FATIMAH dan Haykarl berjalan beriringan menuju ke ruang tamu. Nana menoleh ke arah mereka sambil tersenyum senang. Dah berbaiklah tu agaknya, duga Nana.
"Nana, abang balik dulu ya" pinta Haykarl sambil tersenyum. Tapi dia perasan riak wajah Fatimah seperti keruh saja.
"Aik, dah nak balik dah ke?" Nana memandang Haykarl dan Fatimah silih berganti. Sorang, senyum sampai ke telinga. Sorang lagi, keruh semacam je. Haih.
Baru saja Haykarl mahu membuka mulut, tiba tiba terdengar ketukan bertalu talu di muka pintu. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Masing masing tertanya tanya siapakah yang datang pada waktu waktu macamni. Takkan lah pegawai agama islam kot!
Nana bergegas membuka pintu apabila ketukan di pintu rumahnya semakin kuat. Sebaik saja pintu terbuka, wajah selamba Zharif muncul di muka pintu. Nana sudah melopong. Begitu juga dengan Fatimah dan Haykarl. Masing masing tergamam. Lebih lebih lagi Haykarl. Memang dia terkejut yang amat. Zharif tiba tiba boleh muncul di rumah Fatimah pada waktu macamni?
"Eh, Abang Haykarl. Abang pun ada dekat sini? Abang buat apa dekat sini?" Soal Zharif bernada sinis. Tanpa dipelawa, dia terus masuk ke dalam rumah. Terus punggungnya dihenyakkan diatas sofa. Lagaknya nampak tenang saja.
Haykarl terdiam. Matanya tepat memandang ke arah wajah Fatimah. Wajah Haykarl kelihatan tegang. Dalam hati mula rasa curiga.
Fatimah menunduk.
"Sepatutnya aku yang tanya kau! Apa kau buat dekat sini malam malam macamni?" Suara Haykarl sedikit tegang. Matanya bertemu dengan anak mata Zharif. Lama mereka memandang antara satu sama lain. Nafas masing masing mula tidak sekata. Masing masing berperang dengan rasa.
Zharif ketawa. "Aku datang sebab nak jumpa dengan Fatimah. Tapi tak sangka pulak lah aku terjumpa dengan bakal abang ipar kesayangan aku ni" Sinis Zharif.
"Fatimah!!" Suara Haykarl mula meninggi. Rahangnya bergerak gerak. Dada terasa sakit bagaikan mahu pecah.
Fatimah dan Nana tersentak. Bulat mata Fatimah memandang wajah Haykarl. Kemudian beralih pula pada Zharif. Tergeleng geleng kepala Fatimah.
"Sepatutnya aku yang tanya kau. Kau buat apa datang sini? Kakak aku tahu tak yang kau datang sini? Ops! Aku lupa. Kau datang sini sebab nak jumpa dengan isteri kau kan? Fatimah ni isteri kau kan? Betul tak, Haykarl Ashraff?" Sinis Zharif lagi. Tiada lagi panggilan abang seperti selalu. Hatinya berasa sakit apabila melihat Haykarl bersama dengan Fatimah.
Kali ini giliran Haykarl pula yang tersentak. Wajahnya terasa panas. Macam mana Zharif boleh tahu yang Fatimah tu isterinya?
Fatimah rasa mahu pengsan tika ini. Naik sesak nafasnya. Kenapa dengan Zharif dan Haykarl ni? Kenapa dengan diri Zharif malam ni?
Zharif bangun dari sofa. Langkahnya diatur menghampiri Haykarl. Senyuman sinis masih terukir di bibirnya. "Kau jangan takut. Aku takkan bocorkan rahsia terbesar kau. Tapi satu benda je yang aku nak ingatkan kau. Jangan sesekali melukakan hati Fatimah. Kalau kau tak suka dekat dia, ceraikan dia. Kalau aku dapat tahu kau buat hati Fatimah terluka lagi, nahas kau! Jangan terkejut lah kalau satu hari nanti aku rampas Fatimah tu daripada kau. Watch out brother" Sinis Zharif lagi. Bahu Haykarl ditepuk. Sesaat matanya merenung ke arah wajah Fatimah. Kemudian dia ketawa jahat dan terus keluar dari rumah.
Nafas Haykarl sudah naik turun. Fatimah yang sedang berdiri disebelah Nana itu direnungnya tanpa kelip. Sakit hati!
Nana pula masih lagi mendiamkan dirinya. Kepalanya terasa berpusing dengan apa yang sedang berlaku. Jem!
YOU ARE READING
Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]
Roman d'amour[COMPLETED] Nur Fatimah Maisarah. Pertemuan yang tak terduga dengan Haykarl Ashraff telahpun menjerat dirinya dengan lelaki itu. Disebabkan satu kejadian, dia dipaksa berkahwin dengan lelaki itu biarpun di hati tiada nilai cinta. Hidup bersama denga...