Bab 8

3.5K 202 72
                                    

DALAM tak diam, sudah hampir satu semester Fatimah berada di Universiti Malaya Pahang. Gelaran pelajar yang dipegang oleh Fatimah membuatkan dirinya sedikit sibuk sehinggakan dia tidak mempunyai masa untuk memikirkan tentang hal yang lain. Perjalanan hidupnya sebagai seorang pelajar berjalan dengan lancar. Semua pelajaran di dalam kelas dapat diikuti oleh Fatimah dengan baik.

Hubungan dia dan Nana juga semakin akrab. Segala suka duka, mereka kongsikan bersama. Kecuali tentang hubungannya dengan Haykarl. Rahsia satu itu memang Fatimah simpan kemas kemas dalam hatinya.

Hubungannya dengan Zharif Adha juga baik. Fatimah senang dengan sikap dan layanan Zharif. Tapi Fatimah masih lagi menjaga batas batas pergaulannya. Walaupun dia dapat rasakan Zharif ada menyimpan perasaan terhadapnya, namun dia tidak pernah memberikan harapan. Dia selalu mengingatkan Zharif bahawa hubungan mereka ini hanyalah sekadar kawan biasa. Dia tidak mahu Zharif menaruh harapan yang tinggi kepadanya.

Zharif memang seorang lelaki yang baik. Terlalu baik sebenarnya. Selalu melayan Fatimah dengan sabar. Ambil berat dan penyayang. Kadangkala Fatimah sendiri lemas dengan kebaikan dan perhatian yang ditunjukkan oleh Zharif. Bimbang juga kalau kalau hatinya terpaut suka dengan Zharif. Tak pasal pasal Fatimah dapat dosa.

Seringkali Fatimah dibuai perasaan. Dia hanyut dalam kasih sayang yang diberikan oleh Zharif. Tapi Fatimah lekas lekas bangkit daripada lamunan. Status isteri yang digalasnya kini membataskan perasaannya kepada Zharif. Bukan saja kepada Zharif, malah kepada lelaki lain juga. Berdosa besar bagi seorang isteri apabila mempunyai perasaan kepada lelaki lain walau sebesar zarah sekalipun. Sampai bila Fatimah akan digantung tak bertali? Hanya masa yang akan menjawab segalanya.

Haykarl pula masih sama. Masih tetap dingin dan anginnya. Ada lah jugak Haykarl menelefon Fatimah sekali dua untuk bertanyakan khabar. Walaupun tidaklah semesra macam pasangan suami isteri yang lain, Fatimah tetap rasa bersyukur. Sekurang kurangnya Haykarl masih ambil berat tentang dia. Sungguhpun tiada ungkapan kasih dan cinta daripada Haykarl, itu sudah memadai bagi Fatimah.

Suasana di kafe kolej agar riuh. Ada pelajar yang sedang menjamu selera, ada yang sedang membuat perbincangan secara berkumpulan dan ada juga yang sedang berkepit dengan pasangan kekasih.

Fatimah dan Nana cuba mencari meja kosong untuk mereka berdua duduk. Mereka baru saja selesai berperang dengan kertas akhir peperiksaan akhir semester. Sekumpulan pelajar lelaki bercampur dengan pelajar perempuan baru saja meninggalkan meja. Fatimah dan Nana cepat cepat ambil alih tempat duduk meja tersebut sebelum diduduki oleh pelajar yang lain.

"Leganya rasa" luah Nana sebaik saja dia melabuhkan punggungnya diatas kerusi.

"Lega kan?" Fatimah tersengih memandang Nana.

"Mahunya tak! Akhirnya habis jugak exam" Nana tersengih lebar. Seronok sangatlah tu agaknya. Lepasni bolehlah dia bersenang lenang dengan drama Korea kegemarannya!

"Macam mana paper tadi? Okay tak? Aku tengok kau bukan main khusyuk lagi masa menjawab. Dah tak pandang kiri kanan dah" Nana soal Fatimah dengan mata yang sengaja dibulatkan.

"Okaylah! Agak susah jugak tapi masih boleh digoreng goreng" Fatimah ketawa kecil.

"Kau ni adaaa je kan! Banyak mana minyak yang kau guna sampai boleh digoreng goreng ni?" Akhirnya ketawa mereka pecah bersama.

"Amboi! Seronoknya" Tiba tiba ada suara garau lelaki datang menyapa. Ketawa mereka terus mati secara tiba tiba.

"Eh Zharif!" Fatimah terus tersenyum malu.

Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]Where stories live. Discover now