FATIMAH termenung panjang di kaunter bayaran. Tangannya menongkat dagu di meja kaunter. Peristiwa yang berlaku pada malam tadi masih lagi penuh mengasak minda. Rasa takut dan kagum masih lagi berbekas dalam hati. Kagum dengan kebesaran Allah. Dia mampu membalikkan hati dan membatalkan niat buruk lelaki itu dalam sekelip mata sahaja. Allahuakhbar!
Syukur yang tak terhingga diucapkan oleh Fatimah. Kerana kasih Allah, kerana pertolongan daripada Allah. Dia masih mampu mempertahankan maruahnya sebagai seorang perempuan. Dia masih mampu menjaga kesuciannya sebagai seorang isteri. Ya Allah, sebaknya.
Air mata yang mengalir tanpa sedar dipipinya itu dikesat dengan hujung jari. Bimbang kalau kalau ada sesiapa yang ternampak nanti. Satu helaan nafas yang panjang dilepaskan. Sungguh Fatimah tidak menyangka Zharif setega itu. Selama ini budi pekerti Zharif disanjung tinggi oleh Fatimah. Tapi siapa sangka kerana cinta manusia, boleh hilang pedoman diri. Angkara cinta, Zharif sanggup merendahkan martabatnya demi memenuhi tuntutan nafsu semata mata.
Seketika mata Fatimah memandang Rita yang sedang ralit menyusun bunga ke dalam bekas. Gadis berkulit sawo matang itu melirik senyum kepadanya tatkala mata mereka bertemu. Fatimah membalas seadanya.
Argh Fatimah! Lupakan segala kesedihan lalu. Tak ada gunanya kalau kau terus kenang mengenang. Nanti yang sakitnya hanyalah diri kau sendiri, getus hati kecilnya. Sekali lagi nafas ditarik dalam dalam lalu dilepaskan secara perlahan lahan. Fikirannya terasa sedikit lapang. Tangannya mula mencapai pen lalu mencatat sesuatu di dalam buku akaun harian kedai. Selain daripada menjaga kaunter, Fatimah juga diberikan tugas untuk menguruskan akaun kedai.
"Selamat datang dan selamat pagi! Boleh saya bantu, Encik?" Suara ramah Rita seperti kebiasaannya apabila menyambut pelanggan menyapa halwa telinga Fatimah. Fatimah tersenyum sendiri. Gadis berkulit sawo matang itu memang sentiasa mesra dan ceria. Mata Fatimah masih lagi menghala tepat pada buku akaun. Tangannya pula masih lagi ralit mencatat sesuatu disitu. Namun begitu, telinganya tetap ditajamkan. Entah kenapa dia rasa mahu dengar dengan lebih lanjut lagi perbualan mereka. Dada terasa berdebar debar semacam.
Lama dia menunggu. Masih lagi diam.
Fatimah menoleh seketika ke arah Rita. Ingin melihat siapakah gerangan yang telah menjadi pelanggan pertama di kedai mereka pada pagi itu. Tapi sayangnya, susuk tubuh milik seorang lelaki yang berdiri membelakanginya itu langsung tidak dikenali dan wajahnya juga tidak dapat dilihat oleh Fatimah. Hmm, abaikan jelah! Getus hati Fatimah. Dia kembali menyambung kerjanya. Tetapi mengapa masih ada debaran di dalam hati ini?
Fatimah masih mengerutkan dahinya.
Senyuman manis masih bermain di bibir Rita. Wajah kacak lelaki yang sedang berdiri dihadapannya itu dipandang dalam dalam. Hensem! Tetapi rasanya lagi elok kalau tak ada jambang. Tetapi kenapa pandangan mata dia tu macam ada yang tak kena je? Hati Rita sudah mula mentafsir yang bukan bukan.
Mata lelaki tadi ligat berlari ke segenap ruang kedai. Sorotan matanya seolah olah sedang mencari sesuatu. Saat matanya terpaku tepat pada seraut wajah yang sedang menunduk di meja kaunter hujung sana, dia seolah olah terpegun. Matanya tidak berkelip kelip.
"Encik, boleh saya tolong?" Tanya Rita sekali lagi.
Terus lamunan lelaki itu mati. Laju saja dia mengangguk. "Mmm, saya datang nak beli bunga" Jawab lelaki tadi. Wajahnya menghadap tepat ke arah Rita.
Dahi Fatimah terus berkerut seribu. Suara garau lelaki itu yang sayup sayup menjamah halwa telinga terasa begitu mesra di pendengarannya.
Suara itu..
YOU ARE READING
Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]
Romance[COMPLETED] Nur Fatimah Maisarah. Pertemuan yang tak terduga dengan Haykarl Ashraff telahpun menjerat dirinya dengan lelaki itu. Disebabkan satu kejadian, dia dipaksa berkahwin dengan lelaki itu biarpun di hati tiada nilai cinta. Hidup bersama denga...