BUAT kali pertama dalam usia perkahwinan mereka, Fatimah solat berimamkan Haykarl. Perasaan Fatimah ketika ini tidak dapat digambarkan dengan kata kata. Sayu, sebak, bahagia, semuanya bercampur menjadi satu perasaan. Bagaikan terlupa seketika segala sengketa antara mereka. Air mata Fatimah jatuh berguguran tanpa dapat dikesat lagi. Beginikah rasanya apabila menjadi makmum kepada seorang suami? Perasaannya sungguh berbeza.
Setelah mengaminkan doa, Fatimah menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Haykarl. Hati Haykarl tersentuh saat melihat Fatimah tunduk dan mencium lembut tangannya. Perasaan bahagia bertandang di dalam jiwa. Susah untuk diterangkan melalui kata kata. Tak pernah dia berasa sebahagia ini. Bahagianya, hanya Allah saja yang tahu. Lama mereka berbalas pandangan dan terbuai dengan perasaan yang susah untuk mereka tafsirkan.
Tangan Fatimah masih digenggam erat seakan akan tidak mahu dilepaskan sampai bila bila. Matanya masih merenung ke dalam anak mata Fatimah. Sepasang mata yang sangat cantik. Tapi Haykarl boleh nampak kesedihan dalam sepasang mata itu. Hatinya terus diragut rasa bersalah.
"Fatimah, maafkan aku" tutur Haykarl. Lemah.
"Maaf? Untuk apa?" Wajah Haykarl yang nampak keruh itu direnung dengan dahi yang berkerut. Langsung dia tidak dapat membaca isi hati lelaki dihadapannya itu.
"Untuk semua bende yang jadi dan bakal terjadi" Wajah Haykarl kelihatan semakin keruh. Fatimah sudah rasa tidak senang duduk apabila melihat Haykarl sebegitu. Haykarl tak pernah pernah sebegitu rupa sebelum ini. Apa yang cuba Haykarl sampaikan sebenarnya?
"Apa maksud awak?" Fatimah betul betul tak faham. Mereka masih duduk berpandangan antara satu sama lain.
Lama Haykarl mendiamkan diri. Otaknya ligat bekerja. Sedang menyusun ayat yang sesuai agar hati Fatimah tidak tergores dengan apa yang bakal keluar dari mulutnya.
"Emm, Fatimah. Kau tahukan yang aku dah bertunang? Lambat atau cepat pun, aku tetap akan berkahwin" Haykarl terhenti disitu. Mata mereka kembali bertemu.
"Jadi?" Soal Fatimah. Rasa rimas pula apabila Haykarl mendiamkan diri agak lama.
"Fatimah, aku mintak maaf. Aku tak boleh nak tipu kau lagi. Jujur aku katakan yang aku betul betul cintakan Nurul Huda. Bukan kau. Dan dia pun cinta pertama aku. Kami memang dah lama bercinta. Aku memang betul betul sayang dan cintakan dia, Fatimah. Aku harap dengan apa yang aku cakap ni, membuatkan aku restu perkahwinan kami" tutur Haykarl. Mata Fatimah direnung lagi.
Fatimah menarik laju tangannya yang sedang digenggam kemas oleh Haykarl. Tiba tiba saja Fatimah rasa taman bunga yang baru saja nak bercambah dalam jiwanya tadi mula kontang. Kering dengan secara tiba tiba saja. Hatinya kembali sakit yang amat. Bisanya bagaikan ditusuk dengan sembilu yang tajam.
Pengakuan jujur daripada Haykarl itu ibarat gunting yang telah memutuskan tali tali harapannya. Ibarat ombak yang telah memusnahkan istana pasirnya. Baru sebentar tadi rasa bahagia datang menjelma. Baru saja sebentar tadi kasih mula tersemai di dahan cinta. Tetapi kini, semuanya sudah dibawa arus yang kuat.
Mengapa perlu menyemai kasih di dahan cinta jika di hati tiada kasih untuk mencambahkan benih benih jiwa? Tidak ada sedikitkah rasa cinta yang wujud oleh Haykarl terhadap dirinya? Jika benar, mengapa Haykarl terus menghukum dengan layanannya yang nampak begitu istimewa? Apakah makna disebalik layanan itu? Adakah layanan yang diberi sejak akhir akhir ini hanyalah sekadar tiket untuk diri ini merestui perkahwinannya yang bakal berlangsung? Jika itu, haruskah Aku terus merintih dan menangis?
Hati ini sudah cukup derita dengan segalanya. Terasa seperti jantung yang sentiasa berada di orbit asal telahpun dibawa keluar dan dicampak di langit tak pasti.
YOU ARE READING
Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]
Romance[COMPLETED] Nur Fatimah Maisarah. Pertemuan yang tak terduga dengan Haykarl Ashraff telahpun menjerat dirinya dengan lelaki itu. Disebabkan satu kejadian, dia dipaksa berkahwin dengan lelaki itu biarpun di hati tiada nilai cinta. Hidup bersama denga...