Bab 14

3.4K 203 22
                                    

BUNYI kokokan ayam yang bersahut sahutan mengejutkan Fatimah daripada lenanya. Dia segera bangun lalu membersihkan diri dan bersiap siap untuk menunaikan solat subuh. Selesai menunaikan solat, Fatimah keluar ke halaman rumah. Alam sekeliling masih lagi kelihatan samar samar.

Fatimah memerhati kawasan di sekeliling halaman. Sudah lama dia tidak merasai suasana pagi di kampung. Udaranya yang segar dan nyaman itu cukup mendamaikan hati dan perasaan. Secara tiba tiba dia teringatkan rutin harian yang selalu dia lakukan dulu sewaktu dia masih tinggal bersama Mak Yek.

Setiap pagi setelah selesai menunaikan solat subuh, dia akan menyibukkan diri di dapur untuk menyediakan sarapan pagi. Pada waktu waktu macamni, dia memang sibuk menguruskan kerja rumah kerana pada waktu waktu begini makciknya sudah bersiap siap untuk ke bendang. Jadi terpaksalah dia menyiapkan sarapan pagi.

Patutkah aku pergi menjenguk mereka? Fatimah memikir seketika. Dia membelek belek bunga mawar merah yang sudah mula mahu kembang itu.

"Cantiknya!" Luah Fatimah perlahan.

"Memang cantik!"

"Oh mak kau jatuh gaung!!" Fatimah menjerit kuat. Terkejut woi!

"Eish kau ni! Apa yang terjerit jerit ni" Haykarl mengerutkan dahi sambil memandang Fatimah yang memang kelihatan betul betul terkejut itu.

"Awak ni memang nak bagi saya mati terkejut ke?" Fatimah mengurut dadanya perlahan sambil matanya menjeling tajam ke arah Haykarl.

"Maaf" pinta Haykarl. Dalam tak sedar, dia tersengih kecil apabila melihat telatah Fatimah.

"Awak buat apa dekat sini?" Fatimah merenung Haykarl tanpa kelip.

"Cari kau lah! Manalah tahu kau kena culik ke.." Haykarl ketawa kecil.

Fatimah mencebik. Kalau tak usik dia, memang tak sah! Dulu bukan main lagi garangnya. Sekarang, kerja nak mengusik je. Apa yang dah jadi dengan mamat ni sebenarnya?

"Amboi! Bukan main lawa lagi kau mencebik. Kau nak aku ikat ke bibir tu?"

"Kenapa pulak?" Fatimah tidak berpuas hati.

"Dah tu, terjuih juih bibir tu. Dah jom masuk! Sejuk pagi pagi ni duduk dekat luar" Tangan Fatimah ditarik oleh Haykarl. Fatimah hanya menurutkan saja. Malas mahu berperang mulut dengan Haykarl pada subuh subuh ini.


❤️


NASI goreng telur mata sudah terhidang diatas meja makan. Cuma itu saja yang dapat dimasak oleh Fatimah kerana hanya itu saja bahan yang ada di dapur banglo besar itu. Peti ais juga kosong. Cuma terdapat beberapa botol panjang yang berisi air putih saja.

"Mmm, sedapnya bau!" Haykarl menghampiri Fatimah lalu dengan spontan memeluk Fatimah dari belakang.

"Eh apeni!" Marah Fatimah. Dia cuba meloloskan diri daripada Haykarl.

"Eleh, peluk sikit pun marah. Macamlah aku luak nak peluk kau!" Haykarl meleraikan pelukannya. Dia menarik sebuah kerusi lalu duduk disitu. Tangannya laju mencedok nasi goreng ke atas pinggan.

"Sorrylah wak, ini je yang saya dapat masak" Fatimah menuangkan air teh O panas ke dalam cawan lalu menghulurkannya kepada Haykarl. Kerusi disebelah Haykarl ditarik lalu punggungnya dilabuhkan disitu.

"Eh takpe. Ini pun dah cukup sedap dah ni" balas Haykarl bernada ikhlas. Dia menyambut cawan yang dihulurkan oleh Fatimah. Sebuah senyuman diberikan kepada Fatimah. Hilang sudah bayang Nurul Huda dari ingatannya buat seketika.

Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]Where stories live. Discover now