Bab 28

3.4K 196 20
                                    

HAYKARL termenung jauh menembusi tingkap restoran. Ingatannya hanya tertumpu pada Fatimah sehinggakan Nurul Huda yang sedang berada dihadapannya itu seolah olah tidak wujud. Masih terbayang di mata Haykarl tangisan Fatimah yang begitu merobek hati.

Hmm, tamakkah aku kerana aku mahukan kedua duanya? Apa yang patut aku lakukan untuk tidak melukakan kedua duanya? Keluh Haykarl di dalam hati.

Nurul Huda kurang senang apabila melihat sikap Haykarl sebegitu. Kata kata Zharif tempoh hari kembali berlegar dalam ingatan. Apakah perubahan yang berlaku pada diri Haykarl sejak kebelakangan ini memang ada kaitan dengan perempuan lain? Kalau betul, siapa perempuan itu?

"Sayang, kenapa ni?" Tanya Nurul Huda dengan nada manja. Tangan Haykarl diusap mesra. Bosan sebenarnya apabila melihat muka Haykarl yang seposen itu. Huh! Setiap kali keluar dengan aku, asyik asyik buat muka. Menyampah betul! Rungut Nurul Huda di dalam hati. Tetapi wajahnya tetap dimaniskan di hadapan Haykarl.

Haykarl mengukirkan senyuman. Tetapi nampak sangat senyuman yang sengaja dibuat buat. Hatinya sedang resah. Bagaimana mahu senyum dengan ikhlas? Dari tadi hanya wajah Fatimah yang bertamu di dalam ingatannya.

"Sorry, You. I serabut sikit lah. Banyak sangat kerja dekat pejabat tu" Haykarl memberi alasan. Genggaman Nurul Huda dibalas mesra. Kalau boleh dia tidak mahu Nurul Huda perasan dengan perubahan dirinya. Bukannya dia tidak tahu dengan perangai Nurul Huda. Kalau mengamuk, satu dunia boleh dengar. Kerana itulah dia tidak berani untuk berterus terang kepada Nurul Huda tentang Fatimah. Bimbang kalau kalau nanti Nurul Huda akan apa apakan Fatimah.

"You selalu sangat buat muka dengan I sekarang. I tak suka lah tengok muka You macamtu. You ada perempuan lain ke?" Duga Nurul Huda. Wajahnya serius merenung ke arah wajah Haykarl.

Hmm, nasiblah kau hensem Haykarl. Kalau tidak, dah lama aku tinggalkan kau! Getus Nurul Huda di dalam hati.

"Eh, mana ada. I sayangkan You sorang je tau. Sayang ketat ketat" Balas Haykarl lembut. Cuba sembunyikan rasa gundah di dalam hati.

Nurul Huda tersenyum senang. Tetapi dalam hatinya masih lagi ada rasa ragu dengan kata kata Zharif tempoh hari.

Tengoklah kau Haykarl, aku akan siasat! Nurul Huda bertekad.


❤️


SUDAH hampir sebulan Fatimah menyepikan diri daripada Haykarl. Bukan kerana dia sudah melupakan lelaki itu. Bukan juga kerana hatinya telah membenci. Tetapi kerana ada rajuk di dalam hati. Dulu ada lah jugak Haykarl telefon. Tetapi mesej dan panggilan daripada lelaki itu tidak pernah dibalasnya.

Untuk apa lagi? Fatimah sudah redha dengan segala apa yang terjadi. Selagi dia masih berhubung dengan Haykarl, selagi itulah hatinya tidak dapat melupakan lelaki itu. Dia tak mahu begitu. Sungguh! Jika diberikan pilihan, dia mahu hidup bersama dengan Haykarl. Kerana Haykarl adalah cinta pertamanya. Kerana Haykarl adalah lelaki pertama yang hadir dalam hidupnya. Kerana Haykarl adalah lelaki pertama yang mengajarnya erti cinta, rindu, kesabaran, kesetiaan dan penantian. Fatimah memang tak dapat menipu hati dan perasaannya lagi.

Ya. Fatimah telahpun jatuh cinta. Jatuh cinta dengan lelaki bernama Haykarl Ashraff. Jatuh cinta kepada lelaki yang sudah bergelar suaminya yang sah. Tapi apalah gunanya jikalau cintanya cuma bertepuk sebelah tangan. Selama ini dia dah salah faham dengan layanan baik Haykarl. Dia sangkakan Haykarl mencintainya. Dia sangkakan layanan baik Haykarl sejak akhir akhir ini adalah kerana telah wujudnya perasaan sayang dan kasih dalam hati lelaki itu. Tetapi ternyata dia sudah silap. Kecewa dan terus kecewa.

Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]Where stories live. Discover now