SUASANA agak lengang di The Chicken Rice Shop. Mungkin disebabkan belum tiba waktu makan tengah hari. Fatimah dan Zharif menjamah makanan yang dipesan sebentar tadi. Mata Zharif tidak lepas daripada merenung ke arah wajah Fatimah. Rindu betul dia dengan gadis cantik itu.
"Awak selalu datang sini ke?" Tanya Zharif sekadar ingin berbasa basi. Cuba ingin menarik Fatimah untuk berbual dengannya.
"Eh takdelah. Ni pertama kali saya sebenarnya" balas Fatimah. Jujur.
"Ouhh. Sebelum ni awak suka makan dekat mana?"
"Em, saya jarang makan dekat luar" balas Fatimah. Ringkas. Rasa tak selesa pulak apabila duduk berdua dengan Zharif disitu. Tambahan lagi mata Zharif dari tadi tidak berkelip merenung wajahnya.
"Yeke? Kalau macamtu, awak mesti pandai masak kan?" Zharif tersenyum manis.
"Eh takdelah. Biasa biasa je hehe" jawab Fatimah pendek. Tangannya ralit menguis nasi di atas pinggan. Matanya tunduk merenung meja. Tak berani langsung nak angkat wajah. Malu apabila Zharif dari tadi tidak henti henti menilik wajahnya.
"Em awak, terima kasih tau!" Ucap Zharif.
Wajah Fatimah terangkat. Matanya jatuh tepat ke arah anak mata Zharif. "Untuk apa?" Tanya Fatimah yang kurang faham itu. Dia langsung tidak dapat menangkap apa yang dimaksudkan oleh Zharif.
"Sebab sudi makan berdua dengan saya. Besar maknanya bagi saya tau" Wajah Fatimah diratah rakus dengan kedua dua belah matanya. Bagaikan tidak mahu tertinggal walau sesaat pun.
Jantung Fatimah bagaikan tidak henti henti berlari. Kenapalah kau baik sangat dekat aku? Selalu cakap baik baik je. Pandai pulak tu ambil hati aku. Aku takut sebenarnya dengan Zharif. Takut kalau kalau aku kalah dengan perasaan sendiri. Setiap kali kau pandang aku macamtu, jantung aku ni macam nak tercabut dah. Kita memang tak boleh bersama. Kalaulah aku boleh berterus terang dengan kau, dah lama aku buat. Zharif, ramai lagi perempuan di luar sana yang lebih layak untuk kau. Rintih Fatimah di dalam hati. Kemudian dia termenung panjang. Ada riak keruh di wajahnya.
"Awak.." panggil Zharif lembut. Tangan Fatimah disentuh.
"Hah?" Fatimah tersentak. Terus terbang pergi lamunannya sebentar tadi. Matanya tidak berkelip melihat tangannya yang sudah digenggam kemas oleh Zharif. Hatinya berkata tarik, tetapi tangannya terus kaku. Seakan akan merelakan dengan apa yang Zharif lakukan padanya. Sesudahnya, matanya dan mata Zharif bertemu. Lama.
"Fatimah. Saya dah fikir masak masak yang harini saya akan mengaku yang saya sayang dan cintakan awak!" Luah Zharif berani. Tangannya terus mengusap lembut jari jemari Fatimah.
Fatimah tersentak. Dia bagaikan dibawa semula ke alam nyata apabila terdengar luahan berani setengah mati daripada Zharif itu. Fatimah beristighfar panjang. Tangannya terus ditarik laju. Perasaan bersalah mula menguasai dirinya. Rasa berdosa kepada Allah. Rasa berdosa kepada Haykarl.
Ketika itu juga, Haykarl dan Zeck jalan beriringan masuk ke dalam restoran The Chicken Rice Shop itu. Orang yang tidak berapa ramai pada ketika itu memudahkan mereka untuk mendapatkan tempat duduk.
Langkah Haykarl terus terhenti. Pasangan muda yang duduk berhadapan dengan meja mereka itu menarik perhatiannya. Matanya tidak berkelip daripada merenung mereka. Hatinya terasa menggelegak secara tiba tiba. Bibirnya diketap geram.
"Eh, itu bakal adik ipar kau kan? Boleh tahan lawa jugak ye girlfriend dia" Mulut Zeck sudah memuncung ke arah pasangan muda dihadapan mereka.
YOU ARE READING
Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]
Storie d'amore[COMPLETED] Nur Fatimah Maisarah. Pertemuan yang tak terduga dengan Haykarl Ashraff telahpun menjerat dirinya dengan lelaki itu. Disebabkan satu kejadian, dia dipaksa berkahwin dengan lelaki itu biarpun di hati tiada nilai cinta. Hidup bersama denga...