SARAPAN pagi sudah siap terhidang diatas meja makan. Ada roti bakar, bihun goreng dan juga nugget ayam. Tidak lupa juga air milo panas kegemaran Haykarl. Seawal jam 6 pagi lagi Fatimah sudah bangun bersihkan diri, solat subuh dan sediakan sarapan pagi untuk Haykarl.
Hari ini Haykarl akan kembali ke pejabat semula setelah bercuti untuk beberapa hari. Dia tidak mahu Haykarl keluar dari rumah dengan perut yang kosong. Lagipun malam tadi, Fatimah memang tak dapat tidur dengan lena. Macam macam perkara yang bermain di dalam fikirannya. Apa yang berlaku antara dia dan Haykarl pada malam tadi masih terbayang bayang di ruang mata. Fatimah mengeluh kecil. Rasa penuh kepalanya saat ini. Kenapa Haykarl bertindak sedemikian pada malam tadi ye? Sungguh! Fatimah sudah lelah!
"Jauh termenung?" Sapaan lembut singgah di telinga Fatimah. Laju saja dia menoleh.
Haykarl sudah duduk di tepinya siap dengan berpakaian kemas untuk ke pejabat. Sebuah senyuman manis terukir di bibir Haykarl buat Fatimah. Senyuman yang sentiasa murah untuk dia sejak akhir akhir ini.
Matanya terus merenung lama ke arah Haykarl. Hensem! Kemeja berwarna biru tua yang tersarung elok di tubuh sasa Haykarl itu memang sesuai dengan Haykarl. Argh! Kalau orang tu dah hensem, pakai apa pun tetap akan nampak hensem.
"Kenapa kau tengok aku macam nak telan?"
"Eh! Mana ada!" Kelam kabut Fatimah jadinya. Tangannya laju saja menyeduk bihun goreng ke atas pinggan Haykarl.
"Kau tak makan ke?" Tanya Haykarl. Bihun goreng itu laju disua ke mulut. Sedap! Itulah yang Haykarl paling suka sekali terhadap Fatimah. Fatimah pandai dalam memasak!
"Tak. Awak makanlah dulu" Fatimah tersenyum manis.
Mati terus suapan Haykarl. Matanya memandang lama ke arah wajah Fatimah. "Please! Jangan senyum macamtu. Kau buat aku cair" Wajah Haykarl terus berubah riak.
"Hah?" Kening Fatimah terangkat.
"Kau tahu tak yang kau tengah goda aku sekarang ni?" Haykarl masih lagi berwajah serius. Matanya ralit memerhatikan bibir merah basah milik Fatimah. Sungguh! Dia tergila gilakan bibir itu!
"Hah?" Bulat terus mata Fatimah. Gila! Bila masanya dia goda Haykarl?
"Tak payah nak buat muka terkejut macamtu. Kau memang tengah goda aku" Makin serius bunyinya. Makin serius juga riak pada wajahnya.
Fatimah benar benar mati kata. Otaknya ligat berfikir. Bila masa dan ketika masanya dia menggoda Haykarl? Senyum pun dikategorikan sebagai menggoda ke? Memang sah! Mamat ni dah biul agaknya!
"Em, Haykarl. Boleh tak harini saya nak keluar?" Fatimah sengaja mengubah topik. Daripada dia duk berperang dengan perasaan sendiri, lebih baik dia cepat cepat ubah topik perbualan. Kalau tidak, memang confirm dia memerlukan bantuan pernafasan nanti. Mana tidaknya, ini pun bukan main semput lagi nafasnya.
Haykarl diam. Dalam hatinya rasa kurang senang dengan permintaan Fatimah. Nak pergi mana? Jangan jangan nak pergi jumpa Zharif tu tak? Bukan main lagi Haykarl berfikir jauh. Sesudahnya, permintaan Fatimah hanya mendapat jawapan bisu daripadanya.
"Em, kalau tak boleh.. takpelah" Wajah Fatimah tunduk merenung alas meja makan. Tangannya bermain dengan jari jemari sendiri.
Haykarl terus meletakkan sudu dan garpu diatas pinggan. Hmm, buat muka! Asyik asyik buat muka! Sekarang dah pandai dah nak merajuk pulak! Bentak hati Haykarl. Tak sampai hati pulak dia nak tengok Fatimah buat muka itu.
"Kau nak pergi mana?"
"Saja nak keluar pergi jalan jalan. Bosanlah duduk dekat rumah. Boleh tak?" Tanya Fatimah dengan mata yang bersinar sinar. Harap sangat Haykarl izinkan dia untuk keluar pada hari ini.
YOU ARE READING
Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]
Romance[COMPLETED] Nur Fatimah Maisarah. Pertemuan yang tak terduga dengan Haykarl Ashraff telahpun menjerat dirinya dengan lelaki itu. Disebabkan satu kejadian, dia dipaksa berkahwin dengan lelaki itu biarpun di hati tiada nilai cinta. Hidup bersama denga...