Bab 36

5.5K 242 75
                                    

FATIMAH berasa buntu. Kemana dia harus pergi membawa diri? Segala impian yang ingin digapai selama ini telahpun berkecai. Musnah!

Kau harus kuat, Fatimah! Lupakan Haykarl. Lupakan segala kenangan kau dengan dia. Dia yang meminta untuk kau pergi. Kau nak apa lagi Fatimah? Cukuplah selama ini kau menjadi pengemis cinta yang setia daripada seorang lelaki bergelar suami. Hapuskan air mata itu Fatimah! Bangkitlah daripada kesedihan itu, bisik suara hatinya. Tangannya laju mengesat air mata yang masih setia menghujani pipi.

Walaupun dia cuba hapuskan segala kenangan, rasa sakit itu masih tetap ada. Bayang Haykarl masih tetap menjelma. Kenapa susah sangat untuk dia menghapuskan bayangan lelaki itu?

Enjin kereta Myvi hitamnya dihidupkan dan dengan perlahan keretanya meluncur diatas jalan raya. Dia mahu mencari masjid. Mahu menghadap Yang Maha Esa. Mahu menyerahkan dirinya kepada Sang Pencipta. Biarlah dia mengikut gerak hatinya. Yang pasti, tiada lagi nama Haykarl dalam diari hidupnya pada hari hari yang mendatang. Dia akan membuang jauh rasa sayang dan cintanya terhadap Haykarl. Itu tekad Fatimah.


❤️


SESUDAH subuh lagi Haykarl sudah terpacak dihadapan rumah sewa Fatimah. Wajahnya kusut dan berserabai. Malam tadi dia langsung tak pulang ke rumah. Kepalanya yang berserabut kerana asyik memikirkan tentang Fatimah. Semalaman dia tersadai di tepi jalan. Kalau diikutkan hatinya, mahu saja dia datang ke situ malam tadi. Tetapi apabila memikirkan yang Fatimah bukan tinggal bersendirian di rumah itu, dia sedaya upaya cuba untuk menyabarkan dirinya walaupun dia sebenarnya sudah seperti cacing kepanasan.

Dahi Haykarl berkerut tatkala mendapati kereta milik Fatimah tidak kelihatan didalam pagar rumah sewanya. Mata Haykarl melilau ke arah sekitar kawasan perumahan itu tetapi bayang kereta Fatimah langsung tidak kelihatan dimana mana. Haykarl mula resah. Namun kakinya tetap melangkah. Memasuki pagar rumah yang tidak berkunci itu. Dia mahu berjumpa dengan Fatimah.

Perasaan bersalahnya pada Fatimah tidak dapat dibendung lagi. Jelas terbayang dimatanya wajah sayu Fatimah tatkala ditengkingnya kelmarin. Masih terbayang di matanya air mata Fatimah yang mengalir laju membasahi pipi. Kini baru dia tahu bagaimana sakitnya rasa itu. Kini baru dia tahu betapa sakitnya hati Fatimah menanggung segala rasa.

"Assalammualaikum.." Suara Haykarl bernada lemah. Dia berdiri betul betul di muka pintu.

Senyap.

"Assalammualaikum.." Kali ini sedikit kuat berserta dengan ketukan di muka pintu.

Nana yang baru saja selesai solat subuh itu memasang telinga. Dahinya mula berkerut. Keningnya pula sudah bercantum. Siapa yang datang waktu waktu macamni? Takkan Fatimah tertinggal kunci rumah? Dalam hati, Nana masih berfikir fikir.

Ketukan yang semakin menjadi jadi di muka pintu itu membuatkan Nana berlari lari anak ke muka pintu. Dalam hatinya mula rasa tak sedap.

"Waalaikumsalam.." Pintu terus dikuak laju dari dalam. Sebaik saja daun pintu terbuka luas, Nana terkejut. Matanya terkebil kebil memandang Haykarl dari atas sampai bawah. Mulutnya ternganga. Dia memang langsung tak menduga kemunculan Haykarl disitu.

"Abang Haykarl?"

Wajah Haykarl nampak kusut dan diri Haykarl nampak tidak terurus. Kenapa teruk sangat ni? Apa yang dah jadi?

"Nana, Fatimah mana? Abang nak jumpa dengan Fatimah. Abang nak jumpa dengan dia. Tolong panggilan dia, Nana. Abang merayu sangat sangat.." Haykarl dah macam orang tak siuman. Matanya tertinjau tinjau ke dalam rumah. Kalau nak diikutkan hatinya, mahu saja dia merempuh masuk ke dalam.

Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]Where stories live. Discover now