Beberapa tahun telah pun berlalu. Masa merubah banyak perkara. Aku tidak terkecuali. Cuma tentang persoalan semakin baik atau sebaliknya.
Antara yang bertambah, adakalanya aku ditemani oleh seekor kucing jiran sebelah yang rajin datang lepak-lepak kat sini.
Ketika menulis penutup novel ini, Ome duduk di hadapan ku.
Ome cuma panggilan aku padanya. Aku tidak tahu nama yang beri oleh tuannya.
Aku panggil dia Ome sebab kucing ni special. One and only. Omega cat.... Kerana Ome kucing jantan yang ada tiga warna pada bulu di badannya - putih, kelabu dan sedikit oren.
Di kala ini hujan sudah berhenti walaupun tanda-tanda hujan bersambung memang jelas.
Di radio memainkan satu lagu lama. Lagu itu tidak asing bagi ku kerana dulunya diminati aruah kakak ku yang sulung.
Aku pun turut menyanyikan sambil mengingati saat-saat aku berada di dua tanah perkuburan pada satu hari, suatu ketika dahulu.
Bila tiba masa, seperti mereka aku pun akan pergi.
Sementara itu, aku kena menghadiri temujanji dengan doktor bedah esok.
Kalaulah doktor itu adalah Farah, sejuk hati ku kalau dibedah nanti.Tamat.
YOU ARE READING
KAKA
General FictionKita selalu terdengar tentang penyalah gunaan dadah sebagai ubat untuk menahan kesakitan melampau yang berakhir dengan kematian. Ceritanya hanya mengenai kematian si penyalah guna dadah; lalu memberikannya imej buruk tanpa dia dapat mempertahankan d...