Bab 13

3.3K 190 21
                                    

SUASANA di sekeliling sudah gelap gelita sewaktu mereka tiba di perkarangan banglo besar milik keluarga Haykarl itu. Suara cengkerik malam jelas kedengaran kerana banglo itu terletak di atas bukit dan betul betul di hujung kampung. Kedudukannya memang agak jauh dari rumah jiran jiran. Di belakangnya pula cuma terdapat sebidang tanah sawah padi yang terbiar lama.

Fatimah masih kaku di kerusi penumpang. Perasaannya bercampur baur. Kembali semula ke desanya itu seolah olah mengulang kembali segala peristiwa silam yang berlaku dalam kamus hidupnya. Segalanya nampak begitu jelas di layar ingatan Fatimah. Berputar putar seperti wayang gambar yang diulang tayang.

Walaupun sudah agak lama desa itu ditinggalkan, namun kenangannya masih utuh dalam ingatan. Kembali semula ke banglo ini juga telah memutarkan kembali memori lalu. Memori pada pertemuan pertama antara dia dan Haykarl Ashraff. Pertemuan yang menyatukan mereka tanpa nilai cinta dalam hati. Sakit! Itu yang Fatimah rasakan. Kalaulah dia boleh ulang masa lalu, Sumpah! Dia tak mahu lari ke situ. Dia tak mahu bertemu dengan Haykarl. Tetapi apakan dayanya. Itu takdir yang Tuhan dah tuliskan untuknya.

Fatimah mengetap bibir dengan kuat. Mata yang berkaca kaca cuba untuk ditahan air matanya daripada jatuh. Hatinya terus bermonolog sendirian.

Semua ni salah Pak Mat! Kalau bukan sebab dia, aku takkan dipaksa berkahwin dengan Haykarl. Ini semua sebab hutang! Entah bilalah aku dapat kumpul duit sebanyak tu, ucap Fatimah di dalam hati. Fatimah semakin sayu. Ada air jernih yang mengalir laju di pipinya. Air mata yang cuba ditahan sejak tadi, jatuh juga. Sakit!

"Taknak turun ke?" Soal Haykarl. Dia sudahpun berdiri di sebelah Fatimah. Siap bukakan pintu untuk Fatimah lagi. Cepat cepat Fatimah mengesat air matanya yang sudah membasahi pipi. Dia tidak mahu air mata itu dilihat oleh Haykarl. Kalau tidak, jenuh lah dia nak bersoal jawab dengan lelaki itu nanti.

"Kau menangis ke?" Tanya Haykarl. Dia merenung lama mata Fatimah yang sudah basah itu.

"Takdelah" dalih Fatimah. Wajahnya ditundukkan ke bawah. Rasa tak selesa pulak apabila melihat Haykarl merenungnya tanpa kelip itu.

"Yelah tu! Macamlah aku ni buta sangat kan?" Haykarl mencebikkan bibirnya.

Fatimah diam semula. Punggungnya masih melekat kejap diatas kerusi penumpang bahagian hadapan.

"Dah turun! Jangan nak mengada ngada" Haykarl menarik tangan Fatimah dengan kasar apabila melihat Fatimah masih tidak berganjak daripada tadi. Langsung tidak sensitif dengan keadaan Fatimah ketika itu.

"Sakitlah! Tak reti nak berlembut langsung!" Fatimah merentap semula tangannya dengan kasar. Dia tergesa gesa keluar dari perut kereta. Haykarl cuma tersenyum apabila melihat wajah Fatimah yang sudah mencuka itu.

Kunci rumah dikeluarkan oleh Haykarl dari poket seluar jean yang dipakainya. Sebaik saja pintu utama dibuka, Haykarl terus masuk ke dalam rumah dan menekan suis lampu. Tak sampai dua minit, seluruh rumah banglo itu sudah menjadi terang benderang.

Fatimah berdiri kaku di muka pintu. Dia masih teragak agak untuk melangkah masuk. Matanya merayap ke segenap ruang dan sudut di dalam rumah banglo besar itu. Semuanya nampak kemas dan tersusun rapi.

"Apa lagi yang kau tercegat dekat situ?" Marah Haykarl apabila melihat Fatimah yang masih tidak bergerak seperti nak taknak saja masuk ke dalam. Melihat Fatimah yang masih tidak berganjak, Haykarl pantas meluru ke arah Fatimah. Terus dia menarik tangan Fatimah supaya masuk.

"Eh, apa pegang pegang ni?!" Bentak Fatimah dengan sedikit keras.

"Woi! Aku tak hadaplah nak pegang tangan kau! Tapi kalau aku tak tarik, sampai besok pun kau tercegat dekat situ" Suara Haykarl sedikit keras. Dia cukup meluat dengan perangai Fatimah ni sebenarnya.

Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]Where stories live. Discover now