Bab 3

4K 239 126
                                    

SUASANA agak sesak di pusat membeli belah pada hari itu. Fatimah menjengah seketika ke arah jam tangannya. Sudah masuk waktu makan tengah hari. Patutlah ramai sangat orang.

Fatimah mempercepatkan langkahnya. Perutnya juga sudah mula menyanyikan lagu bergenre rock kapak. Sampai saja di hadapan sebuah restoran masakan Melayu, Fatimah cepat cepat melangkah masuk. Dia tidak mahu berlengah lengah lagi. Mungkin sekejap lagi keadaan akan menjadi semakin sesak apabila semua orang sudah keluar untuk rehat dan makan tengah hari.

Namun begitu, belum pun sempat dia melabuhkan punggungnya untuk duduk di kerusi meja makan di restoran itu, pergerakannya terus terhenti. Kakinya terasa berat untuk terus melangkah. Macam ada seketul batu yang besar yang melekat di kakinya. Di meja makan di hadapannya kini kelihatan ada sepasang kekasih yang sedang asyik dibuai waktu. Mereka nampaknya begitu mesra. Siap makan bersuap suap lagi. Tiba tiba tubuh Fatimah berasa panas dan gementar. Wajah yang tadinya tenang, kini sudah berubah riak menjadi tegang. Hati pula terasa sakit yang amat. Bagaikan disiat siat dengan sembilu yang tajam.

"Haykarl?" Spontan nama itu terpacul keluar di bibir Fatimah. Namun tersangatlah perlahan bunyinya. Sandiwara itu terus ditonton secara langsung oleh Fatimah tanpa disedari oleh pasangan yang sedang asyik memadu kasih itu.

Ada air jernih yang jatuh perlahan di pipinya. Terasa sakit dan sesak dadanya. Kenapa aku perlu rasa macamni? Kenapa air mata ini seringkali tumpah disebabkan dia? Kenapa rasa ini begitu sakit, Ya Allah! Rintih Fatimah di dalam hati. Air matanya semakin laju merembes keluar. Fatimah terus terusan menjadi penonton setia.

Sesekali tangan Haykarl bergerak membetulkan anak rambut yang jatuh berjuntai menutupi wajah kekasihnya itu. Mereka kelihatan sungguh bahagia seolah olah dunia ini milik mereka berdua saja.

Fatimah tidak sanggup lagi untuk terus menjadi penonton kepada babak percintaan itu. Dengan tergopoh gapah, Fatimah berjalan meninggalkan restoran itu tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan lagi. Fatimah bimbang kalau kalau Haykarl perasan dia berada di situ. Dia tidak mahu dituduh menjadi pengintip pula.

Dalam keadaan kelam kabut itu, tiba tiba Fatimah terlanggar seseorang dan hampir terjatuh disitu. Fatimah memejamkan matanya dan bersedia untuk jatuh pada bila bila masa saja. Dan pada saat itu juga dia dapat rasakan ada sepasang tangan yang gapah merangkul erat pinggangnya sekaligus menyelamatkan dia daripada jatuh tersungkur.

Fatimah cepat cepat membuka matanya. Saat itu juga debaran sudah menggila di dadanya. Terlopong mulut Fatimah. Dia sekarang berada di dalam pelukan seorang lelaki yang hensem. Dan yang membuatkan Fatimah semakin terkejut adalah dia langsung tidak mengenali siapakah gerangan lelaki hensem itu. Lama Fatimah kaku di dalam pelukan lelaki hensem itu. Dia benar benar terkejut.

"Cik okay ke?" Soal lelaki itu bernada lembut dan perlahan. Matanya tidak lepas daripada merenung wajah Fatimah seolah olah telah terpaku dengan kecantikan yang dimiliki oleh Fatimah.

"Eh, saya okay!" Cepat cepat Fatimah menolak tubuh lelaki yang memeluk erat pinggangnya itu. Dia bagaikan baru tersedar akan keadaan mereka yang sebegitu. Wajah Fatimah sudah berubah menjadi merah bak tomato. Malu apabila berpelukan sebegitu rupa dengan lelaki yang asing baginya. Di tempat yang terbuka pulak tu. Apalah agaknya pandangan orang sekeliling.

Baju kurung yang tersarung kemas di tubuhnya itu dibetulkan sedikit. Dia cuba mencari keselesaan. Jantung Fatimah masih lagi menari nari. Dia malu betul dengan lelaki yang sedang berdiri di hadapannya sekarang ini. Kalau boleh Fatimah rasa nak sorokkan muka dia di dalam tudung saat itu juga.

"Maaf Cik! Saya tak ada niat langsung nak ambil kesempatan tadi" Lelaki itu mula disapa perasaan bersalah apabila melihat Fatimah yang sudah tidak tentu arah itu. Wajah merah Fatimah yang tunduk merenung lantai itu sudah jelas menggambarkan perasaannya ketika itu. Dia tahu yang Fatimah malu.

Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]Where stories live. Discover now