Bab 5

3.8K 223 37
                                    

MALAM itu Fatimah tidak dapat melelapkan matanya walau sedikit pun. Sekejap dia beralih ke kanan, sekejap dia beralih ke kiri. Nana pula sudah lama dibuai mimpi. Agaknya terlalu penat kerana seharian mereka mengemas. Fatimah juga agak kepenatan sebenarnya. Tetapi entah kenapa matanya begitu payah mahu lena. Mungkin juga kerana dia telah beralih tempat tidur. Ataupun hati dia resah sebenarnya?

Fatimah merenung jam di pergelangan tangannya. Cahaya lampu jalan yang samar samar di tingkap sebelah katilnya membolehkan dia melihat jam di tangannya. Sudah pukul sebelas malam. Matanya masih belum dapat dilelapkan. Ingatannya kini mula tumpu pada seseorang.

Haish, kenapa aku ingat dekat dia pulak ni? Patutnya bila aku dah mula sambung belajar, aku perlu belajar untuk melupakan dia jugak.

Fatimah menghela nafas panjang. Cuba mencari jawapan kepada persoalan yang sedang bermain dalam ingatannya sekarang. Adakah hati ini terlalu merindu? Atau adakah aku takut kerana keluar rumah tanpa izinnya? Ampunilah segala dosa dosaku, Ya Allah. Rintih Fatimah di dalam hati.

Sementara itu, Haykarl sudah sampai di perkarangan banglo dua tingkat miliknya. Dahi naik berkerut apabila Haykarl berasa pelik melihat keadaan rumah yang gelap gelita tanpa sebarang cahaya. Pada kebiasaannya, Fatimah masih belum tidur pada waktu waktu begini. Kalau pun Fatimah dah tidur, mesti ada satu lampu yang dipasang bagi menerangi rumah besar itu. Hati Haykarl mula disapa resah.

Sepantas kilat Haykarl keluar dari perut kereta Mini Cooper miliknya. Dengan tergesa gesa dia melangkah ke pintu dan memulas tombol pintu. Berkunci!

Dia menyeluk poket seluarnya. Tangannya mencari kunci pendua. Tatkala pintu utama terbuka luas, hanya kegelapan yang menyambut kepulangannya. Laju tangan Haykarl mencari suis lampu.

Sesaat kemudian, cahaya lampu kalimantang menerangi segenap ruang tamu yang tadinya gelap gelita. Suasana di dalam rumah masih sunyi dan sepi seolah olah tiada penghuni yang menginap disitu.

"Fatimah!" Panggil Haykarl perlahan. Namun suasana di dalam rumah itu masih juga sepi. Panggilannya tidak bersambut.

"Fatimah!!!" Kali ini Haykarl menjerit kuat. Namun tetap juga sama. Masih sepi. Dahi Haykarl mula berkerut. Tanpa menunggu dengan lebih lama, Haykarl terus berlari mendaki anak tangga satu persatu. Sebaik saja sampai di hadapan pintu bilik tidur Fatimah, dia berhenti seketika disitu.

Hatinya mula resah. Bilik Fatimah juga gelap. Dengan hati yang berdebar debar, dia memulas tombol pintu. Sebaik saja pintu bilik terbuka, laju tangan Haykarl mencari suis lampu.

Dahinya makin berkerut apabila lampu terpasang. Kosong! Mana perempuan ni pergi? Takkan dah lari tinggalkan aku sorang sorang dalam rumah ni? Haykarl sudah mula mengeluh kecil.

Punggungnya dihenyak laju ke atas tilam empuk kepunyaan Fatimah. Hatinya semakin resah. Pelbagai rasa mula menyerang tangkai hatinya. Mana kau pergi Fatimah? Hati ini merintih tanpa henti.

Haykarl meraup wajahnya berkali kali. Cuba untuk menenangkan dirinya. Dia tidak mampu berfikir dengan waras lagi saat ini. Dalam keresahan yang melanda hatinya itu, tiba tiba matanya terpandangkan pada meja solek Fatimah. Haykarl mengecilkan sedikit matanya. Cuba fokus pada objek putih yang terletak kemas di atas meja solek itu.

Tanpa menunggu lama, dia terus bangun dan berjalan ke arah meja solek. Sekeping kertas putih yang ditindih kemas dengan sebatang pen ditarik laju. Matanya terus berlari pada bait bait ayat yang tercoret di atas kertas itu.

Haykarl...

Saya mintak maaf sebab pergi tanpa keizinan daripada awak. Saya cuba nak bagitahu awak, tapi saya tak tahu macam mana nak cari awak. Nombor telefon awak pun saya tak ada. Alamat pejabat awak pun saya tak ada jugak.

Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]Where stories live. Discover now