AIR MATA jatuh berjuraian di pipi Fatimah dan Nana saat mereka bertemu pada pagi minggu itu. Kehadiran Nana yang secara tiba tiba di rumahnya pada pagi itu langsung tidak diduga oleh Fatimah. Zharif yang beria ia ajak Nana menemani dia ke rumah Fatimah. Segan katanya mahu pergi sendiri. Dia rasa terpanggil untuk berdepan dengan Haykarl dan Fatimah. Dia mahu mengingatkan Haykarl supaya berhati hati dengan kepulangan kakaknya, Nurul Huda. Zharif yakin kakaknya itu tidak akan berdiam diri selagi tidak dapat membalas dendam.
"Sudah sudahlah tu berdrama air mata" Perli Haykarl yang tiba tiba muncul bersama Zharif di belakang Fatimah dan Nana. Dari tadi dia dan Zharif menjadi penonton dari jauh.
"Abang Haykarl ni! Orang dah lama tak jumpa. Bagilah peluang" Balas Nana sambil menyapu air matanya yang masih bersisa di pipi.
Sementara Fatimah pula hanya diam. Air mata diseka laju dengan hujung jarinya. Wajahnya dipalingkan ke arah lain. Fatimah berasa tidak selesa sebenarnya apabila bertemu mata dengan Zharif. Terpandang saja diri Zharif, terus peristiwa hitam yang cuba dilenyapkan dari ingatannya datang menari nari di ruang mata. Masih jelas terasa tangan kasar Zharif yang memeluk kejap tubuhnya. Entah kenapa Zharif tiba tiba saja muncul di rumahnya pada pagi itu. Fatimah sendiri pun tak pasti.
Melihat wajah Fatimah saat terpandangkan dirinya, Zharif terus diburu perasaan bersalah. Perasaan malunya datang bertimpa timpa. Kerana terlalu mengikut kata nafsu yang meraja di dalam hati, dia telah menjatuhkan maruah dirinya sendiri. Dia hampir hampir meragut kesucian Fatimah. Sudikah Fatimah memaafkan dirinya?
"Abang dengan Zharif ke depan dulu, ya. Fatimah masak sedap sedap tengah hari ni. Kita ajak diaorang makan tengah hari dekat rumah kita" Haykarl mengukirkan senyuman manis kepada Fatimah. Matanya merenung sejenak wajah ayu isterinya. Hari hari pandang Fatimah tetap rasa tak jemu.
Fatimah hanya senyap. Langsung tak menjawab apa apa. Kenapa mesti ajak mamat tu makan dekat sini? Gumam Fatimah yang berasa kurang senang. Nampak sangat wajah kelatnya pada ketika itu.
"Sayang, dengar tak apa yang Abang cakap?" Tanya Haykarl sambil menyentuh lembut tangan isterinya. Melihat Fatimah cuma diam dari tadi, membuatkan hati Haykarl berasa gusar. Ditambah pula dengan wajah Fatimah yang kelat itu, betul betul membuatkan Haykarl tak senang duduk.
"Dengar" Jawab Fatimah sepatah. Senyuman hambar dilemparkan.
"Okay. Abang ke depan dulu, ya" Balas Haykarl perlahan. Tangannya menyentuh mesra pipi isterinya sebelum dia dan Zharif beredar dari situ.
❤️
NANA lincah membantu Fatimah di dapur. Mereka sedang memotong sayur untuk dibuat sup sayur campur. Sesekali matanya melirik penuh ke arah Fatimah. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan kawan baiknya itu. Fatimah masih lagi sama. Masih tetap ayu dan lembut macam dulu dulu. Tapi, macam ada yang tak kena saja. Redup mata Fatimah itu seolah olah sudah hilang sinarnya. Hatinya mula meneka yang bukan bukan.
"Fatimah, kau dengan Abang Haykarl dah okay ke?" Tanya Nana setelah tidak sanggup lagi bermain dengan perasaan sendiri.
"Okay? Okay yang macam mana?" Fatimah berhenti seketika. Pisau di tangannya diletakkan ke atas meja. Matanya merenung Nana. Mencari maksud disebalik pertanyaan Nana sebentar tadi.
"Yelah, aku tengok Abang Haykarl tu bukan main baik lagi layan kau sekarang. Tapi yang aku tak faham, kau tu! Kenapa aku nampak dingin semacam?" Luah Nana tanpa berselindung lagi.
Fatimah mengeluh kecil. Mencapai kembali pisau yang diletakkan di atas meja lalu menyambung semula kerjanya. Lama Fatimah diam.
"Entahlah, Na. Dia memang baik sangat dengan aku sekarang. Terlampau baik sampaikan aku rasa rimas. Hmm, hati aku ni! Aku tak tahulah nak terangkan macam mana dekat kau.." Ucap Fatimah perlahan tanpa menoleh pada Nana.
YOU ARE READING
Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]
Romance[COMPLETED] Nur Fatimah Maisarah. Pertemuan yang tak terduga dengan Haykarl Ashraff telahpun menjerat dirinya dengan lelaki itu. Disebabkan satu kejadian, dia dipaksa berkahwin dengan lelaki itu biarpun di hati tiada nilai cinta. Hidup bersama denga...