"KAU pergi mana, Fatimah?" Soal Nana sebaik saja Fatimah terpacul di muka pintu bilik mereka. Tangannya mengesat rambut yang basah. Baru lepas mandilah agaknya tu!
"Aku pergi makan lah. Tadi aku dah kejutkan kau, tapi kau taknak" Fatimah melabuhkan punggungnya diatas kerusi.
"Bukannya apa. Dekat bawah pokok tu, kau nampak tak? Dah ada sorang pakwe hensem dari tadi lagi tengah tunggu kau dekat situ" Nana menudingkan jarinya ke arah sebatang pokok yang betul betul menghadap bilik mereka.
"Hah? Pakwe? Mana?" Fatimah cepat cepat bangun. Kakinya laju saja melangkah ke arah tingkap. Matanya mula mengecil, cuba mengecam siapakah gerangan lelaki yang dimaksudkan oleh Nana itu.
Aik, takkan lah dia kot? Desis hati Fatimah dengan kurang yakin.
Fatimah menghampiri lelaki yang sedang berdiri membelakanginya. Kedua dua belah tangan lelaki itu diseluk kemas ke dalam poket seluar jean. Nampak sungguh bergaya!
"Assalammualaikum.." sapa Fatimah lembut. Dadanya mula berasa berdebar.
Laju saja lelaki tadi menoleh. Mata mereka bertemu sesaat. "Waalaikumsalam.." Salam Fatimah bersambut. Haykarl merenung Fatimah dari atas sampai lah ke bawah tanpa berkelip sedikit pun anak matanya. Rindu! Agaknya itulah perasaan yang sedang bersarang dalam hatinya kini.
Sepi. Masing masing merenung antara satu sama lain. Mulut bagaikan digam kejap. Hanya mata mereka saja yang saling berbicara. Meluahkan segala rasa yang kini sedang sarat bersarang di dalam jiwa.
Fatimah tunduk merenung rumput. Tidak mampu lagi untuk terus berbalas pandangan dengan Haykarl. Tiba tiba peristiwa pada malam itu datang menyapa. Peristiwa yang menyebabkan Haykarl pergi meninggalkan Fatimah buat berhari hari lamanya. Perasaan malu dan terhina mula bertamu di dalam jiwa. Tapi tahukah Fatimah bahawa jauh di lubuk hatinya yang paling dalam dia teramat rindukan Haykarl?
"Mana kau pergi? Lama aku tunggu kau dekat sini tau! Kau sukalah kan dapat sidai aku lama lama dekat sini? Kau sukalah sebab dapat bebas dari aku kan?!" Sinis nada suara Haykarl.
Fatimah masih lagi menunduk. Diam saja. Tangannya memintal hujung tudung. Kecut rasa perutnya apabila mendengar nada suara Haykarl. Ditambah pula dengan wajah lelaki itu yang mencuka.
"Dah pandai eh sekarang kau merayap? Pergi mana? Cari jantan?" Tuduh Haykarl. Geram dibuatnya dengan kebisuan Fatimah. Dari tadi dia saja yang bercakap sorang sorang seolah olah macam dia ni tunggul kayu.
Fatimah terus mengangkat wajah. Sakit hati pulak apabila dirinya dituduh yang bukan bukan oleh Haykarl. "Bukan merayaplah! Saya pergi makan tadi" Fatimah membela dirinya. Mata Haykarl ditentang dengan penuh keberanian.
"Lama betul kau pergi makan. Aku dah tunggu kau berjam jam kot dekat sini" Wajah Haykarl masih lagi mencuka.
"Siapa suruh awak tak cakap yang awak nak datang?!" Bentak Fatimah berani. Sejak bila Fatimah pandai membidas segala kata kata Haykarl ni? Dimanakah diri Fatimah yang dahulunya diam terkaku apabila ditengking oleh Haykarl?
"Oh! Kau dah pandai menjawab sekarang ya! Kau nak suruh aku bagitahu kau pakai apa? Tulis surat lepastu suruh burung merpati putih hantarkan dekat kau?" Sinis nada suara Haykarl. Matanya mencerlung tajam memandang wajah Fatimah.
"Saya.. saya mintak maaf.." pinta Fatimah perlahan. Wajahnya berubah mendung.
"Dahlah! Tak payahlah kau nak buat muka raih simpati depan aku ni. Kau ingat kau lawa lah bila buat muka macamtu? Buruk tahu tak! Buruk!"
YOU ARE READING
Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]
Romance[COMPLETED] Nur Fatimah Maisarah. Pertemuan yang tak terduga dengan Haykarl Ashraff telahpun menjerat dirinya dengan lelaki itu. Disebabkan satu kejadian, dia dipaksa berkahwin dengan lelaki itu biarpun di hati tiada nilai cinta. Hidup bersama denga...