan diri sepuas puasnya sebelum wanita itu bergelar seorang isteri. Haykarl mengeluh kecil. Angkara Cinta, segala kemahuan Nurul Huda terpaksa dituruti.

"Takpelah, Bik. Saya balik dulu ye" pinta Haykarl.

"Baiklah, Tuan" pintu besar itu ditutup laju oleh Bibik.

Haykarl menghela nafas panjang. Tubuhnya masih berdiri kaku di tepi kereta. Puas otaknya berfikir, mencari jawapan. Sudahnya, tangannya lemah menarik pintu kereta lalu meloloskan dirinya ke dalam perut kereta.

Belum pun sempat Haykarl menghidupkan enjin keretanya, sebuah kereta Honda meluncur ke perkarangan rumah banglo itu. Dahi Haykarl mula berkerut.

Nurul Huda mula cuak. Dia dan Zeck salin berpandangan di dalam kereta. Macam nak tercabut rasanya jantung Nurul Huda apabila melihat kereta Haykarl terparkir elok di laman rumahnya.

"Sayang, matilah kita!" Muka Nurul Huda pucat sepucatnya.

"You tenang dulu okay. Buat macam biasa je. Biar I yang selesaikan semuanya" jawab Zeck penuh yakin.

Haykarl keluar semula dari kereta. Tubuhnya disandar kemas di kereta Mini Cooper miliknya sambil kedua dua belah tangannya tersarung kemas di dalam poket seluar. Matanya merenung tajam ke arah Nurul Huda dan Zeck yang semakin mendekat.

"Sayang, bila You balik? Cakap pergi lama" Nurul Huda memeluk lengan Haykarl dengan manja dan menggoda. Kepalanya sengaja dilentokkan di bahu Haykarl seperti kucing yang ingin bermanja dengan tuannya.

Haykarl hanya bertindak biasa saja. Godaan manja Nurul Huda langsung tidak berkesan di hatinya yang sedang membeku ini. Dia berasa curiga. Matanya tidak lepas daripada merenung wajah Zeck dan Nurul Huda silih berganti. Segaris senyuman pun tidak terukir di wajah kacaknya itu.

"Bro, jangan tengok aku macamtu. Kau jangan salah faham. Aku dengan Huda jumpa secara tak sengaja je" jelas Zeck seakan akan yakin dengan apa yang dikatakan olehnya. Kecut juga perutnya apabila melihat wajah serius Haykarl. Gila tak kecut! Bukan dia kenal dengan Haykarl sehari dua. Dah faham sangat dah perangai Haykarl kalau tengah marah bagaimana.

Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]Where stories live. Discover now