FATIMAH menarik nafas panjang. Kepalanya tersandar lesu di tingkap bilik Nurin Irdina manakala pandangannya pula dilempar jauh menembusi tingkap bilik ke tengah halaman rumah Nurin Irdina yang kelihatan agak sesak itu. Dua buah kanopi sudah berdiri gagah disitu. Penduduk kampung juga sedang sibuk bergotong royong. Memasak pelbagai jenis juadah untuk kenduri nanti. Kemeriahan mula terasa walaupun masih awal pagi.
Begitulah adat di desanya. Jika ada kenduri kendara di kampung, maka seluruh penduduk kampung baik lelaki mahupun perempuan pasti akan datang menolong dan bergotong royong. Jika dilihat sekali imbas sudah seperti pesta lagaknya. Meriah. Tak seperti majlis pernikahannya. Fatimah berasa sebak. Air mata sudah bergenang di kelopak mata. Tunggu sedikit masa saja lagi untuk jatuh membasahi pipi. Suara riuh rendah di luar rumah seolah olah langsung tidak kedengaran di telinga Fatimah. Dia terus tenggelam dalam mainan perasaannya sendiri.
"Weh! Yang kau monyok je ni dah kenapa?" Sengih Nurin Irdina secara tiba tiba.
Terus saja lamunan Fatimah terhenti. Keriuhan yang berlangsung di halaman rumah Nurin Irdina mula menyapa halwa telinganya. Air mata yang hampir jatuh tadi cepat cepat diseka oleh Fatimah. Tidak mahu Nurin Irdina melihat kesedihannya sekarang. Tapi sayangnya, Nurin Irdina terlebih dahulu nampak sebelum Fatimah sempat sembunyikan riak sedih di wajahnya.
"Kau kenapa sedih sedih ni?" Tanya Nurin Irdina lembut. Kedua dua belah tangan Fatimah sudah tergenggam kemas. Mata redup Fatimah direnung lama sehinggakan Fatimah tidak mampu lagi untuk mengelak.
"Kau menangis ek? Taknak lah sedih sedih macamni. Harini, hari bahagia aku tau. Kau janganlah sedih sedih. Nanti kalau aku tak jadi kahwin macam mana?" Bibir Nurin Irdina sudah terjuih ke depan. Wajah Fatimah direnung bersungguh.
"Ish kau ni! Mulut kau memang dari dulu tak ada insurans kan? Nak ke majlis ni dibatalkan?" Fatimah mengugut. Geram betul dia dengan mulut Nurin Irdina yang cakap main lepas je.
"Yelah, dah kau buat muka macamtu. Aku nak sanding pun takde mood tau! Mana tidaknya. Tengok muka kau dah macam cekodok basi tu, hati aku pun turut sama runsing tahu tak!" Tebak Nurin Irdina.
Fatimah mencebikkan bibirnya. "Kau ni teruklah! Muka aku punyalah kemain lawa. Kau cakap macam cekodok basi? Hmm, aku sedihlah. Kawan aku yang otak senget ni dah nak kahwin. Nanti dah tak boleh lah nak lepak lepak dengan aku macam dulu.." Fatimah berasa sebak. Mimik mukanya sengaja disedihkan lagi. Mulutnya sudah memuncung ke depan.
"Alahai, sweet jugak eh kau ni. Tapi kan Fatimah, sekarang mulut kau dah macam muncung itik Mak Jenah sebelah rumah aku ni lah!" Nurin Irdina tergelak besar. Terlupa sudah bahawa dirinya ialah pengantin pada hari itu.
"Haish kau ni. Agak agaklah! Gelak dah macam pontianak harum sundal malam. Kau tu pengantin tahu tak! Nanti tak pasal pasal laki kau cari lain!" Marah Fatimah. Nurin Irdina ni memang. Kalau tak ditegur nanti makin menjadi jadi.
"Ops! Lupa!" Nurin Irdina sudah menekup mulutnya. Berkelip kelip matanya.
Fatimah hanya menggelengkan kepalanya saja. Senyuman kecil mula meniti di bibirnya. Bahagia rasa hatinya apabila melihat Nurin Irdina bahagia begitu.
"Eee! Tak senonoh!" Bentak Fatimah perlahan. Ketawa mereka pecah serentak. Begitulah kalau bersama dengan Nurin Irdina. Hari hari Fatimah mesti penuh dengan gelak tawa.
Ketukan bertalu di muka pintu bilik Nurin Irdina membuatkan tawa mereka terus mati. Pandangan mereka terarah tepat pada pintu bilik yang sudah dikuak lebar dari luar. Di muka pintu, wajah Kak Senah iaitu mak andam yang terkenal di kampung mereka sudah terjengah disitu. Senyuman lebar telah bermain di bibir wanita bergaya itu. Terserlah kedua dua belah lesung pipitnya.
YOU ARE READING
Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]
Romantik[COMPLETED] Nur Fatimah Maisarah. Pertemuan yang tak terduga dengan Haykarl Ashraff telahpun menjerat dirinya dengan lelaki itu. Disebabkan satu kejadian, dia dipaksa berkahwin dengan lelaki itu biarpun di hati tiada nilai cinta. Hidup bersama denga...