Bab 24

3.3K 191 51
                                    

FATIMAH sudah siap berpakaian kemas sewaktu Haykarl terjaga daripada tidurnya. Mata Haykarl jatuh lama pada tubuh Fatimah yang berdiri di hadapan cermin. Fatimah nampaknya makin sihat. Dalam hatinya mula berasa lega.

Tubuh Fatimah ditilik lagi. Rindu! Rindu nak gaduh dengan Fatimah. Rindu nak tengok pipi Fatimah bertukar merah. Rindu nak tengok senyuman manis Fatimah. Rindu nak makan masakan Fatimah. Pendek kata, rindu semuanya!

Haykarl melirik sekilas pada jam yang tersarung kemas di tangannya. Hmm, dah pukul 6.30. Kaki dihulurkan ke birai katil. Tubuhnya direnggangkan ke kiri dan ke kanan.

"Fatimah! Pinjam tuala. Aku nak mandi" Haykarl sudah berdiri betul betul di sebelah Fatimah yang sedang ralit menyikat rambut di hadapan cermin.

Tingkah Fatimah terus mati. Matanya merenung bayang Haykarl melalui cermin. "Hah? Pinjam tuala? Awak punya takde ke?" Ada rasa kurang senang dalam suaranya. Wajahnya pun dah bertukar lain macam.

"Dah namanya nak pinjam. Maknanya memang takdelah!" Balas Haykarl sedikit geram. Sakit pula rasa hatinya. Pinjam tuala pun nak jadi isu ke?

"Hmm, dekat sana tu!" Fatimah menudingkan jarinya ke arah kain tuala yang tersangkut kemas di penyidai baju. Muncungnya sudah panjang sedepa. Memang dia tak puas hati dengan Haykarl. Dahlah malam tadi tidur atas katil dia. Pagi ni nak guna tuala dia pulak! Lepasni apa lagi pulak?

"Hah eloklah tu. Buat muka! Dengan suami sendiri pun nak berkira ke?" Haykarl geram. Geram pula apabila melihat muncung Fatimah yang sudah panjang sedepa itu.

Tapi lambat lambat terukir juga senyuman di bibirnya. Rasa kelakar tengok muncung Fatimah yang panjangnya sampai boleh sangkut hanger.


❤️


"AWAL bangun?" Nana menyapa sebaik saja memasuki ruang dapur rumah sewa mereka. Punggungnya dilabuhkan diatas kerusi disebelah Fatimah. Matanya sudah jatuh tepat pada tangan Fatimah yang sedang lincah memotong sayur dan bawang.

Fatimah tersenyum manis. Tangannya masih lagi bekerja.

"Nak masak apa ni?" Tanya Nana lagi setelah sapaannya tadi cuma dibalas dengan senyuman Fatimah saja.

"Nasi goreng kampung" balas Fatimah bersahaja. Matanya dikerling ke arah Nana sekilas. Senyumannya masih lagi belum mati di bibirnya.

"Kau dah sihat ke?" Nana merenung Fatimah tak berkelip. Dari pandangan mata kasarnya, Fatimah kelihatan sudah sihat seperti biasa. Cuma wajah Fatimah saja yang nampak agak pucat sedikit.

"Dah! Aku mana boleh sakit lama lama" Fatimah senyum lagi. Dari tadi asyik senyum je si Fatimah ni. Ada apa apa ke yang jadi?

"Oh yelah kann. Ada putera hensem yang tolong jagakan. Mestilah cepat sihat. Senyum pun sampai ke telinga je kan?" Duga Nana. Senyuman nakal sudah bermain di bibirnya. Seronok betul dapat kenakan Fatimah.

"Amboi, memang tak sayang mulut kan? Nak kena cili ke hah?" Fatimah pura pura marah. Dalam hatinya rasa berbunga bunga sebenarnya apabila Nana puji suaminya hensem. Tipulah kalau Fatimah kata dia tak berasa apa apa dengan perhatian yang telah ditunjukkan oleh Haykarl. Dia langsung tidak menyangka bahawa Haykarl akan menjaganya semalaman disitu. Hati Fatimah tersentuh.

"Betullah Fatimah! Bertuahnya lah kau. Haykarl tu memang hensem. Baik pulak tu! Aku tengok dia bukan main sayang lagi dekat kau. Cemburunya aku!"

"Hmm, mana kau tahu dia sayangkan aku?" Fatimah menoleh sekilas ke arah Nana kemudian kembali menyambung kerjanya. Kalau asyik melayan Nana ni berborak, alamatnya tak siaplah nasi goreng kampung tu nanti. Bukan dia tak kenal dengan Nana tu. Kalau bercakap macam kereta api. Tak henti henti bercakap. Laju pulak tu.

Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]Where stories live. Discover now