Bab 41

5.5K 262 28
                                    

FATIMAH duduk berteleku diatas batu besar di tepi sungai yang sedang mengalir laju. Petang itu dia bersendirian. Menghabiskan sisa sisa waktu disitu. Melihat air sungai yang jernih itu mengalir deras seiring dengan bunyi burung berkicauan. Fikirannya kembali singgah pada kenangan zaman kanak kanaknya. Disinilah dia melarikan diri setiap kali dia dimarahi atau dipukul oleh Mak Yek. Kemudian, Nurin Irdina lah yang selalu datang mencari dan memujuknya disitu.

Tetapi, pada petang itu cuma dia seorang saja disitu. Sejak bergelar isteri kepada Eddie, Nurin Irdina jarang sekali dapat duduk berbual dan melepak bersama pada waktu petang seperti kebiasaannya. Fatimah faham dan langsung tidak terasa hati dengan Nurin Irdina. Sudah menjadi tanggungjawab Nurin Irdina untuk memberi tumpuan lebih kepada suaminya berbanding hal hal yang lain.

Satu keluhan berat dilepaskan oleh Fatimah. Matanya ralit perhatikan anak anak ikan yang berenang di celah celah batu. Tetapi fikirannya pula melayang jauh entah ke mana. Kuliah subuh yang telah disampaikan oleh Ustaz di surau pada pagi tadi masih lagi terngiang ngiang di telinganya. Semua itu menyesakkan hati dan fikirannya. Kuliah yang bertajuk 'Isteri Wajib Mentaati Suami' itu betul betul melekat di dalam kepala dan hatinya.

"Suami merupakan pemimpin dan ketua bagi sesebuah keluarga. Yang wajib dipatuhi dan berdosa besar jika isteri menyalahi perintahnya itu. Isteri wajib menunaikan hak suami ke atasnya. Wajib taat kepada suami dan melakukan segala perintah suaminya dengan syarat perintah tersebut tidak bertentangan dengan hukum syarak. Perintah untuk mentaati suami sebagai pemimpin keluarga ada disebut di dalam Al-Quran dan juga di dalam hadis Rasulullah S.A.W. Abu Huraira Radiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya.."

"Jika aku boleh memerintahkan supaya seseorang sujud kepada orang lain, nescaya akan aku perintahkan seorang perempuan untuk sujud kepada suaminya" (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

"Daripada hadis tersebut, dapat difahami bahawa isteri merupakan kewajipan dan tanggungjawab yang besar terhadap suaminya iaitu ketaatan dalam menjalankan hak hak suaminya sehinggakan kalau dibenarkan sujud kepada manusia, nescaya kaum isterilah yang diperintahkan untuk sujud kepada para suaminya. Tetapi dalam Islam, sujud hanya dibolehkan kepada Allah S.W.T sahaja dan tidak kepada yang lain"

Fatimah membetulkan tudungnya yang terasa jatuh sedikit ke hadapan. Pipi kirinya digaru tak bersebab. Jiwanya pula terasa semakin kacau dan tertekan.

Salahkah aku selama ini kerana terus membiarkan suamiku terus merayu dan menanti? Salahkah aku selama ini kerana terlampau ikutkan kemarahan dan kecewa yang bermukim di dalam hati? Aku cuma mahu mencari ketenangan. Aku cuma mahu mengubat luka di dalam hati. Bukannya niatku untuk menjadi isteri derhaka. Ya Allah, kau ampunilah segala dosa dosaku. Hati Fatimah merintih.

"Weh, kau dekat sini rupa rupanya!" Sergahan secara tiba tiba itu membuatkan Fatimah begitu terkejut sehinggakan dia hampir tergelincir ke dalam sungai. Mujurlah Nurin Irdina sempat memaut tangannya. Jika tidak, tentu dia sudah terjatuh disitu.

"Kau ni dah kenapa? Gila ke? Suka sangat tau buat aku macamni. Kalau aku jatuh tadi macam mana?!" Bentak Fatimah keras. Wajahnya mencuka. Debaran di dalam dada masih lagi terasa. Sakit hati dengan Nurin Irdina yang datang secara mengejut. Main sergah sergah je. Ingatkan dah jadi isteri orang ni berubahlah sikit perangai tu. Tapi sama jugak! Hampeh!

"Alamak! Seketul Nur Fatimah Maisarah dah marah lah pulak. Maaflah weh, aku cuma nak bergurau dengan kau je tadi. Tak sangka lah pulak kau mengelamun jauh sangat sampai terkejut macamtu sekali" Balas Nurin Irdina dengan wajah bersalah. Tangan Fatimah digenggam erat. Mahu memujuk.

Namun riak wajah Fatimah masih lagi sama. Masih lagi mencuka malah makin panjang muncungnya.

"Sumpah! Kalau kau jatuh tadi aku akan terjun untuk selamatkan kau!" Bersungguh kata Nurin Irdina. Kedua dua belah tangannya diangkat tinggi seolah olah sedang berikrar. Wajah Fatimah direnung tak berkelip.

Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]Where stories live. Discover now