Bab 30

4.3K 191 18
                                    

FATIMAH merenung lama sampul surat yang berada ditangannya itu. Hatinya rasa berbelah bagi sama ada mahu menghantar terus surat itu kepada bahagian pengurusan kolej ataupun tidak. Dia termenung lama di kafe kolej. Susah betul untuk dia membuat keputusan. Rasa sesak kepalanya.

"Hai, kau termenungkan apa tu?" Sapa Nana. Dua gelas minuman diletakkan diatas meja. Punggungnya dilabuhkan diatas kerusi.

"Hmm, takde apalah.." Cepat cepat Fatimah masukkan sampul surat yang dipegangnya tadi ke dalam beg sandang. Tidak mahu Nana perasan tentang surat itu ataupun bertanyakan yang bukan bukan. Sebuah senyuman dilemparkan pada Nana.

Nana memandang wajah Fatimah dalam dalam. Wajahnya sengaja diseriuskan tanpa senyuman. Keningnya terangkat. Bukan boleh percaya dengan Fatimah ni. Mesti ada sesuatu yang dia cuba sembunyikan.

"Kenapa kau pandang aku macamtu?" Fatimah menggaru pipinya.

Belum pun sempat Nana menjawab, tiba tiba telefon bimbit Fatimah menjerit nyaring. Fatimah menoleh sekilas ke arah telefon bimbit yang terletak kemas diatas buku. Matanya dapat menangkap dengan jelas nama si pemanggil yang tertera di skrin telefon bimbit. Satu keluhan kecil dilepaskan. Telefon bimbit dibiarkan terus menjerit.

"Kenapa kau tak angkat?" Tanya Nana. Wajah Fatimah direnungnya tanpa kelip.

"Malas nak layan" Jawab Fatimah sepatah. Wajahnya jelas kelihatan keruh.

"Siapa? Haykarl ke?" Soal Nana lagi.

"Haykarl?" Soal Fatimah kembali. Dia ketawa sinis. Rasa geli pula hatinya apabila mendengar pertanyaan yang tidak masuk akal daripada Nana itu.

Kemudian tawanya terus mati. Awan mendung mula menyapa wajah. Wajahnya tunduk merenung alas meja. Sebak. "Haykarl mana ada masa dah untuk aku. Dia sekarang kan dah bahagia. Dah tak ada masa dah nak fikir pasal aku ni. Orang dah nak kahwin, mana ada masa nak ingat pasal aku. Sebab aku ingat taraf aku dekat mana bagi dia. Aku kan perempuan simpanan je bagi dia. Dia nak, dia datang lah cari aku. Bila dia taknak, dia blah lah" Suara Fatimah bergetar hebat. Rasa macam nak pecah dadanya menahan rasa. Sakit hati!

Ya. Sakit hati apabila Haykarl berbuat begini pada dia. Sakit hati apabila Haykarl dengan secara tiba tiba menyepikan diri. Sakit hati apabila Haykarl terus menghukumnya tanpa usul periksa. Sampai bila? Sampai bila semua ni nak habis?

Nana memandang wajah Fatimah. Agak lama. Perasaannya sarat dengan rasa simpati pada Fatimah. Dia tahu perasaan Fatimah pasti terluka saat ini. Lihat je diri Fatimah. Tubuhnya makin hari makin susut. Senyuman juga sudah jarang terukir di bibir Fatimah. Pandangan matanya juga nampak sarat dengan air mata.

Tapi, Fatimah sangat tabah. Segala rasa hanya dipendam dalam hati. Tak pernah Nana mendengar suara Fatimah mengadu. Melainkan Nana yang bertanya lebih. Itupun sehabis boleh Fatimah menyorokkan rasa dalam hati dia. Apa yang membuatkan Fatimah terus tabah sebegitu, Nana pun tidak tahu. Mungkin kerana Fatimah memang sudah jatuh sayang pada Haykarl.

Telefon bimbit Fatimah berdering lagi sekali. Kali ini Fatimah terus menekan butang off. Dia mula bosan. Bosan dengan semua ni. Fatimah berasa lemas. Lemas dengan sikap Zharif yang tidak henti henti mengganggu ketenteramannya. Mana janji Zharif dulu? Bukankah Zharif telah berjanji bahawa tidak akan meletakkan sebarang syarat dalam perhubungan mereka? Kenapa sekarang Zharif dah berubah?

Sekali lagi Fatimah menghela nafas panjang. Pandangannya lurus ke depan.

"Zharif ke?" Soal Nana.

"Siapa lagi yang tak henti henti nak kacau ketenangan aku kalau bukan dia" Lemah suara Fatimah. Otaknya berasa sesak setiap kali nama Zharif disebut.

Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]Where stories live. Discover now