WAJAH Puan Sri Haida nampak keruh saja. Dia termenung panjang di dalam bilik arwah Nurul Huda. Terasa sukar baginya untuk menerima kenyataan bahawa anak perempuan tunggalnya telahpun tiada. Masih terbayang di matanya wajah cantik Nurul Huda, senyuman manisnya dan telatahnya yang manja. Semua itu menggamit rasa rindu di dalam kalbu.
Kotak yang penuh terisi dengan barang barang Nurul Huda itu dipandang sepi. Air mata hibanya mengalir laju di pipi tanpa dapat ditahan tahan lagi. Dia tidak menyangka Nurul Huda pergi begitu cepat meninggalkan mereka. Sebelum dia sempat bertaubat kepada Allah atas segala dosa dosanya.
Puan Sri Haida dihambat oleh perasaan bersalah. Dia telah gagal mendidik Nurul Huda dengan baik. Dia gagal menjadi ibu yang baik untuk anak anaknya. Bagi Puan Sri Haida, duit adalah segala galanya. Dia sangkakan dengan memberi kemewahan kepada anak anaknya, itu sudah memadai. Tetapi dia lupa bahawa harta dunia ini cumalah pinjaman dan yang kekal hanyalah harta akhirat.
"Ya Allah, kau ampunkanlah dosa dosa anakku, Nurul Huda. Dia tak bersalah! Akulah yang telah gagal mendidiknya ke arah jalan-Mu. Kau kasihanilah anakku, Ya Allah!" Puan Sri Haida sudah teresak esak.
"Mama, kenapa ni?" Zharif yang muncul secara tiba tiba di pintu bilik mula resah gelisah apabila melihat keadaan mamanya begitu. Dia terus pergi mendapatkan mamanya. Tangan Puan Sri Haida diraih lembut lalu digenggamnya dengan erat.
"Mama, janganlah terus macamni. Kesian dekat kakak. Kalau mama terus macamni, kakak mesti tak tenang dekat sana" Zharif terus memujuk mamanya. Wajah suram Puan Sri Haida menjadi tatapan matanya saat itu.
Puan Sri Haida hanya diam. Hanya air matanya saja yang masih mengalir laju. Lama dia begitu. Hatinya terasa hiba yang amat. Rasa berdosa yang amat kerana telah gagal mendidik anak anaknya ke arah jalan yang benar.
Akhirnya, dalam getaran dia bersuara juga. "Mama terkilan sangat sangat sebab kakak tak sempat nak bertaubat. Kakak tak sempat nak betulkan balik silap dia. Kakak jadi macamtu, bukan salah dia. Tapi mama! Semuanya salah mama! Mama yang salah!"
"Ma, semua tu takdir Allah. Kita yang hidup ni kena teruskan kehidupan. Kena doa banyak banyak untuk kakak. Mintak Allah ampunkan segala dosa dosa kakak. Dahlah, Ma. Kalau mama terus sedih lagi macamni, kakak lagi sengsara dekat sana. Jangan sedih sedih lagi ye.." Pujuk Zharif sambil memeluk mamanya dengan erat.
Puan Sri Haida kaku di dalam pelukan anaknya. Lama mereka begitu. Setelah melihat mamanya semakin okay, Zharif kembali semula kepada niat asalnya ke situ. Niat mahu memberitahu mamanya bahawa mereka ada tetamu sekarang.
"Mama, kita ada tetamu dekat bawah tu. Jom kita turun" Ajak Zharif sebaik saja melihat mamanya sudah tenang.
❤️
MATA Haykarl melilau ke arah segenap ruang banglo tiga tingkat kepunyaan keluarga Tan Sri Hakimi itu. Keadaan di dalam rumah itu masih lagi sama seperti dahulu. Tidak banyak yang berubah. Dia duduk bersandar di sofa. Menanti dengan penuh kesabaran. Sejak Nurul Huda meninggal dunia, dia masih belum berkesempatan untuk datang menziarahi keluarga Nurul Huda kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan sebelum ini.
"Eh, Haykarl.." Puan Sri Haida memanggil lembut.
Haykarl segera menoleh. Matanya laju menangkap bayang Puan Sri Haida yang sedang dipimpin oleh Zharif itu. Wajah suram Puan Sri Haida ditatap lama oleh Haykarl. Tubuh wanita sebaya mamanya itu nampak sedikit kurus.
"Aunty.." Haykarl terus bangun saat Puan Sri Haida sudah berdiri dihadapannya. Wajah wanita tua itu kini menjadi santapan matanya. Terbit rasa kesian dalam hati Haykarl apabila melihat keadaan wanita itu. Nampak benar dia masih belum dapat menerima hakikat bahawa anak perempuan kesayangannya telahpun meninggal dunia.
YOU ARE READING
Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]
Romance[COMPLETED] Nur Fatimah Maisarah. Pertemuan yang tak terduga dengan Haykarl Ashraff telahpun menjerat dirinya dengan lelaki itu. Disebabkan satu kejadian, dia dipaksa berkahwin dengan lelaki itu biarpun di hati tiada nilai cinta. Hidup bersama denga...