PINTU utama ditolak perlahan. Haykarl berdiri di muka pintu dengan wajah kepenatan. Dia berasa pelik apabila melihat lampu yang masih terpasang dan televisyen juga masih bersiaran. Tetapi dia tidak pula nampak kelibat Fatimah dimana mana. Haykarl membelek jam tangan berjenama Rolex dilengannya. Dah pukul 2:30 pagi, takkan dia dekat dapur kot? Haykarl bermonolog sendiri. Perasaan hairan mula menyapa.
Dia berjalan perlahan menghampiri sofa untuk merehatkan diri seketika sebelum masuk ke dalam bilik tidurnya. Namun begitu, langkah Haykarl terus kaku tatkala matanya terpandangkan tubuh ramping milik Fatimah yang sedang nyenyak terbaring di atas sofa. Dia berdiri betul betul di hadapan Fatimah lalu merenung wajah isterinya yang sedang nyenyak dibuai mimpi. Hati Haykarl menjadi hiba dengan tiba tiba apabila melihat wajah lembut isterinya.
"Kau memang cantik. Nur Fatimah Maisarah, seorang perempuan yang sopan, lemah lembut dan penyabar. Maafkan aku sebab tak pernah menghargai diri kau. Aku tak mampu untuk buat semua benda tu" luah Haykarl perlahan. Terasa seperti ada sesuatu yang tersekat di kerongkongnya kala itu. Matanya juga terasa pedih.
Haykarl mengakui bahawa Fatimah memang cantik orangnya. Kecantikan yang dimiliki oleh Fatimah ialah asli dan belum pernah ditemui pada mana mana perempuan yang pernah dikenalinya sebelum ini. Termasuklah juga pada Nurul Huda iaitu kekasih hatinya. Fatimah memiliki kulit yang putih bersih, gebu, kening yang halus dan lebat, mata yang jernih bercahaya dan bibir yang merah bak delima tanpa secalit gincu pun. Dia mengakui juga setiap lelaki yang terpandangkan Fatimah, pasti akan bergetar jantung mereka. Termasuklah juga pada dia sendiri.
Saat kali pertama Haykarl terpandangkan Fatimah, lidahnya terus menjadi kelu dan langkahnya menjadi kaku. Saat tubuhnya dipeluk erat oleh Fatimah, berderau darah lelakinya. Sungguh, Fatimah memiliki aura memikat yang tersendiri. Perkahwinan yang pada mulanya hanya atas dasar kasihan, kini seakan akan menjerat dirinya.
Nafas Haykarl mula tidak teratur. Jantungnya berdegup kencang. Semakin dia merenung wajah Fatimah, nafasnya semakin sesak. Satu perasaan aneh mula bertandang dalam hatinya. Fikiran nakal lelakinya mula menjentik tangkai hatinya lantas membangkitkan naluri kelelakiannya. Haykarl terasa mahu mendakap tubuh Fatimah. Tetapi dia takut! Takut kalau kalau Fatimah tersedar dan dia dituduh cuba mengambil kesempatan.
Walaupun dia ada hak untuk berbuat demikian, dia tidak mahu menyentuh tubuh Fatimah hanya kerana kemahuan nafsu. Atas sebab itulah, sehingga kini dia masih belum menyentuh tubuh Fatimah. Dia masih menjaga kesucian Fatimah. Dia bukanlah seorang lelaki yang bertuhankan nafsu. Bagi Haykarl, wanita adalah untuk dilindungi.
Namun kadangkala dia bagaikan tertewas juga dengan keayuan yang dimiliki oleh Fatimah. Disebabkan itulah dia jarang pulang ke rumah. Dia takut seandainya dia boleh terjatuh cinta kepada Fatimah sedangkan hatinya sekarang ini cuma milik Nurul Huda seorang. Dia bukanlah lelaki yang jenis suka berfoya foya dengan ramai perempuan. Baginya, cinta amat berharga untuk dijadikan bahan mainan.
Haykarl mula takut apabila teringatkan Nurul Huda. Takut andainya Nurul Huda mendapat tahu tentang Fatimah. Dia begitu yakin yang Nurul Huda tidak akan dapat menerimanya. Dia tidak sanggup untuk kehilangan Nurul Huda. Namun untuk melepaskan Fatimah juga, memang takkan pernah sekali untuk dia berbuat demikian. Bukan sikit duit yang dia laburkan untuk memiliki Fatimah. Tidak mungkin dia akan melepaskan Fatimah pergi begitu saja. Tapi bukan kerana duit semata. Dia tidak mahu melepaskan Fatimah kerana hatinya begitu berat untuk berbuat begitu. Haykarl mahu Fatimah terus menjadi isterinya. Atas alasan apa, dia sendiri tidak pasti.
Buat masa sekarang, rahsia antara mereka memang tersimpan rapi. Tapi Haykarl takut. Sampai bila semua ini akan bertahan? Dia sendiri keliru dengan perasaan sendiri.
YOU ARE READING
Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]
Romance[COMPLETED] Nur Fatimah Maisarah. Pertemuan yang tak terduga dengan Haykarl Ashraff telahpun menjerat dirinya dengan lelaki itu. Disebabkan satu kejadian, dia dipaksa berkahwin dengan lelaki itu biarpun di hati tiada nilai cinta. Hidup bersama denga...