Bab 4

3.7K 229 48
                                    

HAYKARL termenung di meja ruangan pejabatnya. Dia langsung tidak dapat memberikan tumpuan semasa mesyuarat berlangsung sebentar tadi. Ingatannya hanya kepada Fatimah. Teringat kembali segala kata katanya terhadap Fatimah. Terbayang kembali di ruang matanya wajah ayu Fatimah.

Dia tersepit! Keliru dengan perasaan sendiri. Haykarl mengakui apa yang telah dilalui bersama Fatimah pada malam tadi amat membahagiakan dirinya. Namun egonya sebagai seorang lelaki tidak mahu mengakui semua itu. Bagi Haykarl, dia ialah seorang lelaki yang setia. Dia cuma cintakan Nurul Huda! Tidak kepada perempuan lain termasuklah Fatimah.

"Arghh! Maafkan aku, Fatimah!!" Wajahnya diraup berkali kali. Sesaat kemudian tali leher yang menjerut kemas di lehernya dilonggarkan. Tubuhnya disandar lesu pada kerusi dengan mata yang terpejam rapat.


❤️


HAMPIR seminggu sejak peristiwa itu berlaku, Haykarl tidak langsung menunjukkan wajahnya di rumah. Hati Fatimah sudah resah. Dia mula berasa tidak keruan. Entah kenapa dia perlu berperasaan begitu. Adakah hati ini merindu? Ataupun hati ini sudah mula menyayangi? Argh! Buat apa hati ini nak menyayangi sedang lelaki itu tidak pernah langsung mengenal erti hargai. Tetapi entah kenapa dia terlalu ingin menatap wajah Haykarl. Walaupun wajah itu tidak pernah mengukirkan senyuman untuknya. Dengan menatap wajah kacak Haykarl walaupun tanpa segaris senyuman sudah cukup memadai hati Fatimah.

Sampul surat berwarna coklat cair yang berada diatas meja sofa direnung lama oleh Fatimah. Sudah hampir satu minggu jugak surat itu sampai ke tangannya. Tetapi sampai ke saat ini, masih belum berkesempatan untuk memberitahu Haykarl tentang perkara itu. Surat tawaran daripada Universiti Malaya Pahang itu dipandang lemah oleh Fatimah. Mengikut apa yang terkandung di dalam surat tersebut, Fatimah diminta untuk melaporkan diri pada esok hari.

Fatimah sudah buntu! Dimanakah harus dia mencari Haykarl? Ingin menelefon, Fatimah memang tidak pernah menyimpan nombor telefon Haykarl. Akhirnya setelah puas berfikir, dia mencapai sehelai kertas dan sebatang pen. Lalu tangan Fatimah ligat mencatat sesuatu diatas kertas itu. Sebuah nota pendek yang ditinggalkan untuk Haykarl.


❤️


KERETA Myvi hitam yang dipandu oleh Fatimah itu meluncur dengan tenang di atas jalan raya yang agak kurang sibuk pada pagi itu. Fatimah memandu dengan begitu cermat dan berhati hati. Maklumlah, dia baru saja mendapat lesen. Masih belum begitu cekap dalam memandu.

Tapi Fatimah tetap cekalkan jua hatinya. Dia tahu, dia tidak boleh bergantung harap pada sesiapapun sekarang ini melainkan berdikari sendiri. Perjalanan dari Kuantan ke Pekan terasa begitu lama kerana dia memandu dengan terlalu perlahan. Biar lambat asal selamat.

Tepat pada pukul 11 pagi, Fatimah selamat sampai di perkarangan bangunan Universiti Malaya Pahang. Setelah dia memarkir keretanya, dia terus bergegas ke pusat pendidikan luar Universiti Malaya Pahang untuk melaporkan diri. Bimbang pula jikalau dia terlewat nanti.

Kelihatan orang ramai telahpun memenuhi dewan tersebut. Rata rata mereka terdiri daripada bakal mahasiswa dan mahasiswi yang ditemani oleh ibu bapa dan keluarga masing masing. Hati Fatimah tiba tiba merasakan hiba. Kalaulah ibu bapanya masih ada, tentu mereka akan berasa bangga dengan pencapaian Fatimah saat ini.

Satu jam kemudian, urusan pendaftaran telahpun selesai. Fatimah diwajibkan untuk menginap di kolej kediaman siswi. Disana, Fatimah telah ditempatkan satu bilik dengan seorang mahasiswi yang lain.

Pintu bilik ditolak perlahan oleh Fatimah. Sebaik saja pintu terbuka, kelihatan seorang pelajar perempuan sedang sibuk menyusun baju ke dalam almari pakaian yang telah disediakan oleh pihak asrama.

Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]Where stories live. Discover now