FATIMAH baring diatas sofa. Matanya menghala tepat ke arah kaca televisyen tetapi fikirannya melayang entah kemana. Sesekali tangannya menekan huruf huruf di papan kekunci pada telefon bimbit. Berbalas mesej dengan Nana. Bayang Haykarl masih belum muncul walaupun malam semakin dingin.
Pagi tadi Haykarl tidak ke pejabat kerana menghantar Datin Mahani ke lapangan terbang. Tapi sampai sekarang Haykarl masih belum balik balik lagi. Mungkin dia keluar bersama dengan tunang kesayangannya lah tu.
Fatimah mengeluh bosan. Masa terasa begitu lambat berjalan. Tak sabar rasanya dia mahu kembali semula ke kampus pada hari esok. Rindu sangat dengan Nana dan suasana di kampus. Makin lama dia berada di rumah ni, makin terseksa hatinya. Tapi tidak rindukah dia dengan Haykarl nanti?
Sekilas matanya melirik pada jam yang melekat kemas di dinding rumah. Jam menunjukkan tepat pada pukul 11 malam. Nampak gayanya lauk pauk yang dimasaknya tadi akan menjadi rezeki tong sampah untuk sekali lagi lah jawabnya. Sampai sekarang bayang Haykarl masih belum muncul. Marah lagikah dia?
Bukan Fatimah tak perasan riak wajah Haykarl di meja makan pagi tadi. Nampak sangat lelaki itu tidak puas hati dengannya. Waktu Fatimah bagitahu Datin Mahani bahawa esok hari dia akan kembali semula ke kampus, terus wajah Haykarl berubah terkejut. Siap buat muka masam lagi. Haykarl marah agaknya. Sebab Fatimah memang tak pernah cerita dengan Haykarl tentang itu.
"Argh! Lantaklah. Biarlah dia nak marah sekalipun" Fatimah bingkas bangun.
Daripada aku duduk dekat sini, baik aku naik atas baca Al-Quran. Lagi bermanfaat. Getus Fatimah di dalam hati. Terus dia melangkah dengan laju. Satu persatu anak tangga didaki menuju ke biliknya.
❤️
TOMBOL pintu dipulas dengan berhati hati dari luar. Haykarl yakin Fatimah masih belum tidur kerana lampu di bahagian ruang tamu masih lagi terpasang. Dia menjengukkan kepalanya. Kosong.
Kat dapur kot? Teka Haykarl sambil merapatkan semula daun pintu lalu dikunci. Haykarl menjengah ke arah ruang dapur. Gelap. Kepalanya digaru laju. Kalau takde dekat dapur, dekat biliklah tu. Duga Haykarl lagi.
Anak tangga didaki. Dalam hati masih lagi ada sisa marahnya terhadap Fatimah. Marah kerana Fatimah suka sangat membelakangkan dia dalam semua hal. Tak ada angin, tak ada ribut, tup tup esok dah nak balik kampus. Patutnya Haykarl rasa gembira sebab lepasni kalau dia nak jumpa dengan Nurul Huda dua puluh empat jam sekalipun, tak apa. Tak payah susah susah nak jaga hati Fatimah lagi. Tapi entah kenapa, dia pulak yang terasa sayu.
Baru saja tangannya mahu memulas tombol pintu bilik Fatimah, langkah Haykarl terus terhenti. Sayup sayup suara lunak lemak merdu Fatimah mengalunkan ayat ayat suci Al-Quran menjamah halwa telinga. Sungguh menenangkan jiwa.
Hati yang sedang marah sebentar tadi terus bertukar menjadi lembut dan sedingin salju. Bacaan Fatimah yang cukup sempurna itu begitu meresap ke dalam jiwa Haykarl. Dia terduduk disitu. Badannya disandar kemas di dinding bilik Fatimah. Hatinya mula berasa sayu. Fatimah.. hati Haykarl merintih. Bermacam rasa yang datang mengetuk pintu hati. Rasa sedih, rasa bersalah, rasa keliru, rasa rindu.. Semuanya bercampur baur menjadi satu perasaan yang menyatukan rasa.
❤️
BARU saja mahu merebahkan badan diatas katil, tiba tiba Haykarl teringatkan sesuatu. Dia yang bercadang mahu merebahkan badannya setelah selesai solat subuh, tak jadi untuk berbaring semula. Haykarl bergegas bangun kemudian terus keluar dari biliknya. Matanya melilau mencari kelibat Fatimah. Kata Fatimah, harini dia akan kembali semula ke kampus. Haykarl belum pun sempat bertanyakan Fatimah tentang perkara itu dengan lebih terperinci.
YOU ARE READING
Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]
Romance[COMPLETED] Nur Fatimah Maisarah. Pertemuan yang tak terduga dengan Haykarl Ashraff telahpun menjerat dirinya dengan lelaki itu. Disebabkan satu kejadian, dia dipaksa berkahwin dengan lelaki itu biarpun di hati tiada nilai cinta. Hidup bersama denga...