BAHAGIAN 1 : 1/1 KAKA

522 31 68
                                    

When the whole world is gone
Awak ada bahu saya untuk menangis

(Klik video di atas )

Video lagu oleh mendiang
Tommy Page
Yang pergi pada 3 Mac 2017 (47 tahun)
Beliau adalah alumini NYU Stern School of Business 1997

Bab 1/1 Adalah penghormatan buat mendiang.
R.I.P.

KAKA berjalan masuk ke Syed Bistro Taman Permata. Pakaiannya kelihatan tidak sesuai dengan taraf restoran itu. Suit yang dipakainya rekaan Louise Frogley. Bertali leher hitam. Berkaca mata hitam. Ada sling briefcase hitam yang dibuat dari kulit kangaroo di bahu kanannya. Ada pony tail disimpul silang dengan hujungnya diikat dengan bolo tie.

Dia berjalan tenang. Melepasi meja yang diduduki oleh seorang gadis kolej yang sedang melayan telefon bimbitnya dan gitarnya diletakkan di tempat duduk disebelahnya.

 Melepasi meja yang diduduki oleh seorang gadis kolej yang sedang melayan telefon bimbitnya dan gitarnya diletakkan di tempat duduk disebelahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia berhenti di dua meja dihadapan meja gadis kolej. Itulah tempat duduknya setiap kali minum di situ.

Meja sebelah kirinya ada tiga orang gadis. Meja sebelah kanan juga ada tiga orang gadis. Mereka tidak menarik minatnya. Ada perkara lain yang bermain di fikirannya. Hanya mereka sahaja yang berada di bistro tersebut. Angin bertiup agak deras dan sejuk. Langit gelap. Hujan lebat akan turun.

Bau harumannya berjaya menarik minat semua. Revillon (sebut Revion) mempunyai bau yang tidak pernah gagal menarik minat orang sekeliling. Pakaiannya kelihatan asing dan menyebabkan gadis-gadis di situ memerhatikan pergerakannya.

Dia menarik kerusi di sebelah tempat dia berdiri dan meletakkan briefcase nipis hitamnya di atas kerusi, menyandarkannya kepada tempat penyandar kerusi agar briefcase nya dapat berdiri sebelum menarik kerusi di hadapannya dan terus melabuhkan punggungnya.

Tangan kanannya melingkari lehernya di bahagian hadapan ke bahu kirinya. Terasa bisa di kawasan belakang bahu kiri membawa ke tengkuk. Kawasan itu dipanggil cervical. Diurut-urutnya lembut di tempat itu.

Dia mencapai semula briefcase nya, menyeluk dan mengeluarkan sebotol plastik kecil ketinggian dua inci. Sebenarnya isi kandungan botol tersebut adalah sejenis ubat mata khas.

Mamak datang dengan segelas Nescafé dan segelas air suam tanpa diminta. Menu makan minumnya telah terpahat diingatan mamak kerana dia dan kawan-kawanya adalah pengunjung tetap di situ.

Mamak bertanya "Bos, mee goring tak mau ka?".

Dia menjawab dengan mengelengkan kepalanya.

Dia menyeluk poket suit kanannya dan mengeluarkan sehelai sapu tangan hitam tanpa corak bersaiz sebesar bandana.

KAKAWhere stories live. Discover now