Bab 33

4K 180 45
                                    

"SAYANG! Lama lagi ke?!" Laung Haykarl dari sofa empuk di ruang tamu banglo mewah tiga tingkat milik Tan Sri Hakimi. Punggungnya sudah naik panas menunggu Nurul Huda bersiap. Rasanya sudah hampir satu jam dia menunggu disitu. Entah apa lah yang sedang dibuat oleh Nurul Huda dia pun tidak tahu. Mereka bercadang mahu keluar makan malam bersama.

"Kau tunggu siapa?" Pertanyaan kasar daripada bakal adik iparnya itu menyentap lamunan Haykarl. Entah bila masanya Zharif berada disitu, dia pun tidak sedar. Tengoklah betapa kurang ajarnya dia. Langsung tiada rasa hormat terhadap Haykarl.

Haykarl membisu. Matanya saja memandang tajam sesusuk tubuh milik bakal adik iparnya. Sekarang secara tidak langsung telah menjadi musuhnya dalam diam. Wajah Zharif kelihatan kusut. Dia masih lagi dalam pakaian pejabat. Baru balik kerja agaknya.

Haykarl cuma diam. Malas mahu melayan perangai Zharif yang kebudak budakan itu. Matanya terus merenung pada skrin televisyen yang terpasang tanpa menghiraukan Zharif yang telahpun duduk bersamanya diatas sofa empuk itu.

Mata Zharif tidak lepas daripada merenung Haykarl dengan tajam. Penuh dengan perasaan benci dan dendam. Teringat kembali sikap Fatimah yang menolaknya mentah mentah pada siang tadi. Menambahkan lagi kebenciannya kepada Haykarl. Semua ini sebab Haykarl! Kalau Haykarl bersedia untuk ceraikan Fatimah, mungkin Fatimah tidak berfikir dua kali untuk menerimanya.

"Kau ni memang tamak kan?" Tanya Zharif sinis tanpa menoleh ke arah Haykarl. Matanya juga terarah tepat pada kaca televisyen yang sedang terpasang sejak tadi.

"Apa kau cakap ni? Kenapa kau suka sangat cari pasal dengan aku? Apa yang kau tak puas hati?" Haykarl mula baran. Kalau Zharif dah anggap dia musuh, takde gunanya untuk dia nak berlembut lagi.

"Huh, pandai kau berlakon kan? Buat buat tak tahu pulak. Kau nak aku tolong ingatkan kau? Tolong bagitahu dekat kakak aku pasal rahsia terbesar kau tu?" Balas Zharif sinis. Masing masing merenung tajam.

"Apa masalah kau sebenarnya?"

"Masalah aku ialah kau!" Jerkah Zharif kuat sambil menudingkan jari terlunjuknya tepat ke arah wajah Haykarl.

Ini dah melampau! Haykarl terasa tercabar. Telinganya terasa berdesing. Jerkahan Zharif itu terasa begitu kuat singgah ke telinganya.

"Kau memang tak puas hati dengan aku kan?! Apa yang kau nak sebenarnya?" Suara Haykarl kedengaran bergetar. Tangannya sudah menggenggam sebiji penumbuk. Sedaya upaya dia cuba menahan marah.

"Apa yang aku nak? Aku nak kau ceraikan Fatimah! Lepaskan dia supaya dia boleh hidup bebas!"

"Kenapa kau perlu sibuk pasal dia?"

"Sebab aku sayang dan cintakan dia. Dia tak layak untuk bersama dengan lelaki dayus macam kau! Sepatutnya sekarang dia dah bersama dengan aku. Berada di dalam pelukan aku. Bahagia bersama aku!" Bentak Zharif lagi. Makin lama makin keras nada suaranya. Matanya masih merenung tajam ke dalam anak mata Haykarl.

"Kau ni memang. Memang dah melampau! Kau dengar sini! Selagi aku hidup, kau jangan bermimpi untuk nak bersama dengan Fatimah! Aku sama sekali takkan ceraikan dia!" Haykarl mula mencekik leher baju kemeja Zharif. Wajahnya merah menyala menahan marah. Rahangnya bergerak laju.

"Apa yang kecoh kecoh ni?" Nurul Huda tiba tiba saja muncul. Spontan cengkaman kuat Haykarl di leher kemeja Zharif terlerai.

Nurul Huda terus merenung Haykarl dan adiknya silih berganti. Dia menghampiri Haykarl. Tangan Haykarl disentuh. "Kenapa ni sayang?" Tanya Nurul Huda dengan suara manja yang sengaja dibuat buat. Dari atas lagi dia sudah dapat mendengar kekecohan yang terjadi antara tunangnya dan adiknya. Dia yang sedang sibuk bergayut di telefon dengan Zeck, cepat cepat turun ke bawah untuk melihat apakah sebenarnya yang terjadi.

Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]Where stories live. Discover now