PINTU bilik Fatimah diketuk bertalu talu tatkala Fatimah selesai mengaminkan doa. Cepat cepat Fatimah tanggalkan telekungnya. Sebaik saja daun pintu dibuka, wajah Datin Mahani muncul di ruang mata. Ada debaran yang bermukim di dalam hati Fatimah.
"Eh, Datin. Masuklah" pelawa Fatimah ramah. Bibirnya cuba mengukirkan senyuman walaupun terasa sangat hambar.
Datin Mahani terus masuk ke dalam bilik Fatimah. Matanya memandang setiap inci ruang bilik itu. Bersih dan kemas! Segaris senyuman diukir untuk Fatimah. Sedikit sebanyak dapat melegakan debaran dalam hati Fatimah.
Masing masing masih lagi membisu dan membatu.
Datin Mahani menarik tangan Fatimah, mengajaknya duduk di birai katil. Fatimah akur. Dalam hati ada juga perasaan takut. Tapi perasaan itu makin menghilang tatkala memandang wajah lembut Datin Mahani. Wajah yang penuh dengan sifat keibuan.
"Fatimah asal mana? Siapa nama mak dan ayah Fatimah?" Datin Mahani cuba beramah dengan Fatimah. Senyuman manis terukir di bibirnya. Walaupun sudah agak berusia, Datin Mahani tetap nampak cantik. Dalam diam, terselit juga perasaan kagum dalam hati Fatimah.
"Em, saya asal dari kampung yang sama dengan arwah datuk Haykarl. Mak saya bernama Zainab dan ayah pulak bernama Abdullah. Tapi mereka dah lama meninggal. Sebelum saya berjumpa dengan Haykarl, saya tinggal dengan makcik saya iaitu Mak Yek dekat kampung" Fatimah berhenti sejenak. Wajahnya menunduk memandang jari jemari sendiri. Air liur ditelan sekali.
"Datin. Saya mintak maaf sebab dah banyak menyusahkan keluarga Datin. Datin janganlah marahkan Haykarl. Dia tak salah. Semua ni salah saya, Datin. Kalau Datin nak Haykarl ceraikan saya, saya sanggup, Datin" Sambung Fatimah lagi. Dia nampak bersungguh dengan kata katanya. Wajahnya ditunduk merenung lantai bersama air mata yang sudah bergenang.
Datin Mahani tersenyum nipis. Wajah Fatimah yang nampak kusut itu direnungnya sejenak. Tangan Fatimah disentuh lembut. Terasa sejuk dan dingin di telapak tangannya. Laju Fatimah mengangkat wajah. Matanya bertemu dengan mata redup milik Datin Mahani.
"Fatimah, Mama yang patutnya mintak maaf dengan Fatimah. Anak Mama dah banyak lukakan hati Fatimah"
Fatimah tergamam. Wajah ikhlas Datin Mahani ditatap tak berkelip. Macam tak percaya wanita anggun itu berbahasakan dirinya, Mama.
"Datin, bukan salah Haykarl. Saya yang salah sebab tiba tiba muncul dalam hidup dia. Saya yang masukkan dia dalam masalah saya. Bagi saya sedikit masa je Datin, saya akan selesaikan masalah ni secepat mungkin" Fatimah berjanji. Harap sangat Datin Mahani dapat faham. Dia tahu yang wanita itu tengah kecewa.
Laju Datin Mahani menggelengkan kepalanya. Melihat Fatimah ketika itu umpama mengenang semula kenangan lalu. Senyuman pahit diukir lagi. "Fatimah, jangan panggil Datin. Panggil Mama. Fatimah dah jadi menantu Mama. Em, Mama nak Fatimah janji dengan Mama satu perkara boleh?"
Fatimah menelan air liur. Sekali Lagi. Semudah itu dia diterima? Adakah ini mimpi? Takkan tiada terselit sedikitpun perasaan marah dalam hati Datin Mahani?
"Janji apa?"
"Janji dengan Mama. Jangan tinggalkan Haykarl. Janji dengan Mama yang Fatimah akan terus setia dengan Haykarl"
Fatimah rasa rahangnya sudah ternganga luas. Kenapa janji itu yang dipinta oleh Datin Mahani? "Datin, Haykarl tak pernah cintakan saya. Datin sendiri tahu kan? Haykarl dah bertunang dengan perempuan lain. Lambat laung dia akan berkahwin jugak. Saya dah bersedia dengan semua kemungkinan yang bakal jadi, Datin" Ada sebak dalam nada suara Fatimah. Mana ada isteri yang tak rasa sedih langsung apabila dia dimadukan. Dia hanyalah manusia biasa yang mempunyai iman yang lemah dan kesabaran yang tipis. Namun segala kesakitan dan kedukaan itu hanya mampu dipendam di dalam hati saja.
YOU ARE READING
Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]
Romance[COMPLETED] Nur Fatimah Maisarah. Pertemuan yang tak terduga dengan Haykarl Ashraff telahpun menjerat dirinya dengan lelaki itu. Disebabkan satu kejadian, dia dipaksa berkahwin dengan lelaki itu biarpun di hati tiada nilai cinta. Hidup bersama denga...