NURUL HUDA masih lagi marah. Haykarl yang sedang kaku dihadapannya itu ditenung lagi. Sakit hati! Benci! Semua ada. Jadi selama ni, memang betullah Haykarl ada perempuan lain?
Walaupun berjuta kali kata maaf yang terbit dari mulut Haykarl, itu belum memadai. Ucapan kata cinta dan sayang semua itu belum tentu dapat menyejukkan hati Nurul Huda yang masih lagi mendidih. Huh! Pantang betul kalau ada orang menipunya.
Nurul Huda rasa tergugat sebenarnya. Mana tidaknya. Fatimah bukan calang calang perempuan. Cantik pulak tu!
Tambah lagi Haykarl mati matian tidak mahu ceraikan Fatimah. Alasannya, Fatimah berhutang dengan dia. Selagi hutang Fatimah belum selesai, selagi itulah Fatimah akan tetap menjadi isterinya. Tapi betul ke sebab hutang?
"Sayang, sudahlah tu. Jom kita pergi. Dah lambat ni" Haykarl cuba memujuk lagi. Tangan Nurul Huda cuba digapai. Tetapi laju saja Nurul Huda melarikan tangannya.
Nurul Huda merenung wajah Haykarl lagi. Jelas kesan merah di pipi sebelah kiri Haykarl. Kesan cakaran kuku Nurul Huda yang panjang macam kuku kucing itu. Puas hatinya. Kalau diikutkan hatinya yang sedang mendidih ini, mahu dicincang cincangnya Haykarl.
Haykarl pula langsung tak melawan. Dibiarkan saja Nurul Huda mencakar wajahnya sesuka hati. Demi Nurul Huda, apa jua dia sanggup.
"Selagi You tak janji nak ceraikan dia, selagi tu You jangan mimpi nak datang cari I!" Bentak Nurul Huda kasar. Pantas dia bangun dari kerusi rehat yang berada di taman bunga itu.
"Auch! Sakitnya.." Tangan Nurul Huda sudah menekan perutnya. Berkerut kerut dahinya. Berpeluh peluh.
"Sayang, kenapa ni?" Haykarl bangun untuk mendapatkan Nurul Huda.
"Haykarl! Perut I sakit sangat ni.." Nurul Huda merengek halus. Tangannya masih kejap menekan perutnya. Rasa sakit yang mencengkam pada pinggang dan ari arinya itu semakin kuat.
"Kenapa ni sayang? Sakit dekat mana?" Haykarl berasa cemas.
"Pinggang I sakit! Rasa macam nak putus je ni. Ni mesti sebab jatuh kena tolak dengan perempuan tak guna tu" Sempat lagi Nurul Huda memburukkan Fatimah.
Haykarl mengetap bibirnya kuat. Geram dengan Fatimah. Terus tubuh Nurul Huda dipapah. "Jom! I bawak You pergi klinik. Nanti melarat susah. Majlis perkahwinan kita tak lama lagi ni" Haykarl memapah Nurul Huda menuju ke kereta. Kemudian dia terus memandu laju.
Tidak beberapa lama kemudian, kereta Haykarl berhenti betul betul dihadapan sebuah klinik persendirian. Tanpa menunggu lebih lama, Haykarl terus memapah Nurul Huda untuk masuk ke dalam klinik.
Sebaik saja kakinya melangkah masuk ke dalam klinik itu, seorang jururawat wanita yang masih muda tersenyum manis kearahnya. Mungkin jururawat itu telah dilantik untuk melayan pesakit dengan baik ataupun kerana terpandangkan wajah kacak Haykarl.
"Ya, encik. Boleh saya bantu?" Tanya jururawat itu. Senyuman masih tidak lekang di bibirnya.
Mata Haykarl melilau ke arah segenap ruang klinik. Nasib baiklah tak ramai pesakit pada hari ini. Tak payahlah mereka perlu menunggu lama. Hanya ada seorang makcik tua yang sedang mengambil ubat di kaunter dan seorang lelaki berumur pertengahan tahun menemani makcik tua tadi.
"Tunang saya sakit. Doktor ada?" Haykarl cemas. Tubuh Nurul Huda masih lagi dipaut kuat.
"Sila ikut saya, encik" Jururawat itu segera membawa Haykarl ke bilik doktor. Sebaik saja pintu bilik terbuka, seorang doktor lelaki muda berbangsa melayu tersenyum manis memandang mereka berdua.
YOU ARE READING
Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]
Romance[COMPLETED] Nur Fatimah Maisarah. Pertemuan yang tak terduga dengan Haykarl Ashraff telahpun menjerat dirinya dengan lelaki itu. Disebabkan satu kejadian, dia dipaksa berkahwin dengan lelaki itu biarpun di hati tiada nilai cinta. Hidup bersama denga...