Bab 23

3.2K 195 22
                                    

HUJAN turun dengan begitu lebat pada petang itu seakan akan tidak mahu berhenti. Pohon kayu juga melentok lentok ditiup angin yang menggila. Kilat pula sabung menyabung. Fatimah masih lagi berada di atas sofa. Cuba melawan kedinginan yang telah dibawa oleh angin. Hujan yang turun mencurah curah itu menyebabkan Fatimah berasa begitu dingin. Namun dalam kedinginan itu, tubuhnya terasa panas berbahang. Sesudahnya, Fatimah terbaring lesu diatas sofa. Tidak larat untuk bergerak ke mana mana.

Badannya terasa begitu lemah dan tidak bertenaga. Dari malam tadi lagi Fatimah rasa tak sedap badan. Namun digagahkan juga dirinya untuk pergi kuliah. Tapi petang itu dia betul betul rasa tak larat. Nak taknak, terpaksa juga dia ponteng kelas. Awal awal lagi dia sudah berpesan pada Nana supaya menyalinkan nota untuknya.

Sampai saja di rumah, dia terus berbaring di atas sofa tanpa sempat menukar baju kurung yang dipakai untuk ke kelas tadi. Dia berasa betul betul sakit. Matanya langsung tak boleh buka. Rasa pedih dan berpinar pinar. Kepalanya pula berdenyut denyut bagaikan dicucuk dengan duri yang sangat tajam.

Ya Allah. Sakitnya! Ibu, Fatimah nak Ibu! Fatimah sakit ibu. Sakit sangat! Hati Fatimah merintih. Begitulah Fatimah. Setiap kali dia sakit, hanya rintihan itu saja yang bergema dalam hatinya. Alangkah bahagianya kalau ada tangan seorang ibu yang memeluknya ketika itu. Yang akan mengusap mesra tubuhnya. Pasti rasa sakit itu akan hilang. Tapi semua itu hanyalah angan angan kosong yang memang tidak akan pernah menjadi kenyataan. Segala rasa sakit cuba dilawan sedaya upaya. Akhirnya dia tertidur dalam kesakitan.


❤️


PINTU rumah ditolak perlahan oleh Nana. Dahinya berkerut apabila mendapati pintu rumah tidak berkunci. Ish, budak Fatimah ni! Ada ke patut biarkan pintu ni tak berkunci. Kalau perompak masuk macam mana? Desis Hati Nana. Dia meninjau ke dalam rumah. Mencari kelibat Fatimah.

"Lahh, tidur rupanya" Mata Nana memandang tepat ke arah tubuh Fatimah yang nampak begitu lena di atas sofa. Kepalanya digeleng laju sambil punggungnya terus dihenyak kasar ke atas sofa di hadapan Fatimah.

Beg sandang dan buku buku notanya terus diletakkan diatas meja sofa. Tubuhnya disandar kejap diatas sofa sambil matanya masih memandang lama ke arah Fatimah. Pelik juga Nana apabila melihat Fatimah yang tertidur lena disitu. Tadi Fatimah cakap dia tak dapat masuk kelas sebab ada hal yang perlu diselesaikan. Tup tup, Fatimah sudah tidur lena disini.

Kening Nana tiba tiba berkerut. Telinganya seolah olah menangkap suara seseorang yang sedang mengerang kesakitan. Terus tubuh Nana tegak. Dia memandang Fatimah.

Memang sah! Bunyi itu datangnya daripada Fatimah. Ish, kenapa dengan Fatimah ni? Hati Nana mula rasa tak sedap. Sepantas kilat dia menerpa ke arah Fatimah. Laju saja tapak tangannya hinggap di dahi dan pipi Fatimah.

"Ya Allah, panasnya!" Nana terjerit cemas. Bahang dari tubuh Fatimah terasa begitu panas di tapak tangannya. "Fatimah, kau demam ke?" Tangannya kembali menari laju di dahi dan leher Fatimah. Panas!

Fatimah masih diam tak bergerak. Cuma mulutnya saja yang berbunyi seolah olah merintih kesakitan. Badannya nampak macam menggeletar. Nana diragut rasa cemas yang maha hebat. Ya Allah, apa yang patut aku buat ni?

"Fatimah, jom aku bawak kau pergi klinik! Panas sangat badan kau ni" Tubuh Fatimah digoncang kuat. Risau betul Nana apabila melihat keadaan Fatimah yang nampak betul betul tak bermaya itu.

Tubuh Fatimah bergerak sedikit. Dia cuba untuk membuka mata namun tidak berjaya. Matanya masih berasa pedih dan berpinar. Kepalanya pula berdenyut denyut dengan sangat kuat.

Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]Where stories live. Discover now