DI DALAM kereta, masing masing hanya diam membisu membuatkan suasana sedikit tegang. Fatimah terus memandu dengan tenang menuju ke Terminal Makmur tanpa menghiraukan pandangan Nana yang merenung tajam ke arah wajahnya sedari tadi.
"Fatimah!" Akhirnya Nana sudah tidak tahan lagi dengan kebisuan dan ketegangan antara mereka.
"Okay, dia suami aku! Bila, macam mana dan kenapa, aku akan jelaskan kemudian. Buat masa sekarang ni, aku taknak cakap apa apa" Laju saja Fatimah menjawab. Dia tahu apa yang Nana mahu katakan itu.
"What?!" Hampir terloncat Nana disitu. Fatimah yang sedang memandu itu direnungnya tak berkelip. Fatimah terus memandu dengan tenang. Tapi wajah kelatnya cukup jelas untuk menggambarkan perasaan sebenarnya ketika itu.
"Kalau macamni, boleh kena sakit jantung aku, Fatimah" gumam Nana perlahan.
Diam lagi. Sepatah kata tidak keluar dari mulut Fatimah. Perasaannya betul betul tertekan sekarang ini.
"Baru aku ingat! Mamat tulah yang datang dekat hostel dulu kan?" Duga Nana. Dia masih belum berpuas hati dengan kebisuan Fatimah. Patutlah dia rasa macam pernah nampak sebelum ni. Patutlah Fatimah main tarik tali je dengan Zharif. Rupa rupanya dia telah terikat dengan seseorang. Pandai betul Fatimah menyimpan rahsia. Tapi, kenapa suami Fatimah nak kahwin dengan perempuan lain? Nana garu kepala yang tiba tiba saja terasa gatal.
Fatimah masih tetap sama. Masih diam membisu. Biarlah Nana terus tertanya tanya dan bermain dengan perasaan sendiri. Dia memang tiada daya saat ini. Hatinya benar benar luluh.
"Baiklah, nanti bila kau dah bersedia untuk cerita dengan aku, kau ceritalah" Nana akhirnya mengalah. Dia tiada daya lagi untuk terus menerus mendesak Fatimah. Mungkin buat masa sekarang, fikiran Fatimah tengah berserabut. Yelah, suami bertunang dengan perempuan lain. Kalau dia pun, belum tentu dia dapat beriak tenang seperti Fatimah. Mahunya dia mengamuk dekat situ jugak.
"Thanks, weh" Fatimah cuba untuk tersenyum walaupun senyumannya nampak dibuat buat.
"Okay! Kau jaga diri tau! Make sure kau terus balik, jangan nak merayap kemana mana pulak" pesan Nana sebaik saja turun dari perut kereta. Dia bimbang juga mahu meninggalkan Fatimah seorang diri dalam keadaan yang begitu.
"Jangan risaulah, aku okay lah" balas Fatimah sambil tersenyum tipis.
"Hmm okay! Kita jumpa lagi di semester depan" Nana melambaikan tangannya. Fatimah cuma menganggukkan kepalanya. Lambaian Nana dibalas seadanya sebelum dia pergi meninggalkan Nana.
❤️
SEMENTARA di rumah Zharif, keadaan semakin reda. Majlis yang berlangsung sudah sampai ke penghujungnya. Zharif berjalan ke hulu ke hilir. Matanya meliar mencari kelibat seseorang.
Mana pergi Fatimah ni? Tadi cakap cuma nak pergi ke tandas sekejap je. Ni dah hampir satu jam, batang hidung dia pun tak nampak! Nana pun sama. Telefon pun tak angkat! Takkan dah balik kot? Zharif sudah bingung.
"Cari siapa tu?" Sapa Datin Mahani.
"Cari Fatimah. Aunty ada nampak tak?"
"Aunty ada nampak dia dah keluar tadi. Mungkin dah balik agaknya" balas Datin Mahani lagi.
"Hmm, dah balik rupanya" Zharif sedikit kecewa.
❤️
NURUL HUDA sibuk bersalaman dengan para tetamu dan rakan rakan yang tidak putus putus mengucapkan tahniah. Ada juga yang bersalaman untuk meminta diri.
YOU ARE READING
Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]
Romantik[COMPLETED] Nur Fatimah Maisarah. Pertemuan yang tak terduga dengan Haykarl Ashraff telahpun menjerat dirinya dengan lelaki itu. Disebabkan satu kejadian, dia dipaksa berkahwin dengan lelaki itu biarpun di hati tiada nilai cinta. Hidup bersama denga...