NURUL HUDA terkesima. Dia bagaikan baru tersedar daripada mimpi. Melihat Haykarl yang sudah berlumuran darah itu jatuh terjelepok ke lantai, membuatkan Nurul Huda ketakutan. Macam lipas kudung dia melarikan diri. Dengan tergopoh gapah Nurul Huda masuk ke dalam kereta Audi miliknya kemudian terus memecut laju.
Pisau belati yang digunakannya untuk menikam Haykarl tadi telah dicampakkan ke tepi jalan. Dalam keadaan hujan yang masih lagi lebat itu, Nurul Huda memandu dengan laju. Dia benar benar ketakutan. Sungguh, dia tak ada niat mahu membunuh Haykarl. Perasaan marah yang menguasai dirinya membuatkan dia hilang pertimbangan. Dia mahu segera pergi dari situ. Sesekali tayar keretanya seakan akan tidak mencecah jalan kerana dipandu terlalu laju. Tambah pula keadaan jalan yang agak licin dek hujan lebat yang mencurah curah.
Dummm!
Kereta Audi miliknya telah terperosok di bawah lori balak. Nurul Huda rasa pandangannya semakin gelap. Cecair hanyir berwarna merah telah keluar dari setiap rongga tubuhnya. Seketika itu juga, pandangan Nurul Huda terus gelap.
❤️
AIR MATA Fatimah masih laju mengalir di pipi. Dari malam tadi masih lagi tidak henti henti mengalir. Matanya sudah betul betul bengkak. Tubuh kaku Haykarl dipandang lama. Pilu hati Fatimah apabila melihat suaminya dalam keadaan begitu. Wad persendirian Kuantan Specialist Hospital itu kelihatan suram saja.
Dengan perlahan Fatimah meraih tangan Haykarl yang kaku itu ke dalam genggamannya. Kemudian dengan perlahan tangan sejuk milik suaminya itu dibawa ke bibirnya lalu dikucup lama.
"Abang, bangunlah abang. Fatimah sayangkan abang. Abang janganlah tinggalkan Fatimah. Fatimah janji kalau abang bukak mata nanti, Fatimah akan bahagiakan abang. Fatimah takkan buat abang menangis lagi. Bangunlah abang.." Fatimah sudah merengek seperti budak kecil. Namun Haykarl masih lagi sama. Masih tetap kaku.
Haykarl koma disebabkan dia kehilangan terlalu banyak darah. Luka di perutnya juga agak dalam. Tetapi menurut kata doktor, Haykarl telah melepasi waktu waktu kritikalnya dan mungkin akan sedar pada bila bila masa saja.
Bahu Fatimah disentuh lembut dari belakang. Fatimah segera menoleh. Datin Mahani dan Nana sedang berdiri tegap di belakangnya. Wajah sayu ibu mentuanya itu dipandang lama. Datin Mahani kelihatan tenang biarpun dalam hatinya hanya Allah saja yang tahu. Dia mesti kelihatan tabah di hadapan menantunya itu. Dia dan Nana baru saja pulang dari rumah Puan Sri Haida, menziarahi keluarga itu dan mengucapkan takziah kepada mereka atas kematian Nurul Huda.
"Fatimah, baliklah berehat. Biar mama yang tunggu Haykarl dekat sini. Dari malam tadi lagi Fatimah dekat sini. Nanti Fatimah pulak yang sakit" Pujuk Datin Mahani lembut sambil memegang bahu menantunya itu. Luluh hatinya apabila melihat keadaan Fatimah. Mata bengkak menantunya itu direnung lama. Masih ada lagi sisa air mata yang melekat disitu.
"Fatimah taknak balik. Fatimah nak tunggu sini! Nanti kalau Abang Haykarl bangun mesti dia sedih kalau Fatimah tak ada" Balas Fatimah dalam sendunya. Nana sebak melihat keadaan Fatimah begitu. Kenapa hidup Fatimah sentiasa diuji? Betapa Allah sayangkan insan semulia Fatimah.
"Mama tahu, sayang. Tapi kalau Fatimah terus macamni, mesti Haykarl lagi sedih" Datin Mahani masih belum puas memujuk. Bahu menantunya itu diusap lembut.
"Mama, Fatimah takkan maafkan Huda! Dia yang tikam Abang Haykarl. Dia yang buat semua ni, Ma.." Fatimah terus terusan menangis lagi. Teresak esak dia disitu.
Bahu Fatimah diusap lagi. Lembut sekali. "Mama tahu. Tapi Huda sudahpun terima balasannya. Huda dah tak ada, sayang. Dia dah meninggal. Malam tadi kereta yang dipandunya terbabas kemudian terperosok ke bawah lori. Dia meninggal dekat situ jugak" Cerita Datin Mahani satu persatu.
YOU ARE READING
Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]
Romansa[COMPLETED] Nur Fatimah Maisarah. Pertemuan yang tak terduga dengan Haykarl Ashraff telahpun menjerat dirinya dengan lelaki itu. Disebabkan satu kejadian, dia dipaksa berkahwin dengan lelaki itu biarpun di hati tiada nilai cinta. Hidup bersama denga...