BUTANG interkom ditekan.
"Maria, tolong panggil Zeck, suruh dia masuk" Tegas suara Haykarl menjamah gegendang telinga setiausahanya.
"Err, Encik Zeck takde bos. Dia keluar" Jawapan jujur Maria membuatkan dahi Haykarl berkerut.
"Ouhh, okay.." Tubuhnya disandar lesu. Tangannya naik memicit kepalanya yang terasa berdenyut denyut secara tiba tiba. Sejak akhir akhir ini, Zeck selalu saja menghilangkan diri pada waktu bekerja. Dia pergi mana ye?
Haykarl mula rasa tak sedap hati. Sikap dingin Zeck sejak kebelakangan ini juga menimbulkan tanda tanya dalam hatinya. Apa yang tak kena dengan Zeck? Haykarl sendiri pun tak pasti. Apabila ditanya, jawapannya masih sama. Takde apa apa. Kalau takde apa apa, mengapa Zeck layan dia macam musuh?
Arghh!!
❤️
"MACAM mana dengan persiapan majlis perkahwinan anak kita Mahani? Semuanya dah selesai ke?"
Dato Syukri mengangkat wajahnya. Surat khabar Metro yang ada di tangannya sudah dilipat kemas lalu diletakkan diatas meja rehat di taman orkid milik isterinya. Angin petang yang bertiup sepoi sepoi bahasa itu terasa nyaman menyapa. Bukannya selalu dia dapat peluang macamni. Duduk bersantai bersama isteri tercinta.
Datin Mahani mengerutkan dahinya. Wajah suaminya dipandang dalam dalam. Mulutnya terus terkunci rapat.
"Eh.. yang awak tengok saya macamtu dah kenapa?" Giliran Dato Syukri pula yang berkerut dahi.
"Abang, saya rasa macam nak suruhlah Haykarl tu batalkan majlis perkahwinan dia dengan Huda. Entah kenapa hati saya rasa tak sedap je. Lagipun kesian dekat menantu kita tu bang. Fatimah tu, baik budaknya" Wajah Datin Mahani nampak mendung.
"Ish, mana boleh macamtu. Nanti apa kita nak bagitahu dekat Tan Sri Hakimi dengan Puan Sri Haida. Malulah keluarga diaorang nanti. Tak baik aibkan orang dengan cara macamtu" Dato Syukri nampaknya tidak bersetuju. Sudah banyak kali isterinya bercerita tentang menantu mereka. Tetapi sampai sekarang dia masih belum berpeluang untuk bertemu muka dengan menantunya itu.
Menurut cerita Datin Mahani, menantu mereka itu baik sangat orangnya. Cantik dan pandai. Walaupun dalam hati ada terselit sedikit perasaan kurang senang dengan cara Haykarl menikahi Fatimah, Dato Syukri tak pula membenci Fatimah malah dia berasa teringin untuk berjumpa dengan Fatimah.
"Habistu, perasaan Fatimah macam mana pulak, bang?" Datin Mahani masih lagi belum berpuas hati. Entah kenapa naluri ibunya terasa kurang berkenan dengan Nurul Huda.
"Awak jugak yang cakap mereka tak pernah bercinta"
"Dulu memanglah bang. Tapi kalau dah lama lama, berbunga jugak perasaan tu. Mata tua saya ni boleh nampak perasaan mereka. Cuma masing masing ego. Lebih lebih lagi si Haykarl tu. Egonya, Ya Allah. Tinggi melangit! Samalah macam awak masa muda muda dulu" Bidas Datin Mahani.
"Eh, abang pulak yang kena.." Dato Syukri menggelengkan kepalanya.
Lambat lambat Datin Mahani mengukirkan senyuman.
❤️
MYVI hitam milik Fatimah meluncur dengan perlahan diatas jalan raya yang agak sibuk pada lewat pagi minggu itu. Fatimah masih lagi tenang dalam memandunya. Dari malam tadi lagi dia sudah berfikir sama ada mahu pergi berjumpa dengan Haykarl ataupun tidak pada hari itu. Setelah fikir masak masak, akhirnya keputusan telah diambil oleh Fatimah. Hari itu dia sudah tekad untuk berjumpa dengan Haykarl walau apa pun yang akan terjadi. Dia sanggup menghadapi apa jua keputusan yang akan diambil oleh Haykarl kerana dia sudah tidak terdaya lagi untuk menanggung segala rasa. Pasrah! Lelah!
YOU ARE READING
Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]
Romance[COMPLETED] Nur Fatimah Maisarah. Pertemuan yang tak terduga dengan Haykarl Ashraff telahpun menjerat dirinya dengan lelaki itu. Disebabkan satu kejadian, dia dipaksa berkahwin dengan lelaki itu biarpun di hati tiada nilai cinta. Hidup bersama denga...