Bab 9

3.3K 208 47
                                    

ORANG ramai mula memenuhi laman banglo mewah tiga tingkat itu. Majlis yang sedang berlangsung berkonsepkan taman bunga. Fatimah begitu kagum melihat keindahan pelamin yang dipenuhi dengan bunga bungaan segar daripada pelbagai jenis dan warna. Bau harum dari bunga bungaan itu semerbak menusuk ke hidung dan mendamaikan hatinya. Fatimah memang sukakan bunga.

Untung kakak Zharif ni. Kalau majlis bertunang dah meriah macamni, majlis kahwin nanti macam manalah agaknya kan? Desis Fatimah sendiri.

Memang jauh beza dengan dia. Sudahlah dia dipaksa berkahwin. Tiada baju pengantin yang cantik dan tiada pelamin yang indah. Tidak juga diraikan oleh sanak saudara mahupun rakan tauladan. Tidak ada sebentuk cincin pun, apatah lagi berbulan madu.

Fatimah berasa sebak secara tiba tiba. Tanpa sedar, air mata yang cuba ditahan sejak tadi jatuh di pipinya setitis demi setitis. Bayang Haykarl bertamu di ruang mata. Memenuhi segenap ruang fikirannya secara tiba tiba.

"Eh yang kau takde angin, takde ribut, tiba tiba menangis ni dah kenapa?" Nana menyiku Fatimah. Cepat cepat Fatimah mengesat air matanya. Senyuman hambarnya terus terukir di bibir.

"Eh mana ada! Kau tu yang suka sangat buat cerita. Aku tak menangis pun lah!" Fatimah cuba berdalih.

"Macamlah aku ni buta, tak nampak! Kau jangan nak bagi alasan yang mata kau masuk habuk" Nana tidak mahu mengalah. Matanya merenung tepat ke arah wajah Fatimah.

Fatimah cuma diam membisu. Tak kuasa untuk berperang mulut dengan Nana saat ini.

"Dahlah! Orang lain punya majlis, kau pulak yang touching lebih" Seloroh Nana. Dia tak tahu apa sebenarnya yang sedang bersarang dalam hati rakan baiknya ketika itu.

Sekali lagi Fatimah tersenyum kelat. Sinis Nana itu dibiarkan sepi tidak bersambut.

"Mana pulak si Zharif ni? Ada ke patut dia tinggalkan kita dekat sini" omel Nana lagi. Tidak berpuas hati kerana Zharif meninggalkan mereka di tengah tengah lautan manusia ini.

"Sabarlah. Dia sibuk lah tu agaknya. Kejap lagi dia datang lah tu" Fatimah cuba memujuk Nana. Sebenarnya lebih kepada memujuk dirinya sendiri. Dia juga agak resah sebenarnya apabila ditinggalkan di tengah orang ramai dan tiada sesiapapun yang mereka kenal disitu.

Tiba tiba bahu Fatimah dilanggar kuat oleh seseorang dari belakang. Fatimah sedikit terdorong ke hadapan. Mujurlah dia dapat mengawal tubuhnya. Kalau tidak sudah tentu dia sudah jatuh tergolek disitu.

"Maafkan makcik, nak!" Seorang wanita yang berumur dalam lingkungan lewat 50-an menegurnya. Riak bersalah jelas terpancar di wajah tua itu.

"Eh takpelah, makcik" Fatimah tersenyum senang.

"Anak ni siapa? Makcik rasa macam tak pernah nampak pun sebelum ni"

"Oh! Saya kawan kepada adik bakal pengantin perempuan ni. Ini pertama kali saya datang ke sini, makcik" Jawab Fatimah dengan begitu lembut dan sopan santun. Dia tersenyum manis sambil matanya memandang tepat ke arah wajah manis wanita umur lingkungan 50-an itu.

Cantik! Dah berumur pun masih nampak cantik dan bergaya. Mesti bukan calang calang orangnya ni. Tengok pada gaya pun macam Datin je. Pakai baju pun mak oi! Meriah nau! Omel Fatimah di dalam hati.

Wanita umur lingkungan 50-an itu juga terus menerus merenung wajah Fatimah. Cantik budak ni! Senyumannya mengingatkan dirinya kepada seseorang.

"Makcik, Mahani" Akhirnya wanita itu memperkenalkan dirinya. Dia menghulurkan tangan kepada Fatimah untuk bersalaman. Fatimah cepat cepat menyambut salam yang dihulurkan oleh Datin Mahani itu.

Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]Where stories live. Discover now