DATIN MAHANI ralit membelek sekuntum bunga yang sedang berkembang mekar di taman bunga milik Fatimah. Hatinya berasa lapang apabila melihat bunga bunga yang cantik dihadapan mata. Tambah pula bau haruman dari bunga bungaan itu cukup mendamaikan hati. Angin petang itu juga bertiup sepoi sepoi bahasa.
Sekarang Datin Mahani sudah boleh menarik nafas lega. Lapang rasa dadanya apabila melihat Haykarl dan Fatimah sudah berbaik semula. Sungguh dia tidak menyangka begitu sukar perjalanan rumah tangga mereka. Siapa sangka Nurul Huda curang kepada Haykarl. Tambah menyakitkan apabila Nurul Huda disahkan mengandung anak luar nikah. Sungguh dia tidak sangka. Kerana terlampau sayangkan Nurul Huda, Haykarl sanggup melukakan hati Fatimah. Sudahnya, dua dua terluka.
Datin Mahani melabuhkan duduknya diatas kerusi rehat yang berada disitu. Nafas panjang dihela. Fikirannya masih lagi tertumpu pada Nurul Huda. Sekarang Datin Mahani tidak tahu dimana Nurul Huda berada. Sejak Haykarl putuskan pertunangan mereka, Datin Mahani tidak pernah berjumpa lagi dengan Nurul Huda. Dengan Puan Sri Haida juga, sudah lama Datin Mahani tidak berjumpa. Di majlis majlis juga, Puan Sri Haida tidak berani menunjukkan muka.
"Mama, termenungkan apa tu?" Sapa Fatimah lembut. Dulang berisi sepiring kuih dan dua cawan teh panas diletakkan ke atas meja rehat. Matanya terarah tepat pada ibu mentuanya. Wanita berumur lingkungan 50-an itu masih lagi kelihatan cantik dan bergaya walaupun usia semakin menginjak ke senja. Dalam diam Fatimah kagum dengan ibu mentuanya itu kerana begitu pandai menjaga penampilan diri.
Datin Mahani melorekkan senyuman. Melihat wajah lembut Fatimah sudah cukup membuatkan hatinya berasa sejuk.
"Jemput minum, Ma" Pelawa Fatimah sambil menyuakan secawan teh kepada ibu mentuanya itu.
Cawan berisi teh panas itu bertukar tangan. "Papa dengan Haykarl mana? Tak minum sekali?"
"Ada, Ma. Dekat anjung depan tu. Diaorang tengah berbincang pasal kerja. Fatimah dah hantar air untuk diaorang tadi. Mama minumlah" Fatimah tersenyum lagi.
"Hmm, kalau Fatimah nak tahu, diaorang anak beranak tu kalau berjumpa memang itu jelah topik yang dibualkan. Naik rimas mama ni tau. Nasib baiklah sekarang ni Fatimah dah ada. Boleh temankan mama. Kalau tak, macam ayam berak kapurlah mama jadinya" Jawab Datin Mahani sambil menghirup sedikit teh panas itu.
Fatimah tersenyum lebar. Datin Mahani terlalu baik buatnya. Kadangkala Fatimah naik segan dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh ibu mentuanya itu. Setiap kali berbual dengan Datin Mahani, Fatimah rasa seolah olah dia sedang berbual dengan ibu kandungnya sendiri.
"Fatimah, terima kasih. Terima kasih sebab Fatimah sudi terima Haykarl semula. Mama bersyukur sangat sangat. Mama tahu anak mama dah banyak kali sakitkan hati Fatimah. Mama tahu anak mama dah banyak kali hancurkan hati Fatimah. Tapi mama tahu jugak betapa sayangnya dia kepada Fatimah" Datin Mahani terdiam sekejap. Air liurnya ditelan. Wajah Fatimah yang nampak tenang itu direnung dalam dalam.
Fatimah diam. Masih menanti buah bicara daripada Datin Mahani.
"Kalau Fatimah nak tahu, masa Fatimah tak ada, Haykarl betul betul menderita. Makan taknak, mandi taknak, bercakap pun taknak. Apa yang dia buat? Menangis, menangis dan terus menangis. Mama pun dah naik buntu. Haykarl yang mama kenal, cukup tinggi egonya. Cukup susah untuk air mata dia mengalir. Tapi masa Fatimah pergi, semuanya berubah 360 darjah.." Bersungguh Datin Mahani bercerita.
Fatimah masih lagi membatu. Wajahnya menunduk merenung meja. Hatinya mula berasa berbolak balik. Separuh mengatakan benci, separuh lagi mula mengatakan sayang. Apa ni, Fatimah? Tapi, takkan lah Datin Mahani nak menipu, kan?
YOU ARE READING
Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]
Romantik[COMPLETED] Nur Fatimah Maisarah. Pertemuan yang tak terduga dengan Haykarl Ashraff telahpun menjerat dirinya dengan lelaki itu. Disebabkan satu kejadian, dia dipaksa berkahwin dengan lelaki itu biarpun di hati tiada nilai cinta. Hidup bersama denga...